Cara Aku Hilangkan Rasa Bosan

Cara Aku Hilangkan Rasa Bosan

bosan ni adalah satu benda yang bila jadi dekat kita, kita tak boleh nak lari. kita kena hadap benda ni untuk mengantikan dengan sesuatu yang lebih baik. dengan erti kata lain cari pengganti 'bosan'. ha gitu. aku rasa semua orang ada cara masing - masing. jadi ini cara aku. aku tahu, cara aku tak berapa nak praktikal. entahlah. ini je aku boleh. 

Menghilangkan Rasa Bosan

aku pernah menghadapi rasa bosan yang tak tahu nak cakap. pernah sampai terniat nak hantuk kepada dekat dinding. punya bosan masa tu. tapi bukan nak hentak kuat - kuat. sekadar ada benda yang nak dibuat. sebab aku ada cakap tadi, 'cari pengganti'. 

walaupun aku cakap nak hentak kepada dekat dinding, aku tak de pun buat sampai macam tu. kau gila? hahaha. bila bosan ni, aku ada tiga pilihan. 

Keluar Berjalan

keluar berjalan ke mana? mungkin ambil angin luar. tengok - tengok sekeliling. macam aku, bosan ni wujud bila aku banyak habiskan masa dekat rumah. jadi mendap duh, terperap je dekat rumah. selalunya jadi macam ni bila tengah tak ada duit. hahahha. tu sebab duduk je dekat rumah tak boleh keluar. kalau nak keluar kena ada duit. 

tengok orang sekeliling ni macam satu terapi. terapi minda, bagi aku. kenapa? kita akan belajar banyak benda. pernah dengar tak quote dibawah? 

Cara Aku Hilangkan Rasa Bosan

Cara Aku Hilangkan Rasa Bosan

jalanan banyak mengajarkan kita sebuah kehidupan yang tidak akan ada ditempat menuntut ilmu. bak kata malique: 'ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari pengalaman bercakar dan bersalaman'. 

di sini kita bebas. tak ada peraturan. tak terikat dengan mana - mana perundangan kecuali undang - undang negara. sebab bukan negara sendiri kan? hahaha. ni negara orang dan kita cuma jadi penduduk sahaja. melainkan kita pemiliknya. 

Buat Aktiviti Yang Digemari

Cara Aku Hilangkan Rasa Bosan

aktiviti ni ada macam - macam dan bergantung pada individu. ada yang mengisi masa lapang dengan tidur, makan, berbual, baca buku, main basikal, bersenam, melukis, menulis, main internet dan pelbagai lagi. untuk aktiviti pertama yang aku akan buat ialah pejamkan mata untuk rasa sensasi mimpi. andaikata tak ada mimpi yang hadir dan aku gagal tidur, aku akan buat aktiviti kedua. 

iaitu membaca buku. tak kisah lah buku apa pun, asalkan bukan majalah atau surat khabar. menjadi kebiasaan bila membaca mesti mengantuk. betul tak? jadi aku akan baca buku dengan perasaan yang bersungguh - sungguh macam aku menikmati setiap penulisan dalam buku tu. sampai tahap aku mengantuk dan aku akan tidur. macam kena paksa pun ada mata aku ni, kesian ~ 

kalau - kalau selepas membaca aku tak rasa mengantuk malahan bertambah pula rasa bosan. aku akan simpan buku yang dibaca, dan makan. selalunya bila dah sampai tahap macam ni, secara tak sengaja aku akan rasa ada beban atas bahu aku. rasa berat sangat. baca buku dah penat. makan pun dah, masih rasa bosan lagi.

tiba - tiba aku macam emosi. ada benda tak kena. paling akhir aku akan menangis. menangis untuk mengurangi beban dekat bahu. baring lurus, tutup muka dengan bantal dan nangis seluruhnya. sampai aku rasa aku nak berhenti, aku akan berhenti. 

selalu lepas nangis aku akan sangat penat dan akhirnya tidur. 

esoknya aku bangun dengan nafas yang baru. sehingga aku akan rasa bosan lagi dan mengulangi perbuatan di atas. hahahha. bosannya hidup aku. 

aku dah tak ada idea macammana nak mewarnakan hidup aku agar jadi lebih warna warni. beginilah kitaran hidup aku. 


Post a Comment

1 Comments

  1. Bosann ehhh..sy akan main silang kata.. Atau game ke...tp mostly on9..

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.