Lirik Lagu Terkemuka Benzooloo, Zizi Kirana & Sandra Dianne

 Lirik Lagu Terkemuka Benzooloo, Zizi Kirana & Sandra Dianne

[ Sanda Dianne ]
 terang bintang
hingga bersinar fana
dilambung ke awan
hingga ternampak cuma
kelajuan meniti jiwa raga
hingga bertatah intan
menjadi terkemuka

[ Benzooloo ]
 pergi cari kapur putih
conteng di papan hitam
cipta ekuasi sendiri
daripada perlu pinjam
ingin jadi virtuoso
ganda usaha kerja
ganjaran kemudiannya
datang menyusul pula
tapi nampak dari mata
masih ragu-ragu
apa impresi pertama
misalnya tidak laku
sejam yang lalu
yakin tidak kena kecam
perasaan kurang pasti
buat satu badan kejang
yang pernah disitu
bukti pasti masih harum
bukan senang untuk benang
terus masuk lubang jarum
nampak macam kalah
tapi sebenarnya bukan
belum orbit sepenuhnya
nampak sinaran bulan
kalau ingin yang lebih baik
dari yang hari ini
ambil contoh dari tokoh
dan informasi terkini
tujuan tabur baja
supaya cepat tumbuh
pastikan awal isi forum
selagi belum penuh

[ Sanda Dianne ]
 terang bintang
hingga bersinar fana
dilambung ke awan
hingga ternampak cuma
kelajuan meniti jiwa raga
hingga bertatah intan
menjadi terkemuka

[ Zizi Kirana ]
Kalau bukan sekarang
jadi bila lagi
Teroka tempat orang lain
tidak berani pergi
masuk kebun sub atomik
partikel bersentuhan
gabungan menjadi
kalau kondisi mengizinkan
banduan dalam minda sedang
minta bantuan
buat keputusan sendiri
bila kebuntuan
tapi banyak orang kipas
patutlah rasa sejuk
ular yang mematuk
datang dalam banyak bentuk
ada yang kurang bahaya
tapi kuat mengutuk
suka buka luka lama
yang susah untuk tutup
tak pernah cukup
semua harus berhenti
tukar algorithma hidup
dengan peranti paling canggih
kalau hidup bagi lemon
ambil pengisar buat jus
minum di tepi beranda
hanya perlu diam
Shoosh
Catat di kalendar
Bila tarikh temuduga
ternyata terbuka
untuk jadi terkemuka

[ Sanda Dianne ]
 terang malam
meniti masa silam
setiap tenteram
mula bergaung dalam
namun hanya yang kembali bergema
cuma yang terkemuka
dimandikan cahaya
terang bintang
hingga bersinar fana
dilambung ke awan
hingga ternampak cuma
kelajuan
meniti jiwa raga
hingga bertatah intan
menjadi terkemuka

[ Benzooloo ] Sudah bilang
bukannya susah bidang
lima puluh lima puluh
tendang tapi kena tiang
Egosentrik besar ekar
buat orang lain hindar
senang rancang dari awal
tapi sayang kurang pintar
pasal dalam parsel
ada puzzle
dengar khabar
sendiri belum jumpa final
pusing vinyl
perlahan dapat untung
lega dengan pemandangan
bila sudah atas gunung
kau lihat kelibat
sekarang makin giat
sedia pasang niat
terima hakikat
buat apa yang kita minat
jadikan itu pembakar
langit sudah tersedia
tinggal kau jadi pencakar
[ Sandre Dianne ] Terang bintang
hingga bersinar fana
dilambung ke awan
hingga ternampak cuma
kelajuan meniti jiwa raga
hingga bertatah intan
menjadi terkemuka

Post a Comment

2 Comments

  1. Terkemuka dalam erti kata lain FOfular/Popular...ada dalam 2 cara melalui cara +/-...Pilih jangan X pilih. ^_^

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.