Port Boek Berbuka Puasa di Citta Mall
Korang pernah sampai Citta Mall? Kalau tak pernah mesti rugi. Apa yang rugi? Rugi lah sebab tak pernah sampai sini. Hahahhaa. Takpelah. Nanti ada masa, korang datang la. Dekat sini pun ada tempat buat fitness. Mula - mula tak perasan. Semenjak selalu stalk ig member kolej dulu, dia buat location dekat Citta Mall. Lah, tapi tak pernah ber rezeki nak terjumpa kan?
Citta Mall ni dari luar memang nampak besar. Tapi dah masuk dalam tu, tak tahu lah apa yang besarnya. Aku rasa aku dah tawaf Citta Mall ni tak keluar peluh langsung. Bukan sekali tau. Tapi banyak kali!
Dekat Citta Mall memang ada banyak tempat best korang nak lepak. Ada wayang, ada karoke. Ada starbucks, dan banyak lagi. So, kalau datang sini memang rileks takpayah gelabah kalau bosan. Kalau nak makan pun ada banyak tempat makan menarik.
Restoran Onde - Onde Citta Mall
Puasa tinggal lagi berapa hari je kan? Kalau korang berpeluang sampai di Citta Mall, jangan lupa singgah di Onde - Onde Citta Mall untuk menikmati makanan yang superb sedap. Walaupun aku baru pertama kali merasa makan di sini, tapi aku puji beberapa menu yang dah buat aku tertarik untuk singgah lagi selepas ni. Lagipun aku memang dah selalu sangat datang Citta Mall. Lebih - lebih lagi bila nak tengok wayang. Maklumlah, dekat. Kalau nak dibandingkan dengan KL.
Kalau korang nak tahu, di Onde - Onde ni mereka hanya menggunakan ramuan yang terpilih sahaja untuk mengekalkan kelazatannya di tekak - tekak korang. Sebab tu lah sedap.
Antara makanan yang menjadi pilihan ramai ialah asam laksa, nasi lemak dan mee udang. Aku sudah berkesempatan menikmati hidangan asam laksa. Kuah memang pekat dan kaw - kaw. Cukup rasa masam, manis, masin. Apa yang menariknya dalam hidangan ini turut ada seketul ikan sardin untuk dimakan bersama asam laksa. Power beb! Tapi akan jadi masalah kalau korang dah biasa dengan laksa utagha, tiba - tiba kena makan asam laksa dari restoran onde - onde. Sebab ada sedikit kelainan pada rasa asam laksa tersebut.
Selain tu, korang jugak wajib cuba beberapa menu di Restoran Onde - Onde Citta Mall seperti :
- Grilled Chicken Butter Cream Pasta
- Curry Laksa Seafood
- Golden Banana Fritters with Gula Melaka
- ABC Gula Melaka
- Fried Rice Supreme
- Passion Fruit with Lychee
- Ribena Lychee
- Teh Tarik
Memang terbaik. Hahahhaa. Aduh. Rasa macam nak turun sana sekarang lah pulak -_-
Amacam. Terliur tak? |
Restoran Iyakimono Citta Mall
Kalau korang rasa macam nak berbuka makanan ala - ala korean jepun, boleh datang ke Restoran Itakimono Citta Mall. Ni pun okay. Aku makanan Jepun Korea ni boleh telan sushi dengan ramen je. Sushi tu pun makan tahun. Sebab bau dia. Hahahha. Sekarang jadi febret.
Makanan yang korang boleh cuba dan rasa di Restoran Iyakimono Citta Mall ialah :
- Super Value Set C (incl teppanyaki salmon, Sanma, Chicken, Takoyaki, salad, soup, rice and green tea for 2 or 3 pax)
- Grill Salmon set
- Australia Slice Beef Udon
- Grill Squid
- Grill Yakitori
- Takoyaki Abalone
- Takoyaki Octopus
- Takoyaki Chicken Cheese
- Ice Peach Tea
- Passion Fruit Drink
Grill salmon dia tak rasa hanyir langsung tau. Memang boleh telan dengan berjayanya. Hikhik. Pernah makan salmon tak? Meh rasa dekat restoran Iyakimono. Thorbaik. Apalagi. Maghi datang Citta Mall. Ada macam - macam restoran kau boleh rasa untuk juadah berbuka nanti.
Makan takoyaki berketul - ketul. Kau hado? |
Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenari Restoran Onde - Onde boleh pergi ke pautan di bawah
Laman web : http://www.ondeonde.com.my
Facebook : OndeOndeMY
Alamat : G-49, Ground Floor, CITTA MALL, Laman web : http://www.ondeonde.com.my
Facebook : OndeOndeMY
No. 1, Jalan PJU 1A/48 Jalan PJU 1,
Ara Damansara.
Waze : Citta Mall
Kalau nak tengok gambar2 di Restoran Iyakimono boleh tengok di #iyakimono dan #iyakimono
8 Comments
Wah menarik. Wekend ne miza nak terjah
ReplyDeletehehe. terjah jangan tak terjah
Deletemenarikknya..tapi jauh sgt nak g nih
ReplyDeleteinsyaallah ada rezki
Deletesetengah jam je nak ke sini, tapi bukan main liat nak tempuh jem hahaha. free free kena try nie
ReplyDeletehehhee. jgnn lupa singgah di restoran diorang
DeletePernah dengar berkenaan Citta Mall, but tak pernah jejak kaki ke sana. Nama saja orang Kuala Lumpur, orang bandar... but nak berjalan-jalan tu agak payah sikit. Memandangkan dah berdua ni, agak limited sedikit. But inshaAllah, sekiranya diberikan kesempatan waktu, boleh bawa husband ke sana. Dia ni tekak Melayu... makan benda pelik, tak reti -.- Stress I. Nak makan sushi pon kena buat pujuk dan rayuan dulu, baru bagi greenlight.
ReplyDeletepernah pergi citta mall tapi tak pernh lagi pergi sini
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.