Penangan Raatchasi Sampai Lubuk Hati

Penangan Raatchasi Sampai Lubuk Hati

Sinopsis Raatchasi

sebagai guru besar baru sekolah kerajaan di sebuah kampung tamil nadu, geetha rani nekad untuk cuba memperbaiki piawaian pendidikan bagi para pelajarnya. dia telah mengubah undang-undang serta mewujudkan semula hubungan baik antara sekolah dan alumni, termasuk para ibu bapa. 

Perkara itu menimbulkan kemarahan seorang pekerja dari sebuah sekolah swasta, yang mencuba pelbagai cara untuk menghalang perbuatan Geetha, termasuk memasukkan dia ke dalam penjara.

Bahasa: Tamil
Tarikh Tayangan: 5 Julai 2019
Genre: Drama
Durasi: 2 Jam 14 Minit
Pengedar: DMY Creation Sdn Bhd
Pelakon: Jyothika, Hareesh Peradi, Poornima Bhagyaraj, Sathyan, Aruldoss
Pengarah: Sy Gowthamraj


Filem Papar Realiti Sebenar Dalam Pendidikan

filem ni mula diperkatakan orang sejak kebelakangan ini di facebook. aku tak ambil pusing, sehinggalah kakak noi (rakan sekerja) bergosip dengan aku mengenai filem ini. secara tak sengaja, muncul di news feed facebook tentang filem ini. 

tanpa membuka trailer, terus laju aku mencari filem ini di laman google. ternyata tak menghampakan bila mata aku disajikan selama 2jam 14minit tanpa henti. sumpah best weyh. adegan - adegan luar jangkaan seperti hero tak mati bila kena tembak, hero masih hidup walaupun kena lenyek lori, hero ada kuasa power, tak ada dalam filem ni. 

cuma seorang heroin perempuan yang ada 'superpower' mengenai seni pertahanan diri yang berlawan dengan beberapa orang lelaki yang bersenjata besi, parang dan lain - lain. ini kan memang scene yang diterapkan dalam filem tamil atau bollywood. semua tahu bukan? 

awal - awal lagi aku dah sebak tengok cerita ni. entah lah kenapa. tak perlukan cgi melampau, aksi gempak untuk buat aku jatuh cinta. cukup dengan pengorbanan dah boleh buat hati aku cair. kenapa cair? pengorbanan apa? 

pengorbanan seorang guru besar di pedalaman yang sedaya upaya menentang ketidakadilan dalam sistem. setiap scene dalam filem ini memang menjentik hati aku, mungkin kerana skrip yang digunakan tidak berat untuk dihadam dan mudah untuk dekat di hati. ada thriller, ada lawak, ada sedih. digarap sempurna dengan konflik politik di sekolah, tentang perbezaan kasta, percintaan yang tidak wujud, tentang hubungan kekeluargaan dan kuasa hanya perlukan duit. 

dari pemerhatian aku selama 2jam tanpa fokus yang optimum, filem ini mengetengahkan sistem pendidikan yang tidak seimbang yang mana ketidakkeseimbangan ini berpunca dari perbezaan kasta, wang dan kuasa. 

bagi aku, filem ni antara filem berani yang 'bersuara' tentang realiti pendidikan dan politik negeri, seolah - olah mengutuk pemimpin kecil yang buta kerana wang dan pangkat. 

antara adegan kesalahan pelajar dan guru yang dipaparkan ialah penjualan rokok di depan pagar sekolah, merokok terang terangan, lompat pagar, guru - guru yang berpeleseran tidak menghiraukan anak murid yang ketinggalan, guru yang suka membuang masa berbual tidak menjalankan tugas, guru yang malas mengajar, peraturan sekolah yang longgar dan banyak lah lagi. 

adegan - adegan ini, antara yang sering terjadi dalam institusi pendidikan; sekolah. tak dinafikan, waktu sekolah di kuala selangor antara yang terjadi ialah: pagar sekolah yang sengaja dibolong pelajar, tandas yang berbau rokok, cikgu terang terangan merokok dalam kawasan sekolah, cikgu - cikgu yang masuk kelas sekadar masuk, kelas belakang bolong tak ada yang masuk. 

aku tahu, mana - mana pun memang wujud peraturan. tinggal lagi nak hidup dalam peraturan atau bebas. orang malaysia, biasalah. sekolah je kot. menggelabah nak peraturan buat ape. ye dak? 


Filem Raatchasi Memang Terbaik

geetha kehilangan pasangannya yang telah berjanji untuk sama - sama membantu tentang permasalahan dalam sekolah. geetha kehilangan bapa yang sangat rapat, geeta yang duduk makan bersama anak - anak murid, geetha yang tak batak kuasa, geetha yang berani bersuara meski orang kiri kanan cuba menjatuhkan, geetha yang tidak terpedaya dengan sogokan wang, geetha yang berjaya 'mendidik' guru disekolahnya, geetha yang tak putus asa, geetha yang berjaya mengubah corak sistem peraturan di sekolah, geetha yang berani meluluskan pelajar yang telah gagal dalam gred 9 untuk mengambil peperiksaan ke gred 10, geetha yang telah membuktikan kemiskinan bukanlah halangan untuk anak - anak ini bekerja sebagai buruk, geetha yang telah membuka banyak mata, geetha yang telah 'menghapuskan' kasta dalam kawasan sekola. superb. 

kau patut tengok. lima bintang untuk dua jam yang ohsem! 

jika kita hanya bercakap tentang ketidakadilan, ia cuma akan menjadi sebahagian daripada ketidakadilan.
tapi bagi mereka yang menentang, mereka adalah sejarah.

Post a Comment

0 Comments