Hijab Stars Recharge bersama Sunsilk dan Shoppe
Shopee bagi aku bunga ni. Kau hado? |
Baru - baru ni telah belangsungnya #shopeedayout bersama gegadis meletops kebabom. Mesti korang pelik kan macammaana aku boleh semak - semak dekat situ? Padahal aku bukan lah gegadis meletops kebabom. Hahaha. Aku ada dekat situ sebab, PR baik hati bagi aku datang. Gila segan aku. Dah macam model dah semua. Aku pulak nak kata model pun tak. Terpaksa jadi 'kentang'. Tapi kan. Tak rasa lah 'kentang'. Sebab aku rasa aku macam tomato. Hahaha. Faham tak apa yang aku maksudkan? Kalau tak faham dah diam.
Sunsilk Memperkenalkan Sunsilk Hijab Recharge
Sunsilk telah memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut yang direka khusus buat si hijabster. Lepas ni dah tak payah susah - susah lagi rambut berbau kerana seharian bertudung kerana shampoo dari sunsilk ini direka khas untuk tahan dan kekal lama sehingga 48jam. Ini bermakna, 2 hari! Bestkan?
selfie satu dengan PR dan kawan blogger merangkap blogger rapat |
Bila dah pakai tudung ni memang kadang - kadang jadi malu bila rambut berbau. Orang duduk sebelah pun boleh bau. Rasa macam tak konfiden tiba - tiba. Atau rasa macam nak duduk bawak kerusi menyorok. Pernah tak rasa macam tu? Aku pernah. Biasalah bila sibuk dengan urusan seharian. Kalau nak shampoo pagi kena bangun awal. Sebab nak keringkan rambut. Kalau malam pulak, kadang terlupa. Sebab dah lewat sangat balik. Terpaksa tunda esok - esok dan esok. Sudahnya lupa.
Korang dah try ke? Apa kata cuba dan try shampoo sunsilk hijab recharger.
Hijab Refresh |
Diperkaya dengan pati buah tin, kaya dengan antioksidan, membantu membersihkan kulit kepala dari peluh, kesan berminyak, sel kulit mati serta rambut berminyak bagi mengekalkan kesegaran yang berpanjangan.
Lively Strong Hairfall Solution |
Diformulasikan dengan ekstra akar ginseng. Ia mampu mengekalkan nutrien, memperkuatkan rambut serta mengurangkan keguguran rambut.
Anti Dandruff |
Menangani permasalahan kelemumur melalui penggunaan pati buah-buahan sitrus untuk menghasilkan rambut lembut bermaya, serta agen anti-kelemumur ZPT yang mambasmi sel kulit mati dan menghalangnya dari berlaku semula.
#ShopeeDayOut
Berbalik kepada aktiviti sepanjang #shopeedayout. Bagi aku event macam ni memang sangat bagus untuk 'kentang' macam aku. Selain aku rasa aku ni macam kentang yang sebenar-benarnya, aku jugak akan dapat kawan baru yang boleh bertukar - tukar fikiran. Event ni memang semuanya perempuan. Cuma adalah yang selit - selit ikut makwe join event ni. Sekaligus cuci mata ye dak?
3.30 pm Media Arrival and Registration4.00 pm Introduction to Shopee4.05 pm Sunsilk Sharing Session4.20 pm Raya Hijab Styling by Khadyjah Fhatyah5.00 pm How to Perfect Brows by Zamrina Zamrin5.30 pm Refreshments6.00 pm Photo sessionEND
Maaf lah, aku tak payung banyak gambar. Sebab, kualiti kamera yang kurang memberangsangkan. Pencahayaan yang kurang. Takkan aku nak kena bawak lampu besar gajah suluh kat diorang pulak kan? Kang kata buang tebiat. Memadailah korang usha sendiri gambar sepanjang event #shopeedayout berdasarkan hashtag! Ada banyak gambar best.
Selain tu, aku dapat menambahkan style tudung aku. Memang senang je. Selalu tengok dalam youtube, bila dah siap jadi macam pakai tuala pulak atas kepala. Nyampah aku. Lepastu aku belajar cara nak lukis kening dengan baik. Walaupun sesi nya cuma sekejap, atleast ada lah yang aku dapat. ILMU. Mungkin lagi best kalau setiap sesi (makeup2) ni lama sikit. Hahhaha. *eh sukahati aku je kan nak request.
Waktu gambar diatas ditangkap, aku tiada kerana keluar. Taknak lah aku masuk. Dah jadi tomato, lepastu tak tahu lah jadi apa lagi nanti. Hahahhaa. Nampak tak muka - muka diorang yang sangat gumbira sepanjang #shopeedayout? Semoga jumpa lagi korang.
Bergambar satu dengan emcee yang suka buat kelakar. |
Kau pernah tengok tak muka emcee ni? Mula - mula aku nampak muka dia, rasa macam pernah je tengok. Tapi aku tak sure dekat mana. Rupanya dia ni emcee untuk beberapa rancangan di televisyen. Gi lah usah instagram dia --> @ainedruce . Lawa gile weyh dia ni.
Apa pun terima kasih sebab menganjurkan event macam ni. Semua havoc macam retis. Kalau korang yang berhijab atau pun nak kekal segar bersama sunsilk, jangan lupa dapatkan produk sunsilk hijab di shopee dengan tawaran harga menarik sempena kempen Cahaya Raya! ada banyak diskaun.
Info Sunsilk :
Laman web http://www.sunsilk.com.my
Facebook Sunsilk Malaysia
Instagram @sunsilkmy
Info Shopee
Laman Web https://shopee.com.my/
Facebook Shopee
Instagram @shopee_my
3 Comments
da mcm2 produk drpd sunsilk ni kan? sy slh seorg penggunya
ReplyDeletesha guna shampoo ni, adik sha yang lelaki pun guna sekali sebab wangi dia ckp hahaha -_-
ReplyDeletewah..meriah ye
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.