Diskriminasi Ada Dimana - mana

Diskriminasi Ada Dimana - mana

isu ini timbul setelah beberapa kali diulang tayang dalam bentuk kata - kata dari orang kiri kanan. aku sebenarnya malas mahu masuk campur. dek kerana isu ini timbul adalah melibatkan aku yang aku sendiri pun tak peduli. isu itu tak lain tak bukan, adalah tentang diskriminasi.

diskriminasi mengikut dewan bahasa dan pustaka ialah : perlakuan membeza-bezakan sesuatu hal (kerana keturunan, warna kulit dll). 

Merai Perbezaan

di malaysia, masyarakat memang tidak diajar untuk meraikan perbezaan. bagi mereka, perbezaan itu adalah sesuatu kecacatan. kecacatan adalah suatu hal yang sangat memalukan. itu yang terjadi pada aku. untuk orang macam aku, benda macam ni dah terlalu sebati dalam jiwa. 

aku telah melalui kehidupan celaka ini lebih awal semenjak dari umur lapan tahun, dimana waktu itu aku baru menuntut didarjah satu. pelbagai kecaman mental yang aku terima sehingga sekarang mungkin? ah entahlah.

tapi aku selalu fikir, ada banyak hal yang aku mahu dan ingin lakukan. kenapa perlu aku menghabiskan waktu sepanjang siang untuk berfikir tentang orang - orang bodoh dan waktu malam menangisi hidup yang tak pernah 'senang' oleh orang - orang bodoh ini?

akhirnya, ada banyak benda yang aku belajar dan buat semata - mata untuk membuka mata si bodoh bodoh yang selalu  mengulang kata "tak baik merendah diri. Tuhan marah" yang sebenarnya lebih hebat menghukum aku atas kekurangan yang tuhan letak dalam diri ini.

aku cuba buat apa yang aku suka, dan apa yang aku boleh buat untuk duduk melebihi mereka diatas. baru aku akan rasa puas. tapi masih belum cukup tinggi. sebab aku masih lagi rasa orang sekeliling masih sedang memberi penilaian pada setiap kali mata mereka tertancap dekat aku. ada banyak hal dan perkara yang mereka boleh isukan. tentang jari yang tak cukup, tentang warna kulit, tentang hidung, tentang mulut dan ada lagi banyak hal yang tak perlu aku lukis disini.

Diskriminasi Tidak Hanya Pada Warna Kulit

kalau dulu, jika menyebut diskriminasi. ia lebih tertumpu kepada perbezaan orang kulit putih dan kulit hitam. kini diskriminasi ini tumbuh lebat dalam kalangan masyarakat. contohnya masyarakat biasa dan oku. gemuk dan kurus. tinggi dan rendah. cantik dan hodoh. kaya dan miskin. segala - galanya diletakkan diskriminasi supaya wujud jurang dan beza.

dan akhirnya, segala - galanya terlihat sangat tak sempurna kan? ah entahlah. tak tahu bagaimana cara untuk menyedarkan masyarakat dengan isu lapuk ini. semakin hari, semakin dibiar semakin parah dan sakit. 

kalau mahu kecil hati, mungkin aku antara orang yang paling lemah menangis dibawah katil. kerana terlalu asyik memikir cakap - cakap orang. tuhan menyelamatkan aku dari situasi itu. walaupun orang berteruskan memberikan aku penilaian, aku masih boleh ke sana sini dengan cara sendiri. tak perlu fikir orang. satu sen aku tak heran dengan apa cakap - cakap orang. sedikit pun tak menjatuhkan aku untuk memilih mati. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Bagus.Bangkit.
    Entah kenapa berasa sedih membaca entri ini.Sedih dengan mentaliti orang yang menuding,menghakimi dan yang paling bahaya tanpa sedar mempersoal arau mempertikai apa yang Allah SWT ciptakan.
    Bila Mieza berasa sakit,jadikan satu asbab untuk bangkit lebih dekat dan rapat dengan DIA.

    ReplyDelete
  2. Kurus dan gemuk jarang dengar part diskriminasi selalunya more to body shaming...tapi still tak patut laa kan..
    Anyway...sha singgah jalan² blogwalking sini..

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.