Tips Mudah Putihkan Gigi

Tips Mudah Putihkan Gigi

Tips Mudah Putihkan Gigi
Sumber gambar : google

Kalau korang perasan, sebelum ni aku adalah pengguna tegar braces. Mana taknya. Gigi aku berpagar besi dalam masa yang cukup lama. Adalah dalam 7 tahun lebih jugak. Gila lah. Yela, aku kan kes khas. Hmmm. Tu lah lama. Aku memang tak ada berus gigi khas untuk orang yang pakai braces ni. Aku sekadar pakai berus gigi biasa. Memang kembang semangkok berus gigi tu aku tenyeh. Dan kelakarnya, gigi yang diberus tu tak delah bersih mana. Sebab tertutup dengan besi. Jadi, gigi aku banyak plak (taktahu eja) dan kuning.

Sekarang ni lega ~ Aku dah cabut besi. Tapi, masih kena pakai macam sesuatu yang menyerupai gigi palsu. Giginya tak ada. Cuma ada besi dan lelangit. Uish. Menyusahkan weyh. Aku ingat, bila dah cabut dapatlah bebas. Rupanya masih dibelenggu rasa nak pengsan dan stress. Hahahhaa.

Jadi kali ni, aku nak share tips mudah putihkan gigi. Sebab aku dalam proses putihkan gigi dan sucikan gigi.

Tips Putihkan Gigi 

Untuk putihkan gigi ni ada banyak cara. Korang boleh pilih nak yang cepat, lambat, senang, susah. Pilihan ditangan korang. Bukan di tangan aku k. Jom ikut langkah dibawah untuk gigi yang lebih bersih dan sihat!

Tips Mudah Putihkan Gigi

Tips #1
Putihkan gigi dengan baking soda.
Bahan - bahan : beberapa sudu teh baking soda + air/jus lemon/limau + berus gigi
Cara : campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Letakkan bahan yang sebati tadi di atas berus gigi. Lepastu korang berus lah gigi macam biasa menggunakan bahan yang telah digaul. Biarkan beberapa minit kemudian bilas. 

Tips Mudah Putihkan Gigi

Tips #2
Putihkan gigi dengan minyak kelapa
Bahan - bahan : satu sudu teh minyak kelapa
Cara : Sebelum memberus gigi pada waktu pagi, sapukan minyak kelapa pada keseluruhan gigi. Ratakan menggunakan lidah. Biarkan selama 10-15 minit dan bilas. Lepastu boleh lah berus gigi macam biasa.

Tips Mudah Putihkan Gigi

Tips #3
Putihkan gigi dengan kulit buah oren
Bahan - bahan : Buah oren
Cara : kupas kulit buah oren. Sapukan bahagian putih (bahagian dalam) kulit oren pada gigi. Lakukan secara kerap untuk kesan yang lebih cepat.
** kalau gigi korang sensitif, abaikan pilihan tips yang ini.


Tips Mudah Putihkan Gigi

Tips #4
Putihkan gigi dengan lemon dan garam
Bahan - bahan : jus lemon + sedikit garam
Cara : Campurkan keduanya dan gaul sebati. Bila dah sebati, sapukan pada gigi.
** jangan gunakan terlalu kerap kerana akan merosakkan lapisan pada gigi yang disebabkan kandungan asid yang tinggi pada lemon. Selain tu, garam yang berlebihan juga akan menyebabkan merosakkan lapisan kulit gigi yang akan menyebabkan gigi berliang. 

Tips Mudah Putihkan Gigi
Tips #5
Putihkan gigi dengan ARILGLOW
Bahan - bahan : Pemutih gigi ARILGLOW
Cara : Sebelum memakai ARILGLOW korang digalakkan untuk memberus gigi dahulu. Kemudian lap gigi tu sampai kering. Pusingkan bahagian bawah pen dan sapukan gel yang keluar pada gigi secara rata. Biarkan selama 15minit dan bilas.
** elakkan dari terkena bibir dan elakkan makan dan minum selama 30minit. 

Pen Pemutih Gigi Aril Glow

Tips Mudah Putihkan Gigi

Sekarang memang trend pantas dan mudah kan? Jadi, kalau korang nak putihkan gigi dengan pantas, gunalah pemutih gigi Aril Glow ni. Takpayah dah nak kena gaul - gaul sebati. Hahhahaha. Pusing pen, terus je boleh guna dekat gigi. Kan? Korang nak mudah ke nak lambat? Ha pilih la mana satu.

Kesan akan kekal?

Kesan tidak akan kekal selagi penjagaan gigi tidak diutamakan. Gigi secara semulajadi akan kotor dan kuning dari masa ke masa. Ia bergantung pada makanan/minuman harian kita. Elakkan minuman soda, wine, rokok dan makanan berwarna yang menyebabkan gigi kuning. Ia bukanlah cat kekal untuk menampal kuning pada gigi anda.

Siapa yang boleh guna pemutih gigi Arilglow
- Umur 12 tahun ke atas
- Mereka yang mempunyai masalah gigi kuning
- Lelaki dan wanita
- Ibu menyusu
- Mereka yang memakai braces
- Wanita mengandung tidak di galakkan

Elakkan perkara ini selepas rawatan (24-48 jam)
Perlu diingatkan selepas rawatan pemutihan, liang-liang enamel akan terbuka dan ini menjadikan lebih mudah terdedah kepada apa-apa kotoran. Apabila liang tutup, dimana biasanya terjadi 24-48 jam selepas prosedur, anda boleh sambung semula seperti biasa.

Gigi palsu?
- Ia hanya berkesan kepada gigi semulajadi sahaja.
• Minuman yang bersih:
- Air putih
- Air suling
- Susu

Makanan yang perlu dielakkan:
- Lemon, Jus oren, Apa sahaja jus buahan
- Teh dan kopi
- Cola-cola dan minuman bergas
- Minuman tenaga

Makanan yang perlu dielakkan:
- Karot dan buah oren dan sayuran
- Brokoli, bayan dan sayuran hijau
- Coklat
- Roti putih
- Tomato dan sos merah
- Mentega dan marjerin


Nasihat tambahan:
  1. Elakkan air panas atau sejuk. Ia tidak bagus selepas rawatan disebabkan boleh mengubah suhu pada gigi anda. Perubahan suhu menyebabkan gigi mengembang dan mengecut, membolehkan kotoran menembusi gigi anda. Kurangkan kopi dan teh atau cuba minum menggunakan straw untuk mengurangkan jumlah air yang terkena gigi anda.
  2. Elakkan makanan dan minuman yang bersifat asid. Ia membuka liang enamel gigi membenarkan kotoran menembusi gigi dengan mudah. Gunakan straw untuk kurangkan bahan ini terkena gigi anda.
  3. Kurangkan merokok. Ia disebabkan nikotin pada puntung rokok menyebabkan gigi kuning. JIka anda tidak berhenti, sekurangnya cuba had dan kurangkan.
  4. Guna gincu "smudge proof". Untuk pastikan lipstik daripada terkena pada gigi disebabkan lisptik biasa boleh sebabkan kotoran pada gigi.

Info lanjut mengenai Aril Glow
Website : https://arilglow.com/
Fanpage : https://www.facebook.com/arilglowhq/


Post a Comment

8 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.