dari kiri kak jannah, kak syida, aku |
tahniah kakak syida, yang akhirnya menamatkan zaman bujang dengan mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan. semoga pertunangan ini akan diakiri dengan akad sebuah mahligai perkahwinan.
majlis pertunangan yang berlangsung pada ahad lepas bersamaan 21 april 2019. aku datang sorang bukan bersama pasangan. pada tiap kali ini berlaku, aku akan park moto jauh - jauh supaya tak ada yang perasaan kehadiran motor aku, hehe.
majlis yang bermula seawal jam 12 dan jemputan pada jam 1. aku datang sedikit lewat sebab tak nak jadi yang terawal merai hari bahagia kak syida. lagipun sorang sorang pishang la. hmmm. siapa ni yang nak jadi pasangan aku ni? bosan lah pergi mana - mana sorang je. hahahhaha. ya allah, hadirkan lah aku pasangan dunia dan akhirat. amin~
kak syida adalah rakan ofis yang sudah mengjangkau setahun lebih. lama. rasanya, staf sekarang ni memang dah macam keluarga kecil. masing masing dah kenal melebihi 360hari ya. dari kawan - kawan ofis, majlis tunang ni cuma dihadiri oleh aku dan kak jannah sahaja. yang lain punya alasan tersendiri kenapa mereka tidak hadir. ada yang balik ke kampung, ada yang urusan keluarga dan urusan peribadi.
apapun majlis ni dah berlangsung dengan baik. terima kasih kak syida. mihun sup yang sedap. dua kali aku makan macam dirumah sendiri ya. mak kak syida bungkuskan mihun. mak dan nenek aku cakap sedap. cuma nenek cakap sambal pedas. tapi aku rasa biasa je. yela orang tua tak berapa nak tahan pedas. overall sedap.
tema kak syida macam warna putih susu dan merah jambu (pakaian). manis je orangnya. mekap pun cantik tak tebal.
apa pun kak syida, coretan ini coretan peribadi buat kenangan sahaja. bukan mengwar war kan berita pertunangan yang sepatunya menjadi rahsia. maaf ya :)
caption gambar diatas boleh baca di instagram. adalah sedikit curahan hati buat seseorang yang bakal /sedang menetap di hati kecil aku.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.