Pertemuan Pertama : Zine Edisi Jerebu

Pertemuan Pertama : Zine Edisi Jerebu

saja aku nak kongsikan, cebisan kenangan. dimana cerpen aku pernah tersiar di dalam zine luahan masyarakat edisi jerebu. ini cerita 2015 punya. masa tu memang jerebu sangat kuat melanda malaysia. edisi zine ini diterbitkan secara atas talian dan boleh diakses serta di muat turun secara percuma. 

mari baca tulisan aku.





“Man, aku dah tak sanggup macam ni Man. Sakit. Sampai bila aku nak jadi macam ni Man? Kau sanggup Man tengok aku macam ni?”

“Kau ni asal? Kau ingat aku tak de perasaan ke? Sampai sanggup tengok kawan sendiri macam ni? Bodoh.”

“Hmm. Takpe lah Man. Aku chaw dulu. Ada kerja.” Faqih berlalu meninggalkan aku terkontang-kanting menelan asap jerebu yang katanya bencana dari Tuhan atas alasan dosa-dosa manusia. Brader sebelah ni dari tadi buat onar, dok hembus asap. Dah apa pulak dosa aku kat kau? Sampai sibuk sesakkan dada aku dengan flavor Nenen kau?
Jahanam!

Aku masih lagi berkira-kira untuk mencari Faqih atau meneruskan kehidupan seperti hari biasa seolah-olah jerebu tidak ada. Mak pesan, jangan dok luar sangat. Nanti sakit, dia yang kena jaga aku. Aku tahu, mak sayang aku. Tapi, aku tak leh tengok Faqih macam tu. Sado ja lebih, hati lembik macam sotong. Haram.

Sebab aku kesian dekat Faqih, aku gagah jugaklah gi cari dia. Terpaksa aku langgar arahan mak. Bukan pe, Faqih sorang je kawan aku dunia akhirat. Faqih je faham jiwa aku. Faqih paling sempurna. Ha, jangan nak fikir aku syok dekat si Faqih. Aku straight. Tapi, aku tak pernah halang kalau Faqih sudi terima aku. Faqih pun apa kurangnya kacak bak hang. Aku ni apa ada. Bendol si Faqih tu kadang-kadang. Aku tak tau, kenapa dia sanggup kawan dengan aku yang muka pecah ni. Dan paling bendol, aku tak tahu apa yang Faqih kejarkan sangat dekat Manisah. Sakit pulak hati bila aku dok cerita pasal Faqih dekat korang. Bendoi tengkek-tengkek.

----

“Faqih, ok tak ni? Kau kenapa? Hari-hari lagu ni. Bosan la macam ni. Bosan. Kau dah tak nak layan aku lagi kan? Tu semua buku-buku aku tu. Sapa lagi nak baca kalau bukan kau Faqih? Sapa lagi yang nak lepak dengan aku men gitar Faqih? Bendoi la hang ni. Manisah je pun.”

“Asal dengan kau nih? Tiba-tiba je nak membebel. Pi mampos. Manisah tu boleh go! Aku tak pernah peduli. Kau jangan nak bangkitkan Manisah lagi. Aku dah tak da benda lagi nak cerita pasal dia.”

Sentap. First time aku sentap dengan kau Faqih. Tak berani aku nak pandang kau. Aku tau kau dok tenung aku.

“Ambik ni. Air Rebina.” Faqih sua botol ungu kat aku. Aku masih macam tadi. Pandang bawah.

“Lantak kaula. Blah.” Faqih hilang lagi.

----

“Manisah. Kau ni pompuan paling selekeh pernah aku jumpa. Kau tau dak?”

“Kau nak apa Faqih. Berambus. Jangan kacau life aku. Aku dah bahagia.”

“Kau dah lupa sape dok bagi kau bahagia? Kau ingat lagi tahun lepas? Siapa sedekah kan bahagia kalau bukan aku? Mamat ni? Haram.” Faqih tuding jari telunjuknya pada mamat yang berdiri sebelah Manisah. Tak sedar lagi empat dituding pada diri sendiri. Manisah tepis. Mamat di sebelahnya adalah mahligai bahagia, tidak boleh dituding sedemian rupa. Nasib jalang nanti.

“Kau apehal tuding-tuding laki aku? Babi!” Muka Manisah berubah merah.

“Aku tak mintak banyak lah. Aku cuma mintak kau pulangkan balik penutup hidung yang aku pernah bagi dekat kau dulu. Benda tu yang buat kau hidup. Kalau ikut kan dah lama kau mati. Tahun lepas jerebu kuat kan?”

“Hey Faqih, jangan nak buruk siku sangat lah. Kau dah bagi, bagi jela.”

“Sapa cakap aku bagi? Aku cuma bagi pinjam. Sebab duk kalut sangat, sampai kau tak mampu nak dengar ayat aku sampai habeh.”

“Batak! Amik balik penutup hidung busuk kau ni. Bodoh perangai.”

Terkinja-kinja Faqih mengutip penutup hidung yang dilempar Manisah ke atas jalan. Malu. Kalau bukan sebab Man, memang tak kuasa Faqih nak jadi pengemis. Penutup hidung ni baru tiga kali diguna. Masih elok. Masih wangi seperti mula-mula Man bagi pada Faqih.

----

“Man. Ni kau punya ambik balik. Kalau aku hilang tak payah kalut carik. Aku belum mati lagi. Tuhan sayang aku.” Faqih melempar penutup hidung kepunyaan Man. Tepat mengena dahi.

“Pehal kau lempar-lempar? Aku mintak ka? Dak kan?”

“Kalau bukan sebab kau, memang tak kuasa aku nak hadap muka Manisah lah. Sebab kau, aku jadi pengemis. Haram betul.” “Kau salahkan aku? Terbaik ah.” Aku terus amik penutup hidung yang Faqih lempaq. Nak cakap aku apa, cakap lah. Aku tak kisah. Aku tak pandang langsung muka Faqih.

----

Jauh termenung.

“Man, kan mak pesan dah. Jangan dok luar lama sangat. Jerebu makin teruk ni. Sat gi hang sakit aku kena jaga. Kalau hang pandai berdikari takpa.”

Penutup hidung yang Faqih bagi, aku pakai. Setelah sekian lama tak nampak. Penutup hidung ni aku beli tahun lepas. Masa jerebu dok teruk. Tapi sebab aku kesian kat Faqih, dia dok batuk kuat, aku pi bagi dia. Last-last aku yang tak dak. Mana tau Faqih jumpa. Hmm. Aku sayang penutup hidung ni. Special edition. Dah tak da lagi dekat Malaysia ni. Sekarang semua pattern tak cantik

“First time. Benda tu buat aku ingat dekat kau. Aku sayang kau Man. Really… I mean it.”

Aku rasa tu suara Faqih. Aku pusing belakang. Sudah. Mana Faqih tau aku ada sini? Babilah dia ni.

“Dengar tak? I really mean it.” Mata Faqih penuh mengharap.

Aku buat tak tahu. Sebab aku tahu Faqih dah boleh baca hati aku. So, tak perlu aku nak explain panjang. Kan aku cakap, Faqih terror.

“Aku harap jerebu kali ini, membawa aku bahagia. Walaupun jerebu kali ini yang paling tebal berbanding tahun lepas. Aku harap aku masih mampu melihat jodoh aku, dengan kau.” Faqih pegang tangan aku  –  Amanda.


Post a Comment

0 Comments