Friday, August 30, 2019

Lirik Lagu Sesat Dalam Impian Gravity

Mieza S | 8/30/2019 04:30:00 PM | 4Comments |
Lirik Lagu Sesat Dalam Impian Gravity

Di dalam taman cinta
Kita tersesat jua
Hilang haluan
Kaburlah pandangan

Kita sama tak menduga
Taman yang dulu indah
Kini menjadi
Oh hutan belantara

Semakin jauh
Kita redah ke rimba
Semakin gelap
Cahaya cinta kita

Kata-kata menjadi duri
Menyusuk dalam hati
Terlanjur akhirnya
Bunga yang kupuja

Hilang madu racun menjelma
Terjerat kita dalam belukar
Batin tersiksa jasad merana
Rindu asmara berpisah jua

Dalam buas belantara
Hilang segala panduan
Tiada arah tujaun
Belantara kusangka taman

Tersesat dalam impian
Terjeratlah dalam angan-angan
Kusesat dalam impian

Lirik Lagu Perjalanan Cinta Gravity

Mieza S | 8/30/2019 04:00:00 PM | 0Comments |
Lirik Lagu Perjalanan Cinta Gravity

Bayang-bayang dirimu masih melekat
Di dalam hati ini hanya kamu
Yang selalu menggoda di setiap langkahku
Dalam tidur pun selalu kuimpikan

Perjalanan cintaku dengan dirimu
Tak seindah khayalan dan impian
Mungkin sudah suratan perjalanan cintaku
Berakhir sudah sampai di sini

Ah, ke mana langkahku
Ah, harus kuayunkan
O-o-oh, hatiku gelisah
Ah, sepi kusendiri

Inginnya kuberlari
Mengejar bayanganmu
Namun kenyataan yang kuhadapi
Tak mungkin lagi

Perjalanan cintaku dengan dirimu
Tak seindah khayalan dan impian
Inginnya kuberlari…

Lirik Lagu Kenangan Silam di Jalan Silang Gravity

Mieza S | 8/30/2019 03:30:00 PM | 0Comments |

Lirik Lagu Kenangan Silam di Jalan Silang Gravity

Bagai tersenyum memandang ku
Kuatur langkah penuh perlahan
Menuju perhentian
Seimbas lalu akan tertawan

Oleh batu renungan
Di jalan silang
Terlempar senyuman
Dan melahirkan cinta pandang pertama

Cintaku mula menguntum
Mekar segar mengharum
Sayangnya panas setahun
Kini gerimis panjang

Hanya engkau kebanggaan
Hanya engkau kucurahkan kasih ini
Namun kecundang cinta kita
Di kemuncak impian

Aku merintih jiwa pedih
Kenyataan kuhadapi bersama…luka
Dijalan silang, tercipta sejarah
Punah impian
Tinggal kenangan

SNOW CONTROL ACOUSTIC LIVE IN KUALA LUMPUR

Mieza S | 8/30/2019 01:25:00 PM | 0Comments |

SNOW CONTROL ACOUSTIC LIVE IN KUALA LUMPUR

KETUK KETUK FESTIVAL

Mieza S | 8/30/2019 01:23:00 PM | 1Comments |


SAMA SAMA 2019

Mieza S | 8/30/2019 12:46:00 PM | 0Comments |

SAMA SAMA 2019

AL TERRY AND THE PURPLE HAZE WITH SPECIAL GUEST

Mieza S | 8/30/2019 12:45:00 PM | 0Comments |

AL TERRY AND THE PURPLE HAZE WITH SPECIAL GUEST

FUSION NADIR

Mieza S | 8/30/2019 12:42:00 PM | 0Comments |

FUSION NADIR

LIVE IN TUN PRESENT IZAAQ ZAKAR BAIK

Mieza S | 8/30/2019 12:41:00 PM | 0Comments |
LIVE IN TUN PRESENT IZAAQ ZAKAR BAIK

KL JOURNAL OPEN MIC #104 FEATURING AMR MOHSEN

Mieza S | 8/30/2019 12:36:00 PM | 0Comments |

KL JOURNAL OPEN MIC #104 FEATURING AMR MOHSEN

BUKAN DERITA HATI MEMINTA

Mieza S | 8/30/2019 12:34:00 PM | 0Comments |


BUKAN DERITA HATI MEMINTA

TWO YEARS OF CHAOS

Mieza S | 8/30/2019 12:32:00 PM | 0Comments |


TWO YEARS OF CHAOS

INDUBPENDENCE DAY

Mieza S | 8/30/2019 12:29:00 PM | 0Comments |

INDUBPENDENCE DAY

FUNKY RITUAL 2!

Mieza S | 8/30/2019 12:28:00 PM | 0Comments |

FUNKY RITUAL 2!

MEMBUNUH BENCI MERDEKA PARTY

Mieza S | 8/30/2019 12:27:00 PM | 0Comments |

MEMBUNUH BENCI MERDEKA PARTY

FUCK IFAN FINALE

Mieza S | 8/30/2019 12:22:00 PM | 0Comments |


ATAS ALBUM TOUR 2019

Mieza S | 8/30/2019 12:04:00 PM | 0Comments |

ATAS ALBUM TOUR 2019

THE BUFFALO THEORY MADMAN

Mieza S | 8/30/2019 11:58:00 AM | 0Comments |

THE BUFFALO THEORY MADMAN

ACARA MALAM MERDEKA HEY! LETS GO

Mieza S | 8/30/2019 11:57:00 AM | 0Comments |

ACARA MALAM MERDEKA HEY! LETS GO

ANNIVERSARY CELEBRATION GERHANA SKA CINTA

Mieza S | 8/30/2019 11:56:00 AM | 0Comments |

ANNIVERSARY CELEBRATION GERHANA SKA CINTA

NOISE SESSION VOL 22

Mieza S | 8/30/2019 11:55:00 AM | 0Comments |

NOISE SESSION VOL 22

CRAZY GRIZZLY X OPERAHAUS ALBUM TOUR

Mieza S | 8/30/2019 11:53:00 AM | 0Comments |

CRAZY GRIZZLY X OPERAHAUS ALBUM TOUR

AMITEE TALENT SHOWCASE

Mieza S | 8/30/2019 11:52:00 AM | 0Comments |

AMITEE TALENT SHOWCASE

MERDEKA 3 CONNEXION

Mieza S | 8/30/2019 11:51:00 AM | 0Comments |

MERDEKA 3 CONNEXION

JANJI ADA GIG MERDEKA #JAG 11 MALAYSIA 2019

Mieza S | 8/30/2019 11:50:00 AM | 0Comments |

JANJI ADA GIG MERDEKA #JAG 11 MALAYSIA 2019

MUSIC AND ART MARGASATWA RADIOWAVE

Mieza S | 8/30/2019 11:49:00 AM | 0Comments |

MUSIC AND ART MARGASATWA RADIOWAVE

CHABUK CRATER CAMP

Mieza S | 8/30/2019 11:47:00 AM | 0Comments |
CHABUK CRATER CAMP

MERDEKA ACOUSTIC NIGHT WITH NOH SALLEH

Mieza S | 8/30/2019 11:46:00 AM | 0Comments |

MERDEKA ACOUSTIC NIGHT WITH NOH SALLEH

MERDEKA GIG TRIBUTE SHOWCASE

Mieza S | 8/30/2019 11:45:00 AM | 0Comments |

MERDEKA GIG TRIBUTE SHOWCASE

API AMBISI TOUR 2019

Mieza S | 8/30/2019 11:42:00 AM | 0Comments |

API AMBISI TOUR 2019

A TRIBUTE TO EVERYDAY HEROES

Mieza S | 8/30/2019 11:42:00 AM | 0Comments |

A TRIBUTE TO EVERYDAY HEROES

NORTHERN GRUNGE MANIA

Mieza S | 8/30/2019 11:40:00 AM | 0Comments |
NORTHERN GRUNGE MANIA

ABSURD 19 LAUNCHING PARTY

Mieza S | 8/30/2019 11:39:00 AM | 0Comments |
ABSURD 19 LAUNCHING PARTY

MALAM MERDEKA ANGKASA

Mieza S | 8/30/2019 11:37:00 AM | 0Comments |
MALAM MERDEKA ANGKASA

NBT ROUND A NIGHT OF A SINGER - SONGWRITERS

Mieza S | 8/30/2019 11:36:00 AM | 0Comments |

NBT ROUND A NIGHT OF A SINGER - SONGWRITERS

Lirik Lagi Taman Dusta Gamma

Mieza S | 8/30/2019 10:12:00 AM | 0Comments |
Lirik Lagi Taman Dusta Gamma

derita kau biar kecewa
sengsara kau biar merana
cinta yang kau ucapkan di pertemuan
kasihku manakah janjimu

membara kurela terbakar
dalam doa ku pasrah aku kecewa
dalam manis bicaraberdaya
walau kini engkau telah berubah

bayanganmu tak dapat kulupa
bagai arus menerjang ke kuala
kulemas dalam air mata
ranting tak menjadi penjara

sendiri meratap kecewa
semudah kembojamu mekar berbunga
cintaku kau badani ditaman dusta
walau kini…

Thursday, August 29, 2019

Penangan Raatchasi Sampai Lubuk Hati

Mieza S | 8/29/2019 09:35:00 AM | 0Comments |
Penangan Raatchasi Sampai Lubuk Hati

Sinopsis Raatchasi

sebagai guru besar baru sekolah kerajaan di sebuah kampung tamil nadu, geetha rani nekad untuk cuba memperbaiki piawaian pendidikan bagi para pelajarnya. dia telah mengubah undang-undang serta mewujudkan semula hubungan baik antara sekolah dan alumni, termasuk para ibu bapa. 

Perkara itu menimbulkan kemarahan seorang pekerja dari sebuah sekolah swasta, yang mencuba pelbagai cara untuk menghalang perbuatan Geetha, termasuk memasukkan dia ke dalam penjara.

Bahasa: Tamil
Tarikh Tayangan: 5 Julai 2019
Genre: Drama
Durasi: 2 Jam 14 Minit
Pengedar: DMY Creation Sdn Bhd
Pelakon: Jyothika, Hareesh Peradi, Poornima Bhagyaraj, Sathyan, Aruldoss
Pengarah: Sy Gowthamraj


Filem Papar Realiti Sebenar Dalam Pendidikan

filem ni mula diperkatakan orang sejak kebelakangan ini di facebook. aku tak ambil pusing, sehinggalah kakak noi (rakan sekerja) bergosip dengan aku mengenai filem ini. secara tak sengaja, muncul di news feed facebook tentang filem ini. 

tanpa membuka trailer, terus laju aku mencari filem ini di laman google. ternyata tak menghampakan bila mata aku disajikan selama 2jam 14minit tanpa henti. sumpah best weyh. adegan - adegan luar jangkaan seperti hero tak mati bila kena tembak, hero masih hidup walaupun kena lenyek lori, hero ada kuasa power, tak ada dalam filem ni. 

cuma seorang heroin perempuan yang ada 'superpower' mengenai seni pertahanan diri yang berlawan dengan beberapa orang lelaki yang bersenjata besi, parang dan lain - lain. ini kan memang scene yang diterapkan dalam filem tamil atau bollywood. semua tahu bukan? 

awal - awal lagi aku dah sebak tengok cerita ni. entah lah kenapa. tak perlukan cgi melampau, aksi gempak untuk buat aku jatuh cinta. cukup dengan pengorbanan dah boleh buat hati aku cair. kenapa cair? pengorbanan apa? 

pengorbanan seorang guru besar di pedalaman yang sedaya upaya menentang ketidakadilan dalam sistem. setiap scene dalam filem ini memang menjentik hati aku, mungkin kerana skrip yang digunakan tidak berat untuk dihadam dan mudah untuk dekat di hati. ada thriller, ada lawak, ada sedih. digarap sempurna dengan konflik politik di sekolah, tentang perbezaan kasta, percintaan yang tidak wujud, tentang hubungan kekeluargaan dan kuasa hanya perlukan duit. 

dari pemerhatian aku selama 2jam tanpa fokus yang optimum, filem ini mengetengahkan sistem pendidikan yang tidak seimbang yang mana ketidakkeseimbangan ini berpunca dari perbezaan kasta, wang dan kuasa. 

bagi aku, filem ni antara filem berani yang 'bersuara' tentang realiti pendidikan dan politik negeri, seolah - olah mengutuk pemimpin kecil yang buta kerana wang dan pangkat. 

antara adegan kesalahan pelajar dan guru yang dipaparkan ialah penjualan rokok di depan pagar sekolah, merokok terang terangan, lompat pagar, guru - guru yang berpeleseran tidak menghiraukan anak murid yang ketinggalan, guru yang suka membuang masa berbual tidak menjalankan tugas, guru yang malas mengajar, peraturan sekolah yang longgar dan banyak lah lagi. 

adegan - adegan ini, antara yang sering terjadi dalam institusi pendidikan; sekolah. tak dinafikan, waktu sekolah di kuala selangor antara yang terjadi ialah: pagar sekolah yang sengaja dibolong pelajar, tandas yang berbau rokok, cikgu terang terangan merokok dalam kawasan sekolah, cikgu - cikgu yang masuk kelas sekadar masuk, kelas belakang bolong tak ada yang masuk. 

aku tahu, mana - mana pun memang wujud peraturan. tinggal lagi nak hidup dalam peraturan atau bebas. orang malaysia, biasalah. sekolah je kot. menggelabah nak peraturan buat ape. ye dak? 


Filem Raatchasi Memang Terbaik

geetha kehilangan pasangannya yang telah berjanji untuk sama - sama membantu tentang permasalahan dalam sekolah. geetha kehilangan bapa yang sangat rapat, geeta yang duduk makan bersama anak - anak murid, geetha yang tak batak kuasa, geetha yang berani bersuara meski orang kiri kanan cuba menjatuhkan, geetha yang tidak terpedaya dengan sogokan wang, geetha yang berjaya 'mendidik' guru disekolahnya, geetha yang tak putus asa, geetha yang berjaya mengubah corak sistem peraturan di sekolah, geetha yang berani meluluskan pelajar yang telah gagal dalam gred 9 untuk mengambil peperiksaan ke gred 10, geetha yang telah membuktikan kemiskinan bukanlah halangan untuk anak - anak ini bekerja sebagai buruk, geetha yang telah membuka banyak mata, geetha yang telah 'menghapuskan' kasta dalam kawasan sekola. superb. 

kau patut tengok. lima bintang untuk dua jam yang ohsem! 

jika kita hanya bercakap tentang ketidakadilan, ia cuma akan menjadi sebahagian daripada ketidakadilan.
tapi bagi mereka yang menentang, mereka adalah sejarah.

Tuesday, August 27, 2019

Lirik Lagu Langkah Demi Langkah Iklim

Mieza S | 8/27/2019 11:28:00 AM | 1Comments |
Lirik Lagu Langkah Demi Langkah Iklim

Langkah demi langkah aku teruskan jua
Masa demi masa sampai akhirnya
Terima kasih atas penghinaan
Yang kau lemparkan

Tangga demi tangga kita daki bersama
Jatuh terluka bangun semula
Terima kasih atas kesakitan
Yang telah kau berikan

Kerana itu penghinaan
Juga cemoohan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan

Air mata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup di dalam dunia
Bak sandiwara

Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman
Yang kau berikan

Karena itu penghinaan
Juga cemoohan
Diganti dengan pujian
Dan kemuliaan
Airmata


Lirik Lagu Gugurnya Bunga Cinta Laksamana

Mieza S | 8/27/2019 11:22:00 AM | 2Comments |
Lirik Lagu Gugurnya Bunga Cinta Laksamana

Izinkan aku, sayang
Menyentuh perasaanmu
Biar gelora cinta semalam
Izinkan aku, sayang

Merinduimu selalu
Biar bergetar nalurimu
Walau berkali kau membenci
Cintaku takkan hilang

Himpunkan semua kemaafan
Dengarkan oh rintihan
Andainya kau pergi
Gugurlah bunga cinta

Terpadam mentari
Yang menyinar
Pulanglah oh sayang
Kau kunanti penuh pasti

Rintihan kecundang
Untukmu oh sayang
Izinkan aku, sayang
Menyentuh perasaanmu

Biar gelora cinta semalam
Izinkan aku sayang
Merinduimu selalu
Biar bergetar nalurimu

Walau berkali kau membenci
Cintaku takkan hilang
Himpunkan semua kemaafan
Dengarkan…

Lirik Lagu Bulan Madu Adalah Hempedu Laksamana

Mieza S | 8/27/2019 11:16:00 AM | 1Comments |
Lirik Lagu Bulan Madu Adalah Hempedu Laksamana


`Bagaimanapun janji kau lafazkan
Dirimba hatinya lara..
Kekadang menentang diriba meronta
Kemanakah arah..

Sejuta harapan dalam kehancuran
Terhina hati mulia..
Kasih kuberi kan racun kau hulurkan
Dimana janjimu..

Kini madu bertukar hempedu
Pastinya itu yang kau mahu
Kesabaranku punya batasan
Bertahun tahun merelakan semua...

Biarpun pedih aku relakan
Berlaku kejam aku terpaksa
Demi cintaku merah menyala
Engkau terpaksa aku lepaskan....

Biarlah ini satu dugaan,
Dalam menempuh arus percintaan,
Tiada gunanya kita bersama,
Jika impian kita berbeza..

Lirik Lagu Aku Adalah Mentarimu Laksamana

Mieza S | 8/27/2019 11:10:00 AM | 1Comments |
Lirik Lagu Aku Adalah Mentarimu Laksamana


Redup matamu bagai petanda lepas gerimis
Yang tersimpul bagai terkunci mengikat diri
Kalaulah aku mempunyai kuasa sakti
Akan kuubah duka hidupmu jadi bahgia

Cermin dirimu cuba kenali diri sendiri
Sebagaimana engkau kenali cinta misteri
Lihatlah di langit sana
Mentari merah menyinar

Itulah diumpamakan
Satu pengorbananku
Kurela diperhambakan
Andai itu kau inginkan

O-o-oh ...
'Ku oh bukanlah seorang pujangga
'Ku hanya mampu merancang dan berusaha
Untuk kita berdua
Cuba renungkan masa hadapan bersamaku
Pastikan corak…

Monday, August 26, 2019

Hari Minggu Yang Panjang

Mieza S | 8/26/2019 05:05:00 PM | 3Comments |
Hari Minggu Yang Panjang
sumber: google

cuti hujung minggu adalah cuti yang paling diidam semua manusia, termasuk aku. cuti hujung minggu aku kali ini, adalah antara cuti hujung minggu yang paling membeban. mana tidaknya aku cuba sedaya upaya mengaplikasikan ini : cara menghilangkan rasa bosan, ternyata bosan aku tidak hilang. mari, aku kongsi sedikit aktiviti aku sepanjang cuti minggu lalu. 

Awal Pagi

Hari Minggu Yang Panjang
sumber: google

sabtu dan ahad aku melakukan aktiviti yang sama. jadinya aku lamsam jelah ye. senang kerja aku pun nak menulis. awal pagi (sebenarnya mengjangkau sepuluh atau sebelas) aku bangkit. benda paling awal aku capai ialah telefon bimbit yang duduknya hanya disisi bantal yang aku selitkan di sebelah. antara aplikasi yang menjadi pilihan untuk aku jenguk ialah facebook, instagram, whatsapp dan omi. jika perlukan id, hello hello je. hukhuk.

aku akan menolak skrin sehingga urusan aku selesai. jika ada yang perlu dibalas, aku balas. jika tidak perlu, aku akan metutup skrin dan menyambungkan telefon bimbit dengan wayar pengecas. aku biarkan seketika. 

seterusnya aku akan melipat kain selimut yang telah berjasa menutup keseluruhan badanku seperti 'seorang' mayat. oh untuk pengetahuan semua, begitulah cara tidur aku yang paling selesa. terbungkam dalam gebar malam. enak ~ 

minggu ini aku sedikit rajin. hari sabtu aku masakkan nasi goreng pedas yang telah direquest emak. waktu aku bangun, emak telah menyediakan ketulan nugget. memang menjadi kebiasaan aku, makan sampai kenyang baru buat kerja. begitulah. jika aku buat kerja dalam keadaan lapar, aku lebih banyak merungut dan bimbangkan perut yang sedang lapar. 

hari ahad pula emak keluar rumah awal. 

"huk huk." entah kenapa, beberapa minggu ni. aku kerap batuk seperti angin. sekejap ada sekejap hilang. aku masih mencari punca yang masih beterbangan. pagi ahad emak masuk ke bilik dengan harapan mahu meminjam beg bewarna merah hati kepunyaan aku. aku terbatuk kecil ketika emak masuk ke bilik. 

"bangun jela, dah batuk tu. tidur je."

aku seperti biasa, buat tidak tahu.


"nanti tolong angkatkan 'benda' (merujuk kepada kotak penyimpanan beg) ni. mak tak larat."
"okay mak."

selepas adik lelaki aku menghantar emak ke rumah kawannya (atas urusan marhaban), aku bangkit. waktu itu baru sekitar 9 pagi lebih sedikit. selepas melipat selimut aku ke singki mencuci gigi dan muka. aku mengomel sendirian melihatkan pinggan yang bersepah tidak berkemas. 

begitulah aku. kalau malas, malas betul. kalau rajin, rajin betul sehinggakan tidak ada ruang langsung bersenang lenang. selepas mengemas ruang dapur, aku mendapat idea untuk membancuh tepung. dalam fikiran aku sudah nampak bayang - bayang jemput kentang yang dimakan panas - panas. 

ternyata tidak ada kentang di dalam peti sejuk. aku hanya menggunakan tepung, bawang, ikan bilik yang diblend, cili besar, garam, dan sedikit kunyit buat kekuningan. jadilah hari ahadku berteman dengan jemput. aku makan bersama dua lagi adik kecil yang berumur antara 6 tahun dan 3tahun. 

jemur kain? malam selalunya urusan meletakkan hanger memang sudah langsai awal. jadi, aku berehat awal. aku terus sidai kain diluar kerana diluar panas terik. cuma sesekali seperti ada awan menjengah mahu berkumpul menurunkan hujan ke tanah. 


Tengahari

selepas urusan pagi aku selesai, aku ke kamar menilik telefon kembali. melakukan hal hal kebiasaan. menyentuh skrin dan tutup semula. terus aku mandi dan mandikan sekali adik aku yang 3 tahun tu. aku siap dan rapikan dia. kemudian aku mengemas rumah dengan cara vakum sahaja dan mop untuk lebih bersih. 

kalau ikut, rumah aku memang sentiasa tidak bersih. dua orang adik aku yang kecil hobinya memang mengumpulkan sampah. memang menjadi kebiasaan mereka, jika rumah kemas adalah tidak lengkap. mesti akan ada sedikit mainan di hujung sana, sedikit di sini, disitu sedikit sehingga rumah betul - betul kelihatan bersepah. kemudian, mereka akan tinggalkan ruang tamu dan bermain di bilik pula. hahhaha begitulah ya jika ada anak kecil. 

selesai melakukan urusan vakum dan mop, aku akan bersantai santai menghadap kipas untuk menghilangkan peluh yang bertapa sambil menonton televisyen. aku memang jarang masak tengahari jika hari cuti melainkan hanya tinggal aku seorang sahaja dirumah. hari itu, aku cuma menanak nasi sahaja. sejurus selepas itu, emak pulang dan masakkan kami semua makanan tengahari. 

selesai makan, aku vakum pula bilik dan susun barang yang bersepah. selesai itu aku main telefon semula dan habiskan masa menonton filem. jika bosan, aku akan menukar pula dengan membaca buku.

Membaca Buku



untuk minggu ini, aku habiskan masa dengan membaca buku 'manusia' terbitan dari fixi dan karya oleh mama regina ibrahim bersama fahmi mustaffa. buku ini terbahagi kepada dua bahagian. yang pertama adalah bahagian mama regina dan bahagian kedua pula adalah milik fahmi. 

bahagian pertama menceritakan tentang seorang perempuan yang kurang keyakinan diri. mungkin aku patut meletakkan diri aku di dalam watak tersebut untuk lebih bangkit dan jangan lagi rasa gagal hidup.

bahagian kedua pula, adalah kisah fahmi yang telah diberikan sebuah manuskrip oleh mama regina. dan kisah kisah semasa di amsterdam. mungkin aku akan ulas di dalam entri seterusnya. tapi jujur, aku tak pandai menulis review buku. hahaha. macamana eh? 

waktu malam aku mengulangi lagi membaca buku diselangi menonton filem, makan, dan menghabiskan masa dengan media sosial yang semakin membosankan. 


oh lupa, hari sabtu aku ada buat ala - ala photoshoot gitu untuk kempen shopee. hari ahad aku buat boomerang. tapi masih belum post dekat mana - mana media sosial sebab masih menunggu approval dari pihak atasan shopee. hee. 

Hari Minggu Yang Panjang
acah - acah model pan


malam tu, aku masuk bilik dalam jam 10 ke 11 begitulah. dan oncall dengan sesiapa sehinggalah mata aku betul - betul mengantuk. 

ternyata sabtu dan ahad aku sangat panjang untuk dihabiskan kerana tidak ada yang menarik untuk dilakukan. 

Friday, August 23, 2019

KLFW 2019 dan Dua Kisah Ringkas

Mieza S | 8/23/2019 02:30:00 PM | 6Comments |
KLFW 2019 dan Dua Kisah Ringkas

2019, sekali lagi dapat jemputan kl fashion week atas dasar menang contest bersama penganjurnya nuffnang. huhu. tahun ni luck tak berapa nak rasa luck. tahun lepas duduk di bawah designer jovian, nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen. manakala tahun ni aku datang klfw di bawah designer yang bernama seza zulkeple. korang mungkin boleh google untuk lebih tahu. 

KLFW2019

klfw 2019 yang diadakan di pavilion seperti selalu berjalan dengan baik. untuk sesi yang aku hadiri, tak ramai sangat artis. oh btw, koleksi daripada seza zulkeple ialah batik. dimana corak batik tersebut ada di kotex. koleksi seza zulkeple berkolabrasi bersama kotex barangkali. aku tak pasti. sepanjang peragaan, aku yakin ramai yang memuji. .

KLFW 2019 dan Dua Kisah Ringkas
partner klfw 2019,, tasya

fesyen yang ditonjolkan bersama corak batik tidak keterlaluan dan just nice. ada beberapa design yang menarik minat aku dan tasya. boleh rujuk video pendek dibawah dalam mempromosikan kotex yang limited ini. 



dua tiket yang dimenangi adalah tiket aku dan satu lagi kepunyaan tasya. tasya satu - satunya manusia yang paling rajin layan karenah aku sebab dia masih belum kerja. dia masih ada banyak masa untuk menemani aku ke mana - mana. aku dan tasya bertemu di klcc dan sama - sama menaiki bas ke pavilion. 

sepanjang perjalanan kami dipenuhi dengan gosip murahan tentang hidup masing masing. bermula dari kitkat, kucing, ayam macd 3x spicy sehinggalah bab percintaan yang tak pernah habis. sampai ke malam kami bergosip tak sudah. maklumlah, boleh dikatakan dah berapa bulan tak jumpa. kami kekurangan wang. huhu.

di klfw, aku bertemu farah dafri dan kak cici. keduanya memang dah lama tak jumpa. aku okwed nak berbual. jadinya, aku cuma bersalaman berselfie dan buat hal masing - masing. boleh dikatakan, cukup lama aku tak turun event. semakin suam - suam kuku, kesian aku. tak ada yang sudi nak menjemput. kebanyakkan jemputan adalah hari biasa. sedangkan hari biasa, aku punya komitmen bersama kerja hakiki yang memberi aku gaji tetap. 

KLFW 2019 dan Dua Kisah Ringkas

KLFW 2019 dan Dua Kisah Ringkas

aku harap, walaupun aku kelihatan 'sombong' berjumpa kalian, aku masih kawan kawan korang. heeee. sebab aku pemalu. serius. aku memang dah lama tak turun event dan berjumpa dengan blogger. aku kelihatan janggal. sesi aku dijangka habis pada jam 3petang dan ternyata habisnya lebih awal dari jangkaan. 

aku yang kelaparan, mengajak tasya untuk makan tengahari. aku masih belum bersarapan lagi sejak pagi. laparnya tak terbendung. betul - betul buat aku rasa nak pengsan. 

tak lupa juga, terima kakak noi yang sudi pinjamkan baju bertema batik. konon - konon nak ikut tema. heee. 

Dua Kisah Ringkas

'Celebrate' Kelahiran Tasya 

disebabkan dah lama tak jumpa dan kebetulan semalam adalah hari kelahiran tasya. aku ambil keputusan untuk stay lama di kuala lumpur menyambut ala kadar. maaf tasya, hari lahir kau jatuh pada hari aku kehabisan duit. tak ada hadiah, tak ada ucapan panjang, tak ada kejutan. cuma ada aku dan sepotong kek secret recipe aku bekalkan buat kau bawa pulang. 

aku tahu, sambutannya tak meriah. tapi aku nak kau tahu, kejutan hari jadi yang besar tak kan mampu memanjangkan persahabatan kita dan takkan mampu menambah kepercayaan dalam hubungan ini. terima kasih untuk kali ini, kau masih tetap tinggal dengan aku. 

buat tasya, semoga kelahiran tahun ini lebih baik dari tahun - tahun sebelumnya. semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia lanjut untuk kita sama - sama tua melewati hidup. terima kasih sudi terima aku jadi bagian hidup kau. terima kasih sebab waktu orang pandang hina dekat aku, kau masih tak berganjak tetap dengan aku. terima kasih atas sudi menerima kekurangan diri ini. aku doakan kau cepat dapat kerja dan dipermudahkan hidup.
akhir kalam, aku sayang kau dengan sesungguhnya. semoga kita terus kawan bertahun - tahun lagi.

KLFW 2019 dan Dua Kisah Ringkas
loveyou beby <3

aku dan tasya habiskan waktu malam kami di tapak. makan malam. aku tak makan. simpan ruang perut untuk makan malam bersama orang lain pula. 

Meratap Janji

ramai kenal aku, aku ni jenis pelupa. tapi tuhan kurniakan aku ingatan pada janji - janji manusia. selepas pulang berjumpa tasya, aku ber whatsappp bersama seseorang. perut kosong yang menemani aku sepanjang pulang dalam keretapi, dan penat yang mengiringi telah membawa aku ke perbualan pendek bersama seseorang. 

"ada mana?"

"ada dekat rumah."

"jom jumpa, teman makan. nak borak - borak."

"okay. tapi nak mandi sekejap."

"okay."

..
..
..

"nanti nak bawa abang tau."

"tak payah. kita dua je. kalau ada orang lain tak berborak."

"dia tak dengar la kalau kita borak."

"takpelah, takpayah jumpa. lainkali je jumpa."

...

duduk satu kereta, mustahil ada yang pekak telinga tak boleh dengar perbualan kami. huh!

perjalanan dari rumah 'seseorang' itu ke ktm sekejap je kalau ikutkan, sebab dekat. tapi itulah, dia memang selalu culas dengan masa. masa bukan emas dan tak berkepentingan dalam hidup dia barangkali. asal sampai, asal siap, sudahlah. siapa peduli tentang masa? lama - lama ditinggal juga kebelakang dan tak mungkin boleh berulang.

lama juga aku tunggu. sunyi. hanya tinggal dua tiga orang yang berganti - ganti di stesen tersebut. 

tak lama kemudian, aku menerima panggilan telefon. 

"ada dekat mana."

"ktm. datang sorang ke dua orang?"

"dua orang."

"taknak la. malu."

"takpe jela."

"cakap la betul - betul. sorang ke dua orang."

"sorang sorang" (sambil menjaga hati orang sebelah.

"takpela. dah naik ktm."

"tipu."

"ya betul. tadi tunggu lama sangat tak reply chat."

"tengah drive."

"oh. takpela. pergi lah balik. dah nak sampai rumah ni."

pap. talian dimatikan. dan talian internet juga dimatikan sehingga saat aku menulis entri ini, whatsapp aku masih belum diterima 'seseorang' itu. 

lama aku tunggu dekat stesen. berharap yang dia datang jenguk aku. memastikan yang aku benar - benar sudah pulang. ternyata tidak. dia hilang dalam bayang kelam lampu kereta yang berbaki di hujung simpang. sempat aku 'tangkap' sewaktu berdiri memerhati kereta lalu lalang keluar masuk stesen. cis. sampai hati dia tinggalkan janji dan aku yang lapar dan sunyi disini. 

setelah beberapa ketika whatsapp aku hanya menerima satu tick, aku membuat tempahan mycar. yang pertama tak guna. sendiri malas masuk sendiri malas cancel. malas nak mention nama. takut tercalar imej. aku tanya dua kali "boleh ambil tak?". "boleh ambil tak? kalau tak boleh awak cancelkan. nanti sy order yang baru. maaf menyusahkan.". mesej aku tak berbalas. 

aku ambil keputusan untuk membuat tempahan baru. kadang - kadang bersyukur dengan sistem mycar yang tak berapa nak stabil ni. boleh buat carian banyak kali, meskipun tempahan sebelumnya masih belum di cancel. huhu. 

lama aku tunggu. tak apa kata aku. malam - malam begini tempat sunyi, sabar sikit. dari terbiar tertidur situ, lagi lah. aku menangis dekat tangga mengenang nasib yang ditinggal janji dan sunyi. waktu itu, aku betul - betul kecewa dengan manusia yang kadang - kadang sikap dan perikemanusiaan manusia itu sendiri. di mana?

KLFW 2019 dan Dua Kisah Ringkas

akhirnya setelah menunggu lama, mycar aku sampai. waktu aku menaiki kereta tersebut, mata aku masih basah. dan suara aku masih lagi tak dapat dikawal. lama aku ambil nafas untuk kembalikan semula suara menjadi normal. 

aku bersyukur, mycar pertama ditolak mentah. mycar kedua lebih perihatin membelah sunyi aku. sepanjang perjalanan kami berbual ringan tentang pekerjaan kami. orangnya masih muda. duduk di tahun kedua degree di uitm. asal dari kedah. membuat dua pekerjaan sambilan. iaitu mycar dan autogate. 

aku tak tahu bagaimana cara mengiklankan perkhidmatan dan servis ini. dan aku tak tahu bagaimana cara untuk menghubungi beliau. 

terima kasih buat muhammad zuhdi yang bernombor plat ake 3579 atas malam yang membelah sunyi dan sudi menerima tempahan perjalanan mycar yang dibuat oleh aku. semoga kau murah rezeki dan berjaya mendapatkan degree dengan sempurna. 

aku tahu. aku pulang ke rumah dengan membawa hati yang koyak oleh janji dan manusia. 

allah temukan kita dengan seseorang bukan saja - saja. 
TABU
Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipersia
ASRAMA: 2
Surat-Surat Perempuan Johor
1515
RAHSIA
GANTUNG: 2
SUNYI
ASRAMA
DELIMA
GANTUNG
GELAP
KACAU
KELABU
LAKNAT
LARI
KAMERA
MENTAL
LENDU
MEREKA
© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.