Episod 21 : Tinggalkan Aku Sendiri (BoyKL)

Episod 21 : Tinggalkan Aku Sendiri (BoyKL)

hampir sebulan aku di sini. ke satu ruang yg pastinya bisa membuatkan aku happy. hijrah yg berbaloi aku kira. thanks to zak kerana memberi aku keyakinan untuk berdikari. tak dapat aku bayangkan reaksi muka AM sebaik sahaja aku menyatakan keputusan muktamadku. aku tau dia keberatan untuk melepaskan aku, setelah hampir lima tahun bersama, hidup kami umpama beradik.

"air dicincang takkan putus," ujarku sayu.

AM pantas mendakapku. kejap. aku cuma membiarkan. zak memerhati.

"ok, hah siap pun. cantik dah bilik kau. suka?". aku berpaling merenung hakimi. satu-satunya temanku yg memahami. teman lama actually.

"thanks, kimi...". hakimi merenungku, tersenyum.

kami ke town berhampiran. nasib juga ada motor si hakimi nih. bleh gak buat tumpang.

"sorry la, motor jer...".

"ish, kau ni. ada ni pun dah cukup baik tau...". dr zaman sekolah tak habis2 hakimi nak merendah diri.

"makan jom. lapar!".

"ok, aku belanja."

"no. aku belanja. ko pompuan!". selamba je dia ckp camtuh. tergamam aku jap.

kami ke kfc.

"dua chicken chop OR pls!".

selesai makan, hakimi mengajakku jalan2 di tingkat dua. saja nak tgok2 baju katanya. aku hanya menurut.

"sesuai tak?".

"nice...".

"kau suka?".

aku melihat tandaharga. peww, mahal juga!

"err, lain kali sahaja."

"nope, it's ok. aku bayar. hey, miss. resit ya!".

"kimi, kau gila!". hakimi cuma gelak. aku dah tak kuasa nak cakap apa.

"kita dah kenal lama. aku tau life kau cemana. aku kerja, jadi tanggungjawab aku untuk bantu kau. jgn risau. aku ikhlas kay...".

aku buntu bila hakimi berkata begitu. patutkah aku iyakan sahaja?

hakimi menghantarku pulang.

"jumpa kau besok ya! tidur nyenyak tau...".

aku menapak ke tingkat atas. pelik dengan perangai hakimi.

"K, thanks sbb kau selalu bantu aku. aku sedar aku orang susah. tak siapa nak kawan ngan aku. org semua pandang rendah. hanya kau je yg sudi...".

"kimi... kita manusia, rambut je sama hitam tapi hati, lain-lain tau. tak yah la nak sedih-sedih. aku ada kalau kau perlu apa-apa. insyallah selagi aku bleh tolong, aku tolong kay?".

tampak ada bunga-bunga ceria di hatinya. bukan sekali-dua hakimi mengucapkan terima kasih padaku.

"K, ni yuran ni, ada wang nanti aku bayar kau balik ya."

"it's ok. tak yah la mention. kita kawan kan?". hakimi memelukku. aku kaget seketika. pertama kali dia berbuat begitu.

beep! beep!

bunyi sms megejutkan aku.

zak!

[ how's ur new place? everything ok? abang harap K dapat sesuaikan diri dengan ur new life. i'm very proud of you! ]

aku senyum sendiri.

teringat kata-katanya before balik ke Singapura dulu.

"insyallah ada masa abang dtg lawat K ya. kita sama-sama decorate ur new room tuh." aku tak pasti kata-katanya sekadar nak sedapkan hati aku mungkin. aku pandang wajah zak. dia seperti serba-salah nak tinggalkan aku.

"will gonna miss you. erm, care ya!".

[ hey, dah tidur? selamat malam. mimpi aku keh! ]

hakimi sms.

ah, dia bergurau mungkin. aku ke meja pc. cuba menaip sesuatu. buntu. sesekali mataku mengerling ke arah jam yg tergantung. hampir ke jam sebelas malam. tetiba pula mataku terasa ngantuk. selalunya kalau di rumah abg man, paling awal pun aku lelap satu, dua pagi. ah, penat barangkali.

tuk! tukk! tukk...!

aku pantas membukakan pintu.

"hi, saya shamir. jiran sebelah. awak ni baru pindah yer?". aku angguk.

"maaf kacau tengah-tengah malam. saya tak boleh tidur. err, nak turun minum tak?".

"oh, no thanks. dah lewat. i ada kelas pagi esok. lain kali?".

"okay, sure. tiada masalah. maaf ganggu!". shamir segera berlalu.

aku menutup pintu bilik. hmm. cute jugak si shamir tu. ikut hati tadi nak je aku follow dia keluar tapi ah, takde mood plak nak keluar tengah2 malam camni. lepak bilik lagi best.

tiba-tiba terfikir...

kenapa aku tak mengajak je shamir masuk??

huhuhu... (perhaps lain kali - ada ke?)

tuk.. tukk...

argghhh... apa lagi ni...

"hai...".

"eh, kimi...".

"boleh aku masuk?".

ya.. ya... laju je aku mengangguk...

"sorry la ganggu kau tengah-tengah malam. boleh aku guna pc? laptop kat umah buat hal...".

aku tak pasti itu hanyalah alasan, atau...



"ok...".



sementara hakimi menaip, aku keluar membuat air.



"eh, thanks. buat susah-susah jer...".



aku baring di sisi hakimi sambil membelek2 buku. bagus juga hakimi datang. ada gak teman.



"K, kau tidurlah. aku kena siapkan laporan ni untuk meeting besok...".

"takpe. aku pun belum ngantuk actually (tipu!). nak habiskan bab lima ni jap. kalau tertidur nanti kau kejutkan ya!".

hakimi angguk. jelas ternampak lesung pipit di kedua belah pipinya itu. comel.
aku tak sedar pukul berapa aku terlelap malam itu. yg pasti bangun2 aje hakimi dah takde kat bilik. dia tinggalkan notes...

"K, thanks for let me use ur pc last nite. sorry balik tak bagitau. btway, u look sweet tidur malam tadi. tak puas tengok!".

sekali lagi aku terkedu dengan apa yg hakimi tulis di notes tuh. takkan la dia syok kat aku? ah, mustahil. maybe itu cara dia nak ucapkan terima kasih je kot...

"hai, K. awal bangun. ada kelas ke hari ni?", mak cik zainab, tukang cuci bangunan menegur. dialah org pertama yg menegurku sewaktu kali pertama pindah ke mari dulu.

"kelas petang la mak cik. tapi K mmg selalu bangun awal. ni nak pi beli paper kat bawah jap...".

"hah, bebaik jalan...". aku cuma senyum.

mak cik zainab ni baik, ramah. aku agak, dia mesti dah dalam lingkungan umur lewat 40-an gitu. tapi masih bertenaga dan cergas aku tengok.

"aii, uncle. kasi itu metro sama the star ya!".

"hai, rajin beli paper. ushar kerja ke?". aku menoleh. shamir!

"ermm... ya dan tak." shamir mengerut.

"maksud?".

"ya sbb saya mmg tengah cari part time. tak kerana saya ni masih belajar. hah, you buat apa kat sini. tak pi kerja lagi ke?".

"err... i pun tgh cari kerja gak ni. dah sebulan menganggur...".

huh? very the 'paku dulang' budak neh...

"dah breakfast? jom i belanja...". eh, ada ke duit...

rezeki jangan di tolak...

"you tinggal mana sebelum ni? kenapa pindah sini?".

kenapa pindah sini? tak boleh??

"err, sebelum ni tinggal ngan abang. saja nak rasa hidup sendiri...".

"ya, comel. apa makan?". eh, eh mamak ni. pepagi lagi dah bodek...

"uh, kasi roti sama teh tarik! K, u?".

alamak, cemana neh aku dah tak la berapa ngan masakan mamak...

"err, takpe kasi soya tin aja. makan later!".

"wokeh!".

"orang kl ke?". aku geleng.

"kelantan..."

"o-ooo... oghe kelate. patut la comey...". iye iye je mamat ni. org kampung gak ke?

"you kelantan juga?".

"nope. i raub. tapi tau la sikit2 kecek kelate...". aku tergelak. kelakar juga shamir nih.

"you cari kerja apa?".

"erm. sebelum ni i buat grafik. kerja ngan advertising company. tapi tak lama. empat bulan jer then i quit. tak tahan. now tgh cari kerja baru. you... study apa?".

"kebetulan plak. i pun buat grafik. kolej. final year dah."

"ic.. ic... fokus la. jangan jadi cam i nie hah. belajar nak rak, tapi bila dah kerja... bosan!".

aku memandang shamir. susah juga ya. aku ingat time belajar ni aje yg banyak masalah. rupanya dah kerja pun lagi banyak problem yg timbul. ah, depends la kot. kena pandai handle.

"semalam tu sapa? boyfriend?". tersedak aku jap shamir tanya camtuh.

"i nampak someone pi your room malam tadi. masuk bilik lak tuh...". ish, sah2 mamat ni jadi paparazzi. type yg busybody ni. kena hati2.

"er, kawan...".

"kawan je?". alamak, apa dia nih. aku baru je nak taste tapi perangai dah cam ala-ala mak la plak...

"yer la. kawan lelaki. dia nak guna pc. laptop kat umah rosak."

"hai, pinjam pc jer ker. tuannya??". haiyooo ni dah lebih...

"maksud you?".

"heh, takde apalah. dah makan. gurau-gurau ja...".

gurau pala *** dia. tak pepasal aku pangkah nama ko dlm list...

K.

p/s : bukan karya aku

Post a Comment

0 Comments