PUBG : Usaha Lebih Sikit - Mieza S Mieza S: PUBG : Usaha Lebih Sikit

PUBG : Usaha Lebih Sikit

January 19, 2019
Usaha Lebih Sikit

kalau kau baca entri custom room amo yang pertama, aku ada bagitahu akan ada lagi custom room dari amo. kan kan? so semalam telah berlangsung dengan jayanya. aku mampu tengok live sekejap je sebab ngantuk nak mati. hahaha. nak tunggu room penuh, baik aku mimpi dulu. untung - untung sampai langit.

♠ FPP | SQUAD | MIRAMAR♠
📆 Date: 18/1/2019
🕙 Time: 11.00pm
✈ Flight: 11.30pm

Tambahan Masa Training Sebelum Masuk Room



bila tengok keputusan semalam, aku tengok amo team duduk di tangga sembilan. okay lah tu, masih top ten. memang adat permainan ada jatuh bangun. ada kalah menang. ada yang meninggal awal, ada yang tak reti nak mati. sepanjang duduk satu squad, diorang power je. masing - masing ada skill. mungkin kemenangan tak menyebelahi amo.

atau mungkin sebab ni room sendiri kot? tu dorang tak bersemangat lepastu bagi peluang kat orang hahaha. kalau masuk room orang, okay je diorang. ciken je selalu. takpe, jangan putus asa. semalam pun ada yang training sebelum masuk room. cuma tak cukup superpower nak dapat ciken.

kapten tak pernah hantar orang yang besher - besher pergi bertempur. okay, korang boleh tengok video live semalam aku letak dalam entri ni.


keputusan custom room 19/01 (amo the league master game 2)

Usaha Lebih Sikit

ciken - aKa
tempat kedua - Zonax
tempat ketiga- SBH
tempat keempat - KedahSwag'
tempat kelima - donno who

tahniah team aKa yang ciken diner dengan jumlah kematian sebanyak 19. yang mana mati awal tu, kena redha la bila kematian di awal permainan. kalau takde yang mati kang, aneh pulak. amo team berusaha lebih gigih ya <3

Masuk Room Sekali

sementara nak tunggu room amo terbang, aku join room juga. tapi room lain. aku tahu, aku mati awal. tapi saja gedik nak test juga. hahahahhaha.

jadi mari tengok keputusannya.

Usaha Lebih Sikit

tadaaaaaa. 22 gais. nampak nya aku memang dilahirkan untuk tak pandai survive dalam 'hidup'. kalau tinggal aku sorang lagi lah. tangan sejuk, mengiggil. macam bodoh je. penakut ~

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.