PUBG : aKa Tapau Lagi

aKa Tapau Lagi
sumber : google

semenjak dua tiga empat lima ni, memang rajin betul AMO open room. nak mengeratkan silaturrahim kot. atau nak berkenalan antara satu sama lain? ah entahla ~ ternyata pada setiap kali room dibuka, penyertaan yang hadir memang sangat memberansangkan. bukan kaleng - kaleng juga team yang masuk (memang semenjak main pubg ni, kerja aku cakap indon je). hmm  ~

Open Room Kali Ketiga 

aKa Tapau Lagi

untuk kali ini, aku telah menyenaraikan nama sendiri atas pujukan amo nafiez. tahu je akan mati awal, nak jugak masuk. hahahhaha. last - last bila game nak start, dia tak de pun. bengong. katanya balas whatsapp. 

tu lah sapa suruh. orang dah cakap duduk diam - diam, tak mau dengar. kan dah kena tinggal. yang akhirnya kekosongan nafiez tu diganti dengan siapa entah. sepanjang game berlangsung, memang tak ada sesiapa pun yang buka voice. kenapa eh? 

korang boleh tengok video live semalam di bawah, atau terus je ke page amo family. aku ada letakkan button fanpage disebelah kanan blog. klik jela situ.

oh selepas tengok keputusan semalam, tak payah lah tanya mana team amo. semua dah kena bungkus. hahahha. lagi - lagi team aku. yang dianggotai oleh :

amo nafiez  (hilang tak berjejak)
amo miezan
amo kecik
amo cokelight

aKa Mendahului Yang Lain

aKa Tapau Lagi
result semalam (24/01/2019)
untuk dua kali open room dari amo, aKa telah ciken dinner berturut - turut. yang akhirnya meletakkan diorang di tangga paling atas dalam 'the league master'. tahniah tahniah (dua kali aku kasi tahniah) atas keberjayaan kalian dan semangat berpasukan. 
aKa Tapau Lagi
kedudukan terkini

jangan tengok saja guys. esok - esok bila amo open room, masuk je jangan malu - malu. kalau malu tak dapat apa. tapi jangan lah 'tak tahu malu' pulak. susah pulak semua orang. hahahah okay lah. bye.

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.