Tak Sempurna

Tak Sempurna

Kalau kau baca tulisan ku yang ini, aku mahu kau tahu aku tak sempurna. Tak sempurna segala macam apa pun yang ada. Meski pun aku begini, kau tetap mahu terima. Terima kasih untuk segala macam yang kurang dan tidak ada.

Aku doa semoga tuhan menjaga hati dan diri agar kau bertemu dengan sebaik manusia yang tahu menghargai seperti mana ikhlas hati kau menerima kurang aku. Mungkin tak tercapai rasanya nak balas 'kebaikan' kau, tapi aku harap doa ini sampai tak berhijab berdekat Tuhan. 

Tuhan, terima kasih kerana akhirnya aku sedang merasai kemanisan sebuah hubungan yang entah sampai bila akan bertahan. Tak dapat aku bayang apa kan jadi sekiranya aku ditinggal atau meninggalkan. 

Sama - sama pertahan, aku harap kekal lah ia menjadi sebuah masjid kelak berdua.

Maaf kerana sering khilaf dan tak termatang dengan nilai usia yang dipegang. Selalu merendah diri yang tak terbilang. Sampai - sampai kau bosan tak terlayan. 

Terima kasih untuk 1 Jun yang masih ada disisi, sayang. 

Post a Comment

0 Comments