Pengguna Setia Comfort Ultra Aromatherapy

Pengguna Setia Comfort Ultra

Tempoh hari aku mendapat jemputan untuk mencuba dua produk dari Home Tester Club. Produk tersebut ialah Comfort Ultra Aromatherapy dan Breeze Luxury Perfume

Produk Comfort Ultra

Pengguna Setia Comfort Ultra

Mula - mula sekadar cuba je. Entah kenapa lah, bila datang supermarket nak beli barang. Tangan aku laju nak ambil produk ni. Memandangkan tester yang diberi dah pun habis. Adik aku pun suruh aku beli, dia kata wangi. Tak dinafikan memang wangi. Harga pun tak mahal sangat. Sebelum ni aku guna softlan je. 

Tapi sekarang dah jadi pengikut setia Comfort Ultra Aromatheraphy. Entahlah kenapa. Cuma pakai satu penutup Comfort Ultra untuk satu cucian mesin dan harumannya kekal berpanjangan. 

Comfort Ultra didatangkan dengan 3 jenis wangian pilihan. Antaranya ialah Pure, Morning Fresh, Aromatherapy Magical, dan apetah lagi. Sebenarnya Comfort Ultra ni ada dua tiga jenis pula. Aku nak explain tak tahu.

Nanti kalau pergi supermarket, kau godek - godek lah tempat softlan tu. Hahaha.

Breeze Luxury Perfume

Pengguna Setia Comfort Ultra

Aku memang tak reti nak basuh baju pakai sabun cecair macam ni. Lagipun harganya agak mahal kan? Jadi dah terbiasa dengan sabun jenis serbuk dan lebih jimat. 

Tak dinafikan sabun cecair ini juga ada kelebihan yang tersendiri. Mencuci pakaian dengan bersih dan menanggalkan kotoran dengan baik. Aku perasan, walaupun baju tu dah kering dibasuh dan dijemur di bawah terik matahari wanginya masih kekal ada walaupun tak sekuat selepas basuh. 

Pengguna Setia Comfort Ultra

Apa yang aku dapat simpulkan disini ialah gabungan dua produk Comfort Ultra Aromatherapy Magikal dan Breeze Luxury Perfume ni akan membuatkan baju korang lebih wangi dari biasa! Paling best baju lembut senang nak iron. Aku dah cuba korang bila lagi? Hehehe. Jangan jadi macam aku dah la. Asalnya sekadar cuba, kini jadi pengikut setia! 

Post a Comment

4 Comments

  1. breeze memang pilihan kami satu family. suka yang warna purple atau merah. tapi softener tak minat sebab nanti gosok baju bau softener combine dengan perfume hehe..

    ReplyDelete
  2. comfort ultra tu pernah la guna, breeeze ni belom lagi

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.