Kuala Lumpur ZinexDiy 2019

Kuala Lumpur ZinexDiy 2019

20 april yang lalu, telah diadakan kuala lumpur zinexdiy festival 2019. ini kali yang kedua atau ketiga aku menghadiri majlis zine. zine tu apa? kau boleh google untuk lebih fahaman. untuk ke majlis yang macamni, aku perlu menitikberatkan beberapa perkara. antaranya ialah public transport terdekat, lokasi, jenis majlis, aktiviti, dan tempat. duit tak jadi masalah. asal cukup pergi dan balik aku gamble. 

aku bukan fans yang hardcore dalam scene macam ni. orang boleh tengok aku macammana. aku meletakkan diri aku dalam banyak sisi. apa yang orang buat aku akan buat kalau berminat. aku tak ada kawan yang duduk dalam scene ni. semua asal boleh je. jadi, kalau majlis ni betul betul aku perlu pergi atas beberapa perkara aku akan jalan je walaupun sorang. 

untuk majlis ni, aku pergi dengan tasya. kebetulan tasya ada banyak masa untuk aku. terima kasih tasya atas masa yang kau bagi. 

aku ke majlis ni atas dasar nak dengar talk. talk siapa? adly shairy. aku rasa adly ni wow! kalau aku betul betul berkenan nak dengar, aku sanggup datang kalau takde aral melintang. bagi aku thinker studio ni sesuatu. aku tahu mengenai thinker studio dari akid, kawan sekolah voksha dulu. terima kasih akid. akid yang bawa aku ke dalam thinker studio. 

dan terima kasih juga untuk diri sendiri sebab 'duduk' dalam kalangan seni ni dah bertahun - tahun. cuma tak ada nama dan tak mengenali/dikenali sesiapa. 

talk adly cuma setengah jam. tak banyak yang nak diceritakan sepanjang majlis ni berlangsung. sebab tujuan aku cuma satu. nak ulas benda lain pun tak tahu. takut orang label aku semak. semak sebab aku bukan dari scene seni tapi acah nak cover perjalanan majlis. hahahhahahhaa. 

Aturcara Majlis

Kuala Lumpur ZinexDiy 2019

aku respek pada abang dan kakak yang menjayakan/ mewujudkan majlis macam ni. bukan setakat merai seni, tapi juga menjadikan satu program yang boleh diisi anak muda. aku tak rasa majlis ni sia - sia. sebabnya ada banyak aktiviti menarik. antaranya:
  • bengkel: perfect binding (cukong press)
  • bengkel: cmyk silkscreen (ot&co)
  • screening: suara untuk kemanusiaan (drug free youth)
  • persembahan puisi
  • zine x diy gig I
  • pelancaran zine & puisi
  • form: anak tanpa negara (borneo komrad)
  • bengkel: kayukarya x pangrok sulap (cungkil kayu)
  • ekonomi zine & diy (promosi penjual | klima action malaysia (banner making))
  • forum: just do it because you love it. the stories of thinker studios (adly syairi ramly)
  • zine x diy II
  • screening: indie inc (sapkoklu production)
  • zine x diy final gig

bukan sahaja aku boleh menambah ilmu pengetahuan, aku juga berpeluang bergembira (pada acara gig). aku harap majlis macam ni tidak akan akan pernah mati. 

Cari Buku Indonesia

Kuala Lumpur ZinexDiy 2019

selalu majlis macam ni mesti ada publisher indonesia. aku nak beli buku indonesia, tapi aku sendiri tak tahu jenis yang macammana aku nak beli. jadi, inilah hasil tangkapan aku pada hari tersebut. sebelum sendiri oleh aan mansyur yang dijual oleh gadis buku. korang boleh checkout gadis buku di instagram. 

buku tu adalah buku puisi. ada banyak lagi buku dirumah yang belum habis dibaca. tetap juga aku akan beli yang baru buat koleksi mendatang. adakah aku seorang yang tamak haloba? entahlah. 

Kuala Lumpur ZinexDiy 2019
#ootd

Kuala Lumpur ZinexDiy 2019
aku bersama tasya

Masih Belum Konfiden

waktu sampai di sana, aku ulang ulang cakap dekat tasya aku takut. takut dari segi penampilan aku yang kurang ada. aku takut sebab aku tak sempurna macam yang lainnya. ah entah. macam - macam. sampai disana sebelum jam 4. kami makan - makan di kedai mamak berhampiran. 

untuk ke oasis damansara kalau naik public transport, korang perlu turun di lrt ara damansara dan menaiki grab sahaja. dekat oasis damansara ada banyak kedai untuk kau jamah makanan dalam perut yang lapar. pilihan aku waktu itu adalah kedai mamak. lebih murah kan kalau nak bandingkan dengan cafe lain. 

sampai ke hari ini level konfiden aku masih ditahap sifar. aku masih lagi peduli tentang cakap cakap orang tentang layakkah aku berada dalam sesuatu majlis atau bagaimana penampilan aku. hahahha . benci lah macam ni.

aku hampir hampir berpatah pulang sebelum sampai ke pintu masuk zinexdiy ni. punyalah level penakut. sebab bila masuk tempat macam ni, orang akan pandang atas bawah. itulah malu. hmm. akhirnya dua jam lebih aku disana, aku berjaya harungi semuanya. aku tak dapat tinggal lebih lama untuk menyaksikan acara penutup. aku pulang awal. 


Post a Comment

0 Comments