Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun

Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun 

Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun

Untuk pengetahuan korang, Lost World of Tambun telah mewujudkan tarikan terbaru disana. Nak tahu apa? Semestinya glamping, yang membawa maksud glamor camping. Korang yang kaki camping bolehlah cuba tarikan terbaru ni sebab memang lain dari yang lain. Selalunya kalau camping, mesti kita bersusah payah nak pacak khemah bagai. Nak bawak barang - barang untuk bbq la apa la. Kali ni kalau korang ber glamping di Lost World of Tambun memang best. Dapat bercamping dengan cara style. Jom tengok glamping tu macammana. 

Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun
Hak milik gambar : Afiq
Amacam? Tengok gambar pun rasa macam nak join je kan? Ini adalah keadaan diluar glamping. Ada disediakan beberapa kerusi dan sebuah meja untuk korang lepak - lepak waktu malam. Korang takut gelap? Jangan risaulah. Sebab ada lampu. Ala - ala romantik gitu. Memang kiri - kanan macam hutan, tapi nyaman je rasa. Bila lagi nak camping ala - ala romantik. Nak buat photoshoot pun lawa. Sebab kawasan sekitarnya adalah tasik yang luas. Petang - petang kalau tak tahu nak buat apa, boleh berkayak. 

Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun
Kawasan sekitar glamping
Khemah yang disediakan di Lost World of Tambun cuma ada beberapa biji sahaja. Sebuah khemah dapat memuatkan seramai empat (4) orang dewasa. Kalau badan kecik - kecik kurus melidi boleh je nak sumbat masuk sampai lima (5). Kawasan glamping ni dekat dengan Lost World Tin Valley. Kalau bosan duduk saja dekat glamping, boleh la keluar jalan - jalan. Nak lepak cafe pun boleh. Cafe pulak ala - ala hipster yang bertemakan dulu - dulu. Macammana tu? Ada lagu - lagu retro sepanjang jalan, lepastu suasana retro la senang cite. Kalau nak tau, kena lah baca next entri ya. 

Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun
Keadaan didalam glamping
Ni lah tempat tidur di dalam glamping. Kan dah kata tadi. Camping gaya glamor. Kau camping tapi kau tidur atas katil. Kelas sangat kan. Ada kipas sekali. Oh ya, dalam glamping ni ada dua jenis katil. Macam yang korang nampak dekat gambar, tu adalah katil queen. Lagi satu adalah katil single yang diletakkan 2 biji. Kalau cantum kan dapat queen jugak. Ha gitu. Hahhaha.  Malam - malam memang best gila tidur dalam glamping ni. Sebab sejuk je. Nak pulak kiri kanan kau ada pokok hijau - hijau kan? Kalau hujan lagi syok, cuma. Nak pesan satu je. Jangan lupa tutup tingkap nanti banjir tempat tidur tu. 

Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun
Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun

Siap ada tempat sangkut tuala lagi tu tau. Ada yang tanya tandas mana? Tandas ada, cuma kena jalan kaki beberapa meter sahaja. Tandas pun kelas weyh. Siap ada tempat pengering rambut. Memang selesa sangat dapat ber glamping di Lost World of Tambun. Dalam tandas ni ada tiga (3) buah bilik air. Dekat luar bilik air tu, adalah bangku besar kalau nak letak - letak baju. Singki pun lawa. Aduhh. Memang best mandi dekat tandas ni. Selesa, bersih. Air panas pun ada kalau korang ngade - ngade taknak mandi air biasa. @-@

Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun
Hak milik gambar : Afiq
Nak tau harganya? Agak sedikit mahal tapi sangat berbaloi untuk sebuah percutian glamping. Boleh tengok pakej dibawah. 

Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun

Info lanjut mengenai glamping di Lost World of Tambun, Perak boleh rujuk di bawah. 
Alamat : No.1 , Persiaran Lagun Sunway 1 , Sunway City Ipoh , 31150 Ipoh , Perak.
E-Mel : lostworldoftambun@sunway.com.my
Website : sunwaylostworldoftambun.com
Facebook : lostworldoftambun
Instagram : @sunwaylostworldoftambun
Tel : 605-5428888
Fax : 6055428899

Post a Comment

10 Comments

  1. wahh best nyaa. baru je hari tu pergi

    ReplyDelete
  2. Bestkan. Tak sangka ade perkhemahan macam ni.Enjoy sangat dekat LWOT ni

    ReplyDelete
  3. wow..1st dgr boleh camping cara glamour.. best ni kalau ajak kawan ramai2 datang ke camping mcm ni.. hehehe

    ReplyDelete
  4. seronoknya..tempat tido pun selesa...

    ReplyDelete
  5. memang glamor sungguh ni. camping ada tilam berinci!

    ReplyDelete
  6. bestnyaaaaa tunggu humaira besar la nak pi jugak huhuuu

    ReplyDelete
  7. perghhh boleh tahan harga pakej nyer hehe

    ReplyDelete
  8. Salam singgah sini dik...Tahniah adik salah seorang pemenang first giveaway akak..

    http://mardiahdiana.blogspot.my/2017/10/cabutan-untuk-pemenang-first-giveaway.html

    ReplyDelete
  9. Salam singgah sini dik...tahniah adik salah seorang pemenang first giveaway akak tau..

    http://mardiahdiana.blogspot.my/2017/10/cabutan-untuk-pemenang-first-giveaway.html

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.