semenjak perform dekat #gegariafest, semua orang dah kenal masdo. masyarakat jadi peduli. aku tak peduli yang itu. aku cuma nak cakap, orang malaysia ni memang betul -betul tak ada adab duh. aku da tak ade mood ni + lapar. memang aku taip benda ni non stop. aku sakit dada ni sebab sakit hati. aihh. tau kenapa?
Bukan Salah MV atau Lagu
aku tak tahu lah, orang yang tak faham apa yang aku nak sampaikan, atau orang cari pasal dengan aku. aku tulis apa yang aku rasa. aku ada tinggalkan komen macam dalam gambar di bawah di youtube mv terbaru masdo yang berjudul bunga.
'video tak umphhh langsung. hmm. rentak pun xpower macam selalu. sedih sedih sedih. tak boleh nak feel!'
aku tak de pulak nak maki orang atau cakap orang bodoh. aku cuma cakap perasaan aku yang tak feel langsung dengar lagu mv bunga ni. kalau korang kenal masdo, korang tahu lah macammana lagu bunga ni diorang perform dekat kenduri. boleh sampai ke hati. kau faham?
mv terbaru ni mungkin director suruh ubah jadi macam gaya baru, so aku rasa macam lagu dia jadi tak best. aku komen apa yang aku rasa sebagai pendengar. aku tak kondem buruk - buruk pun. aku cuma kongsi PERASAAN aku sahaja.
Dengar Lagu Aiman Tino
for sure semua artis, buruk hodoh macammana pun lagu yang dia nyanyi atau kayu macammana pun dia nyanyi kalau dah namanya ada peminat. mesti akan ada yang sokong. so why nama aiman tino naik?
aku tau lah lagu aiman tino tu lagu budak budak nak putus cinta. lagu - lagu ringan yang orang kata busuk - busuk lah macam tu. tapi ramai je minat. so what dengan aiman tino? biar jelah dia. sekarang ni aku komen lagu bunga je. aku bukan komen benda yang down pun.
aku rasa sesiapa pun yang dengar lagu bunga masdo untuk kali pertama dah rasa jatuh cinta. mungkin diorang baru tengok and kenal masdo. aku tak tahu. bagi yang dah lama kenal masdo, dorang akan buat perbandingan lagu yang diorang rakam dekat syarikat rakaman terkemuka dengan rakam/ perform sendiri masa underground dulu.
lain bro lain. kau tak faham.
Pemilik Akaun Ziqaku Zenaku Lancang
tiberrrr kena bodoh. lah. triged duhh dorang ni. tak faham aku. aku syak dia ni perempuan. perempuan je yang suka komen emosi macam tu. acah - acah macam dia power ah. orang tak boleh komen macam aku komen. kalau ada, nanti dia pun cakap orang tu bodoh tak hargai seni la muzik la apa segala lah.
dah kata orang bodoh, dia main - mainkan jambul pulak. eh #%^%$* betul. kan kena dah. sekarang aku ni perempuan lah ni. yang menulis ikut emosi. huh! kalau dia lelaki, aku syak dia ni banyak tengok anime. nama pun nokharom je. k lah lapa. nak makan. bye.
kepada masdo, semoga terus berkarya. dan tulis yang hebat - hebat.
14 Comments
memang macamtu lah kalau fanatik sangat, tak boleh terima langsung kritikan
ReplyDeletehuhu tu kadangmalas nak komen kat utube dan bunga tu mmg takbest pun hahahaha
ReplyDeletesaya minta maaf - ziqaku zenaku
ReplyDeletemaaf ke tak ni? dah cari komen tu nak delete.. tapi tak jumpe.. sorry ye..
Deletekau mintak maaf pakai akaun anonymous ke? cakap orang bodoh bukan main gah. sekarang nak mintak maaf sembunyi? HAHAHAH
Deleteminta maaf ye.. harap ko terima maaf aku.. sorry.. -ziqaku zenaku
Deletemacammana kau lantang mengatakan aku bodoh, macamtu lah kau harus lantang menyuarakan maaf dengan menggunakan akaun sebenar. bukan sembunyi. aku tunggu ~ kalau macam ni cara kau minta maaf, aku susah nak terima. sebab maaf kau macam atas angin.
Deleteaku ikhlas ni mintak maap.. macam mana kau kenal aku aku youtube tu mcm tu jugak la aku prkenalkn diri aku.. aku x kenal ko, ko pun x knal aku.. so skali lagi aku mntak maaf kt ko.. harap ko terima.. -ziqaku zenaku
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteMaapkan aku.. Len kali x buat dh... Sorry ye.. Kau maapkan aku tau - Ziqaku zenaku
DeleteP/s : dlm komen tu yg btulnye 'nk'.. bkan 'ni' .. Typo.. Hihi..
k
DeleteTenkiuu.. - Ziqaku zenaku
Deletesama - sama.
DeleteWlaupun dh nk dkt 2 tahun aku mntak maap & dimaapkan, ttp rase bsalah.. kdg2 kita mnaip, maki2 kt socmed ni x pikir pun perasaan org, mudah je lupe apa kita dh buat..tapi effect pade org lain tu besa rupenye.. ksian, x pasal2 org jd sakit hati & emosi..
ReplyDeleteSorry lah.. tadi tdengar kt radio lagu ni tibe2 teringt kt blog ko ni.. wlaupun ko dh maafkan, tpi aku ttp nk mnta maap.. sorry 🙏🙏🙏 - ziqaku zenaku
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.