The Venue Shah Alam
Hai uolls, apa bikin harini? Ce kongsi sikit. Aku? Harini aku pulun turun event. Hehehee. Penat woi. Disebabkan aku pegang tanggungjawab berkongsi berita gembira, aku abaikan sakit lenguh sendi yang tengah merewang bergenang dekat anggota badan aku. Oh, betapa aku sayangkan korang semata - mata nak kongsi benda ni.
Pernah sampai The Event Shah Alam? Kalau belum pernah, kita sama. Sebab The Venue pun baru sahaja dibuka. Antara majlis yang paling glamor berlangsung dekat sini ialah majlis perkahwinan Hafiz Hamidun dengan pasangannya. The Venue ni tempat untuk mengadakan sebarang majlis yang memerlukan ruang yang luas. Tempat parking pun okay.
Kenapa memilih The Venue Shah Alam ?
Ruang letak kereta yang mencukupi
Selalu kan kite ke majlis perkahwinan seperti dewan atau majlis perasmian di tempat grand? Masalah besar yang paling tak boleh blah ialah kawasan parking yang sangat terhad. Dah terhad, sempit pulak tu. Hmm. Susah kan. Terpaksa parking jauh - jauh. Dah mekap tau, tiba - tiba peluh kau. Aduh.
Ruang majlis yang besar
Kawasan untuk memperuntukkan The Venue Shah Alam sangat besar dan luas. Parking banyak, dewan pun luas. Jadi susunan meja tak perlu rapat - rapat untuk menjimatkan ruang. Ini jugak akan membuatkan tetamu selesa. Kalau tempat sempit, nak bangun pun berlaga kerusi dengan orang sebelah. Alahai.
Lokasi strategik - mudah untuk akses
Untuk sampai ke The Venue Shah Alam ni sangat mudah. Boleh je taip dekat waze tu The Venue Shah Alam. Terus sampai. Insyaallah takkan sesat. Lokasinya sangat dekat dengan jalan. Tak payah masuk simpang banyak sangat.
Apa yang paling menarik dekat The Venue ni bila kau buat majlis kahwin dekat sini. Ada 3 jenis pakej yang disediakan oleh pihak mereka. So boleh dapat semua dengan satu harga. Untun gke rugi? Ha fikirlah sendiri. Takkan tu pun nak kena ajar ye dak? Pakejperkahwinan yang disediakan The Venue tu termasuklah :
- Menu Utama
- nasi putih beriani dan nasi
- Daging Masak hitam
- ayam goreng pandan
- Dalca sayur dan acar Rampai
- acar buah, Papadom dan air mineral
- Meja Utama (8pax)
- Rasa siakap 3, ayam golek, udang panjat, minuman khas, pencuci mulut, buah Campuran
- Pencuci mulut (300pax)
- Kuih (moden / tradisional)
- Bubur Kacang
- Main Bridal Decoration
- Hiasan dewan
- Pakaian (pengantin perempuan dan pengantin lelaki)
- MUA
- Sejambak bunga (bunga segar)
- Wedding team and coordinator
- FOC
- Meja utama dan meja VIP
- Bufet dan meja vip
- Meja tetamu dan chiavari chair
- 1 deluxe hotel room
- Sound system, lighting dan pengacara majlis / dj
- Photobooth
- Bilik vip
- Kompang
- Rela
- Kek 3 tingkat
- FOC
- videographer dan photographer (nikah, reception, and potraiture session)
- Candy buffet
Gema Ramadhan The Venue Shah Alam Buffet Ramadhan
Bersempena bulan ramadhan yang bakal tiba, The Venue telah membuka peluang untuk korang - korang yang mahukan sebuah dewan untuk mengadakan majlis berbuka puasa dalam kuantiti yang ramai. Seperti majlis berbuka puasa bersama anak - anak yatim atau rakan pejabat. Mesti dah lama kan tak duduk semeja bersembang tentang kehidupan dan memadam hal ehwal pejabat buat seketika? Masa ni lah korang kena bagitahu bos korang untuk buat majlis berbuka puasa bersama rakan pejabat di The Venue Shah Alam.
Jom layan gambar semalam bersempena Gema Ramadhan The Venue Shah Alam Buffet Ramadhan. Tema menu yang diketengahkan pada tahun ini adalah makanan tradisi kampung. Makanan yang paling best korang nak tahu tak? hehehe.
Mestilah daging salai masak lomak cili api. Power oi! Rugilah korang tak merasa.
Laksa dan mee kari |
Buah - buahan campuran |
Ulam - ulaman |
Manisan |
Jumpa Kak Maria. |
'pertunjukkan' secara live cara memotong daging salai |
Waktu tengah makan, ada pertunjukkan 'fesyen show' baju kebaya oleh beberapa orang model. Baju merupakan koleksi oleh El-Husna Fashion Boutique. Cantik tau. Macam design kebaya lama. :) Kalau korang nak tengok koleksi baju kebaya ni, boleh datang ke Kompleks PKNS Shah Alam.
Kalau korang berminat nak buat tempahan di The Venue Shah Alam mohon rujuk info dibawah ye
Emel : thevenueshahalam@gmail.com
Facebook : The Venue Shah Alam
Facebook : The Venue Shah Alam
Instagram : @thevenueshahalam
Alamat : No. 15, Jalan 15/22, Tiong Nam Park,
Seksyen 15, 40200, Shah Alam, Selangor
(Google Maps/Waze : The Venue Shah Alam)
No Tel : 019-8585825
2 Comments
sedapnyaaaaa lauk paukkkk
ReplyDeletewahh nice place! Tgk pilihan lauk pauk mcm best jerr
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.