tanggal 6 dan 27 januari merupakan pusingan akhir kejohanan kebangsaan pubg mobile. ini mungkin yang pertama di malaysia (peringkat antarabangsa). maksud aku ini kali pertama diadakan kejohanan pubg di malaysia, i guess. eh? hahhaha. hari sabtu aku tengok video kat facebook. ahad baru aku layan live betul - betul. tapi aku cuma tengok pusingan yang terakhir, sebab aku sibuk.
Tahniah GANK FTY
seramai 16 pasukan telah berentap dalam merebut gelaran juara. "there can only be one winner!" dan sebanyak 12 pusingan telah diadakan untuk menilai mata setiap ahli pasukan yan terlibat. mesti cemas dan stress kan? nak kekalkan performance. aku tengok kan, pada setiap kali game habis mesti diorang akan bangun. macam baru lempar satu beban. hahaha. penat weyh tengok.
oh lagi satu.
aku agak pening bila dengar pengulas ni bagi ulasan. aku syak, diorang sendiri pun pening dengan apa yang diorang cakapkan. mungkin sebab aku ni sejenis yang pentingkan tatabahasa. hahahha. sebab tu aku peduli dengan ayat yang diorang guna. sumpah barai. tapi atas semangat diorang mengulas tu, aku rasa macam ke - barai - an diorang tu bukan lah satu ke pentingan pun. semua orang lebih fokus kepada game.
1st place - GANK FTY |
GANK FTY diwakili oleh :
GANKメMANPRG - team leader
GANKメDRAXX -
GANKメJIMBOY
GANKメGEÊK
Sebahagian achievements yang dicatatkan ialah (sumber) :
- Top 16 PUBG SEA Championship @ Bangkok,Thailand
- Runner-up PUBG SEA Championship Final Qualifier Malaysia/Singapore (Secured slot to Bangkok & USD750)
- Runner-up PUBG SEA Championship Malaysia Qualifier (Secured slot to Final Qualifier)
- Top 10 PUBG SEA Run N Gun Final (Includes Indonesia,Vietnam,Thailand & Philiphines)
- 2nd Runner Up PUBG SEA Run N Gun Malaysia Qualifier (Secured slot to final)
- GameReady.gg PUBG Mobile Open
2nd place - AROV |
3rd place (PANDA CREW SENIOR) |
Buat Sesuatu Jangan Sampai Sia - sia
selepas berakhirnya kejohanan kebangsaan pubg mobile 2018 ni, aku ada terfikir tentang. apa pun yang kau minat, kalau kau bersungguh - sungguh ternyata boleh bawa kepada kejayaan yang bukan sia - sia. contohnya, macam aku. dulu aku suka buang duit dekat buku. tak habis - habis dengan novel. mak aku cakap, kalau duit beli buku tu aku simpan, mesti dah banyak.
aku rasa mak aku tak pernah sokong minat aku. sebab macam sia - sia. dan pada suatu hari, aku sebagai public (tapi duduk di bawah kategori sekolah menengah) telah menang satu pertandingan menulis esei mypengguna (seluruh selangor kot) dan mendapat tempat pertama. rm800 (siapa nak bagi duit banyak macam tu). sejak dari tu, baru mak aku sokong apa aku nak buat.
sama macam game. mak bapak kita selalu rasa kita buat kerja sia - sia. jadi kau kena usaha lebih sikit, untuk tunjuk effort dan penghargaan yang kau dapat dengan main game. baru orang akan yakin game tu bukan satu yang sia - sia.
eh membebel pulak. hahahhaha
apa pun tahniah kepada semua pasukan sebab berjaya sampai ke tahap tinggi. paling penting, bila orang dah kenal jangan bongkak dan riak pula.
jadilah macam fredo. semua orang suka tengok dia senyum, manis. kau tampal senyuman kau secara kekal ke fredo? manis je selalu. hahahha
k la bye.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.