Ketagihan
Aku malu nak cakap benda ni sebab melibatkan perasaan banyak pihak. Jangan kecam aku please. Aku sebenarnya dah ketagih dengan benda ni. Walaupun tak ada duit, aku still akan beli sekurang - kurangnya satu buku. Padahal masa tu, ada lagi lambakan buku yang belum dibaca. Aku tak tahu lah kenapa. Dulu kan, kalau aku ke PWTC aku mesti selalu nampak orang habiskan duit beratus ringgit hanya untuk buku. Lepastu terdetik dekat hati, beli buku banyak - banyak nak buat ape. ? Dan aku tak tahu macammana nak kurangkan ketagihan pada buku ni.
Sekarang aku dah tahu kenapa. Sebab minat yang tingginya kepada buku. PWTC tahun ni saja aku habiskan duit sampai RM200 jugak semata - mata beli buku sahaja. Aku tak tahu kenapa aku boleh habiskan duit sampai banyak tu sekali. Sedangkan kalau nak kira, sepanjang 2017 aku masih membeli buku. Maksudnya tak pernah lah dalam setahun aku stop beli buku lepastu tunggu pesta buku baru nak beli banyak. Belum pernah lagi macam tu.
Masa aku tersedar aku dah habiskan banyak duit untuk membeli buku, terus aku stop dan keluar dari PWTC. Keluar sebab tak mahu tengok buku lagi dan aku penat panjat tangga. Hahahaha. Lagipun masa tu aku ke pesta buku berseorangan. Memadailah aku membeli buku yang aku mahu sahaja. Tak perlu lah berlama - lama memerhati manusia. Kan?
Masa aku tersedar aku dah habiskan banyak duit untuk membeli buku, terus aku rasa macam aku dah buat satu pembaziran yang sangat besar! Menyesal aku beli weyh. Sungguh aku menyesal. Dalam train aku rasa tak senang duduk. RM200 bukan nilai yang sedikit. Boleh dikira banyak jugak tu. Kalau aku isi 200 ringgit ke dalam perut - perut yang lapar mesti kenyang.
Sampai dekat rumah, aku letak buku yang baru beli atas katil. Macam tak berbaloi sangat. Sampai lah aku susun semua buku baru tu dekat rak. -_- Tiba - tiba satu perasaan seronok tu datang. Hahahhaa. Sebab rak aku dah nak penuh. Aku punya impian untuk buat satu mini library yang cantik di rumah/bilik. Tapi belum tercapai lagi. So, aku cuma ada sebuah rak kecil dan lambakan buku je. Belum ke arah macam konsep yang aku nak 'mini library'. Semoga impian aku nanti tercapai.
Ketagihan aku ni. Entahlah. Elok ke tidak. Hahhaa. Aku boleh duduk di library untuk berjam lamanya. Samaada aku membaca satu buku dan menghabiskan dalam masa beberapa jam. Atau beberapa buah buku yang dibaca sekerat - sekerat selama beberapa jam. Aku boleh hidup dalam tu walaupun ditinggal keseorangan. Tapi, aku tak boleh hidup kalau orang tinggalkan aku dekat shopping mall sorang - sorang. Aku rasa macam lemas rimas dan nak mati.
Kadang - kadang kan bila tengah terdesak nak pakai duit. Aku akan jual balik buku - buku yang aku dah baca. Lepastu aku akan masuk ke frasa penyesalan. Betapa sebenarnya aku sayangkan semua buku aku walaupun tak pernah ada nilai di mata orang lain.
10 Comments
Sy dah kurang sikit ketagihan kat buku. Hanya beli yang betul2 menarik 😄
ReplyDeleteokay lah tu. berjimat. dan lebih teratur. kalaus aya semua buku best nak beli
Deletembaca kan amalan mulia dear. jan perna myesal mgunakan duit saku kita utk bnda yg baik =) insyallah, skurg2 nya bila kita jual balik buku tu, ada juga org dpt baca dan kita pun ada ruang baru utk letak buku baru pulak =D teruskan hobi ye =D
ReplyDeleteinsyaallah kak. tak menyesal lagi
DeleteBanyak manfaatnya jadi ulat ni, eh ulat buku.
ReplyDeleteamboiii. ulat eh
DeleteSep sikit.. Kita punya ketagihan yang sama..
ReplyDeleteyeayy jumpa dah geng
DeleteMembaca amalan mulia. kadang-kadang miza pun macam tu tak sedar dah banyak terbeli buku ;)
ReplyDeletehehehe kan..
Deleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.