Produk Usahawan di Malaysia Halal Expo 2019

Produk Usahawan di Malaysia Halal Expo 2019

semalam aku ke Malaysia Halal Expo 2019 yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre bersama bff, Tasya. setelah beberapa bulan tak keluar bersama, aku ajak dia untuk teman aku ke sini. macam biasa, kami tak berkereta. jadi berdua ke sini dengan menaiki LRT dan turun di stesen KLCC.  

ini bukanlah kali pertama aku ke program halal expo. maklumlah, dah kerja di bahagian 'halal'. hehehe. mula - mula sampai di sana, macam agak pening. sebab diorang tak letak penanda aras untuk laluan masuk, pendaftaran apa semua. di kaunter pendaftaran pun macam tak ada orang. 

Produk Usahawan di Malaysia Halal Expo 2019

rupa - rupanya aku dah salah. 

untuk pengetahuan semua, program ini berlansung dari 24 sehingga 26 januari dari hall 1 sehingga 4. dibuka pada jam 10 sehingga 6 petang sahaja. 

Pendaftaran yang Sangat Mudah di Halal Expo 2019

Produk Usahawan di Malaysia Halal Expo 2019
sumber
ada satu laluan tu, ramai orang berkerumun. bila aku dekat, aku nampak papan tanda macam dalam gambar ni. rupanya ini cara pendaftarannya. 

1 - masuk ke laman web testhttp://mhe.1reg.my
2 - kemudian masukkan emel korang 
3 - done

kalau tak faham boleh tanya pembantu disitu. kalau tak ada internet pun boleh terus minta tolong diorang. diorang akan tolong korang, dengan senang hati. 

nanti korang akan dibawa ke satu laman yang menempatkan qr code dari pendaftaran tadi. so scan je dekat mesin. akan keluar pelekat yang mana pendaftaran korang telah berjaya. ! yeay dah boleh masuk. cuma semudah itu. 

tapi .....

jangan lupa tampal pelekat yang korang dapat tu okay?



Banyak Produk Usahawan Yang Diketengahkan

Produk Usahawan di Malaysia Halal Expo 2019
sumber 

Produk Usahawan di Malaysia Halal Expo 2019
sumber

Produk Usahawan di Malaysia Halal Expo 2019
sumber

Produk Usahawan di Malaysia Halal Expo 2019
sumber

Produk Usahawan di Malaysia Halal Expo 2019
sumber

kalau datang ke halal expo macamni, wajib ya korang bawa duit lebih sikit. macam pergi beli barang ditesco. dalam senarai ada 5 barang yang nak dibeli. sesampai nya ditesco, hamek kau. lebih dari 5. ahahaha. jadi itu situasi yang akan korang lalui bila datang ke sini. sebab semua produk halal. korang tak perlu was - was dengan ke halal -an nya. 

ada macam - macam produk yang memang kalau aku nak tulis, takkan habis. dari produk makanan, minuman, sampai lah ke produk personal care. sampai juga ke produk kosmetik. 

aku sempat jadi tester untuk satu produk ni. lupa produk dari mana. tapi dia buat kari. sumpah sedap. sebab bukan kari yang selalu aku makan. ni versi lain sikit. tapi memang terbaik dari produk usahawan! 

Produk Usahawan di Malaysia Halal Expo 2019
sumber 
Produk Usahawan di Malaysia Halal Expo 2019
sumber 

Peluang Berniaga

expo ini tidak hanya menjual pelbagai barangan yang diiktiraf halal, tetapi juga menyediakan peluang berniaga. macammana? selepas 'meneliti' setiap booth yang ada di halal expo, korang boleh pilih produk mana yang berpotensi untuk dipasarkan oleh korang. so, risik - risik dekat orang yang jaga booth dan betukarlah bisnes kad untuk contact. kan senang. kita kena ambil peluang dan ruang yang disediakan. 

tema untuk halal expo kali ini ialah 'Malaysia ke Jepun untuk Olimpik 2020'. tujuannya adalah untuk meng - ketengahkan produk usahawan dari industri kecik dan sederhana ke pasaran antarabangsa menjelang olimpik 2020. 


Produk Usahawan di Malaysia Halal Expo 2019


Malaysia Halal Expo 2019
info mengenai malaysia halal expo boleh baca disini : sejarah bakal dicipta di malaysia halal expo 2019
Laman web : www.halal-expo.my
Tempat : Kuala Lumpur Convention Center
Masa : 10 pagi - 6 petang
Tarikh: 24-26 Januari 2019


usahawan yang berminat nak buat pengiklanan produk anda di blog ini, boleh PM tepi. hihiii

Post a Comment

2 Comments

  1. Banyak nya produk menarik.. memang kena bawa duit lebih..

    ReplyDelete
  2. Best kan kwcik datang sini.. Banyak produk halal yang ada kan..

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.