Terima Kasih Sudi Singgah

Terima Kasih Sudi Singgah
image source 

pada 8hb telah diadakan openhouse di rumah aku. tahun lepas dan dua tahun lepas ada buat juga, tapi secara kecil - kecilan. tahun ni dia punya meriah macam ada majlis penting seperti tunang/ kenduri kawin. ha kau. alhamdulillah tahun ni pun banyak orang yang baik hati nak sponsor. terima kasih kepada semua sponsor semoga kalian murah rezeki dunia akhirat. amin ~


Openhouse Meriah

masa emak buat kuah laksa periuk besar, ayah ada cakap. 'tambah lagi, tak cukup ni.' masa ni aku dengan emak kata 'tak habis kang'. betul. serious banyak. tak sangka laksa ramai peminat. siap ada yang mintak resepi. licin habis. alhamdulillah. cuma nasi ayam, ayam nya habis. nasi nya ada lagi satu bekas besar. tapi dah bagi jiran tetangga. settle.

entri ni tak ada gambar kemeriahan openhouse. sebab tajuknya pun 'terima kasih sudi singgah'. entri kali ini adalah entri penghargaan kerana datang ke rumah. kenapa sibuk buat entri? kalau ada 100 orang yang datang? ya aku tetap akan buat. kenapa? sebab setiap kali aku jemput orang datang ke rumah, kawan aku tak ada langsung. kalau ada pun cuma kawan baik aku sorang, Cyra.

yang lain kawan adik - adik dengan kawan mak ayah aku. hahah. aku pernah tak jemput sesiapa. lepastu mak ayah aku akan tanya 'kawan awak mane?'. aku jawab je, 'semua ada hal' atau paling selamat aku cakap 'tak jemput pun.' 

sampai aku pernah terfikir, ha nanti kawin nak buat doa selamat jemput orang kampung jela. nanti kawin update je dekat media sosial. #donekawin. elok - elok tak pernah ada orang komen kat gambar aku, beratus komen 'tahniah'. itu pun dah syukur. tak datang pun takpe. komfem ada yang komen macam ni 'lah, tak jemput pun.' 

yang ni biasa. aku tak salahkan orang pun lah. sebab aku pun tak pernah datang jemputan orang. kihkih. kecuali kalau ada orang nak pergi, baru aku pergi sekali. agaknya sebab tu lah orang tak suka datang kalau aku jemput. lagipun bukan semua orang free. ada je yang kerja time ni paling penting rumah jauh. hahahha. aku paling faham yang tu. 


Tetamu Jemputan

Terima Kasih Sudi Singgah
Rasyidah nasir
jam dah pukul 3. budak office cakap 'miza, akak datang lepas zohor okay?' masalahnya lepas zohor tak sampai - sampai. nasib baik lah akhirnya sampai juga. yang atas ni gambar kak syida. dia officemate aku semenjak setahun yang lalu. siapa yang nak beli cookies/ sambal tok walid yang tengah meletops sekarang boleh cari dia. COD shah alam okay? 


Terima Kasih Sudi Singgah
tasya
yang atas ni tasya. aku pernah tulis pasal tasya dekat entri perempuan itu. tasya kawan aku di kolej komuniti hulu langat, merangkap housemate. aku hargai kau yang sanggup datang dari jauh, ampang. bergelumang dengan jem, dan panas terik matahari. tapi ootd tak pernah kalah . hahahhaha. tasya ni orang yang kalau aku nak menumpang kasih dia adalah insan yang paling sudi tadah bahu. 

cuma time dia yang perlukan bahu, aku tak boleh ada untuk dia. bersalah rasa. apa pun kau tetap kawan aku dunia akhirat sya. terima kasih eh?


Terima Kasih Sudi Singgah
mera hussin
ni satu - satunya blogger yang datang. okay lah tu ada wakil juga. hahhha. kebetulan kak mera pun ada nak pergi tempat lain so dia singgah tempat aku sekejap. beliau datang dengan tunang yang selama ini cuma dalam instagram je aku tengok. hahaha. oh ya, kak mera ni penjual tupperware yang aktif. boleh contact dia kalau nak tupperware murah - murah. 


Terima Kasih Sudi Singgah
jannah ismail
ini kak jannah, officemate aku juga. anak dia sorang je. yang lain tu adik aku dan sepupu aku. beza aku dengan kak jannah cuma 2 3 hari je masuk kerja company sekarang. kak jannah ni very emak - emak. memang dia emak lah kan ada anak dah? hahahah. semua hal perempuan dia tahu. sebab dia ada pengalaman dan banyak membaca.

dia juga busy dengan JSD. tapi Hannah tetap nombor satu. Hannah tu anak dia. oh haritu aku dengar adik aku cakap dekat sepupu aku yang sebelah dia tu 'kakak fia ada kawan baru'. aku dah terpinga - pinga. kawan eh? hahahha suruh salam berlagak diva je adik aku ni. taknak salam mula - mula. lepastu busy 'layan tetamu'. tahu  tahu mengaku kawan, tiberrrrr.. 


Terima Kasih Sudi Singgah
syaff
syaff pun satu - satu nya kawan hiking. setiap satu hantar wakil. bagus - bagus. aku kenal syaff masa pergi rainbow waterfall. kitorang carpool dari shah alam. sebenarnya ada lagi sorang yang nak datang, tapi yang sorang lagi tu kena kerja. takpe faham. syaff ni kaki hiking and budak silat. jaga - jaga weyh. hahahha. next trip kitorang mungkin akhir bulan ni. doakan yang baik - baik jela eh. thanks syaff.


Terima Kasih Sudi Singgah
adam
adam shafiq kawan kelas masa dekat kolej komuniti hulu langat dulu. ni pun sama datang dari ampang. terima kasih datang dari jauh, siap bawak maknya lagi. sporting habis maknya ni. kitorang sempat membawang hokay. hahahhaha. 


Terima Kasih Sudi Singgah
norhaliza
nama je norhaliza. tapi sebenarnya dia ada banyak nama. nama yang officemate panggil dia, noi. hai kak noi. hahahha. mula - mula pelik. lepastu tak heran dah dia nak pakai nama ape. sebab dulu nama noi tu sesuai dengan karakter dia dan dress up dia masa dulu. kak noi datang dari kampung singgah rumah aku kat shah alam lepastu baru balik rumah dia dekat klang.

kampung dia? perak je. so kira kak noi penutup lah sebab jadi orang terakhir dari jemputan kawan aku. hehehe. terima kasih kak noi datang plus bawak cookies sedap. tak lupa juga buah manggis yang aku mintak. hahahhaa

pada sesiapa yang berminat dengan cookies mables, boleh lah contact kak noi eh. kak noi ni rapat dengan aku dekat ofis. masa mula - mula dia masuk ingat sombong. ahahhaha. tapi lupa pulak kenapa cakap dia sombong. lepastu dah lama, rupanya dia ni manja macam kucing. meoww~


Terima Kasih Sudi Singgah
fatin
gambar dekat atas ni fatin, cousin aku. dulu kitorang suka main tarik rambut masa gaduh. lepastu main malaysian idol kadang kadang main cafe. cafe tu siap masak betul - betul tau. hahaha. dah besar dah dia sekarang. dah kawin, dah ada anak sorang. 

harap - harap aku pun dapat merasa kehidupan bekeluarga macam orang lain. sebab aku bukan tak yakin takdir. cuma orang macam aku ni, siapa jela nak jaga. kurang sana sini. dengan tak lawa nya, tak ada pelajaran tingginya. yelah, zaman milenia semua orang nak cari jodoh yang bila dipandang dua - dua sepadan dan sempurna. kira macam tu lah lebih kurang. 

aku dengan fatin ni dah tak macam cousin. macam hakak hadik je. hahaha. kitorang memang rapat amat. malam tu dia datang rumah, katanya esok (ahad - openhouse) tak datang. sebab tu datang malam. sembang je dia. ahaha. aku ingat betul dia tak datang. 

selamat aku tak layan dia sampai 2 pagi. aku lari awal masuk bilik. werk.


Terima Kasih Sudi Singgah

hahaha. aku suka tutup muka dia sebab aku tak nak orang kenal dia. kira nakkan privacy orang kata. cewah. orang tertentu je aku kenalkan dan tunjuk muka dia. lagipun aku dengan dia pun entah berapa lama. kan? so biar orang tak kenal itu lagi baik. dia ni pun sama. otw dia aku ingat dah nak sampai. rupanya baru gerak nak mandi kot. hahaha. tiga  jam beb tunggu dia.

thanks love datang <3

Terima Kasih Semua

terima kasih semua yang sudi datang jamah makan. kurang lebih minta halal lah ye. insyaallah kalau ada jemputan lagi, datang lah ye.

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.