Petal Velvet Set Terbang dari Korea

Petal Velvet Set Terbang dari Korea

penting ke sunblock sebenarnya? penting sebab kita selalu sangat terdedah dengan matahari. masa pun lebih banyak dekat luar berbanding dalam rumah. betul tak? jadi sunblock memang sentiasa kena ada bagi melapisi kulit. tapi kan? 

percaya atau tak, aku tak pernah ada sunblock. niat na beli banyak kali, tapi tak pernah beli. cuba cuba orang punya apatah lagi, memang tak terkira. most of yang aku cuba semuanya macam melekit. eyuuu. sumpah tak selesa. berasa macam aku letak minyak dekat muka. sampailah althea mengirimkan aku petal velvet set dari korea

Petal Velvet Set

Petal Velvet Sunaway spf50+ 

Petal Velvet Set Terbang dari Korea

dalam kiriman tu, terdapat lima (5) produk yang dimuatkan di dalam satu kotak. antaranya ialah petal velvet sunaway, petal velvet powder dengan tiga (3) jenis variasi warna dan pouch transparent yang comel. 

masa parcel sampai, aku memang terus apply sunblock dekat tangan. nak tengok gaya tekstur macammana. ternyata memang tak sia - sia dapat cuba produk ni. sebab teksturnya ringan dan meresap terus ke dalam kulit. 

sekarang memang tak pernah lagi tinggal sunblock dari korea ni setiap kali nak keluar jauh (lepak-ing dengan kawan). cuma mula - mula nak guna sunblock ni, aku macam jakun sikit. selalu sunblock didatangkan dalam bentuk krim kan? tapi sunblock dari altea ni sejenis liquid. kena goncang dulu. aku dok fikir, apehal macam cair gila (masa ni lupa nak goncang). lepastu sebijik macam nak guna liquid correcter zaman sekolah tu. kan ada bunyi dalam liquid tu kan? 

sunblock ni menggunakan botol kecil bersaiz 55ml dengan harga rm43. mahal sikit. tapi bagi aku berbaloi untuk sunblock bersaiz 55ml. dekat guardian pun tiub kecil dah mahal. cara nak guna senang je. goncang sebelum picit ke telapak tangan dan sapu pada keseluruhan wajah.

Kelebihan Petal Velvet Sunaway spf50

  • sesuai dengan semua kulit 
  • teksturnya yang ringan
  • tidak berminyak
  • meresap terus ke dalam kulit
  • mudah dibawa ke mana - mana
  • senang digunakan

Kandungan Petal Velvet Sunaway spf50

  • ekstrak damask rose - melembapkan dan melembutkan kulit.
  • minyak geranium - memberikan kesan kulit berseri dan menyembuhkan jerawat.

korang yang nak beli atau cuba produk sunblock althea ni boleh ke laman web althea atau klik loose powder althea. 

Petal Velvet Powder

Petal Velvet Set Terbang dari Korea
code : #0 translucent
Petal Velvet Set Terbang dari Korea
code : pink lavender
Petal Velvet Set Terbang dari Korea
code : #23 warm beige


petal velvet powder ni macam loose powder. korang yang suka pakai mekap mesti sangat tahu apa kegunaan loose powder kan? jadi inilah dia. aku cuma guna dua variasi warna sahaja, iaitu kod translucent dan juga warm beige. 

Kelebihan Petal Velvet Powder

  • senang dibawa kemana - mana
  • sesuai untuk semua jenis kulit
  • ringan

Kandungan Utama dalam Petal Velvet Powder


  • ekstrak biji Althea - kaya dengan antioksidan, melindungi kulit dan sentiasa terhidrat
  • polyphenols - memelihara kulit dari sinaran uv
  • saponarin - membaiki sel kuit rosak dan menganjalkan kulit

Petal Velvet Set Terbang dari Korea
(gambar dalam rumah)

gambar di atas merupakan gambar selepas aku apply sunblock dan loose powder dari althea. best sebab ringan dan tak berminyak. 

Petal Velvet Set Terbang dari Korea
(gambar luar rumah)

korang yang nak cuba loose powder althea boleh layari laman web althea atau klik beli loose powder dengan harga rm16. murah kan? jom jom beli. 


Info Althea Korea 
Official Website : http://my.althea.kr
Facebook : https://www.facebook.com/altheamalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/

Post a Comment

2 Comments

  1. Ringan dan tak berminyak tu yang best kan..lagi satu mudah tanggal bila dicuci.

    ReplyDelete
  2. Sy x pakai sunblock sbb kulit sensitif. Tp aritu p pulau, kena pakai gak. Nasib baik produk mary kay 😂

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.