Barai?

Barai?

Barai?

Menurut kamus dewan bahasa, barai membawa maksud bertaburan, bergelimpangan. Lagi apetah. Kau carik lah sendiri. Saja aku nak sembang kedai kopi petang - petang macam ni. Entri ini ditulis bukan untuk menjatuhkan mana - mana pihak atau membuka aib sesiapa. Aku cuma nak orang yang baca ni, tersedar dari lamunan dan jangan terus hanyut. Dan perkara ni juga harus dipandang serius oleh ibu bapa yang mempunyai anak. 

Dalam wechat aku, ada bermacam - macam jenis manusia. Dari 1k friendlist, aku tapis - tapis tinggal lah 40 ke 30 macam tu. Lebih mudah berinteraksi. Lebih  mudah mahu kenal secara serius. Dan lebih mudah jadi kawan rapat yang benar - benar kawan. 

Opss, sebelum tu. Mahu diingatkan. Aku buat akaun wechat bukan untuk jadi dungu macam budak - budak wechat zaman sekarang. Aku sekadar jadikan wechat sebagai satu platform penulisan puisi aku yang cuma sebaris dua ayat. Kiranya, aku simpan apa yang aku tulis buat aku guna bila perlu. Waktu friendlist aku ada lebih dari 1k, memang macam aku cakap. Macam - macam manusia ada. Tapi aku tak berani nak tanya lebih - lebih. 

Bila dah tinggal sikit ni, baru aku berani dekat dan mahu kenal. Kisahnya bila ada seorang lelaki dengan rambut yang dimasukkan ke dalam sweater. Gambar yang menggunakan tema hitam putih tu cukup menarik perhatian aku. Sebab bagi aku dia ada style. Aku suka approve orang macam ni. Bukan aku demand. kadang - kadang kalau gambar mengarut, moment pun kosong aku jadi curiga. Kalau handsome sangat pun tak boleh. sebab banyak fake.

So, nak kata dia handsome tak lah. Tapi ada style. Macam insta famous gitu. Aku pun mula berborak dengan dia. Mula - mula aku puji la dia handsome. Lepastu beralih pulak tanya study ke dah kerja. Duduk mana. Study amek course apa. Sem berapa. 

Jawapan : study, duduk rumah sewa (family punya rumah kot), course event management, sem 4.

Standart lepastu mesti akan tanya soalan cliche. Dah ada girlfriend ke belum. So dia kata dia single. Da setahun ke dua tahun lebih macam tu. Lepastu saja aku buat muka, aku cakap "kalau aku nak dia, dia nak aku balik tak?" - dalam nada bergurau. Lepastu dia cakap, dia tak kisah. Tapi umur dia muda dari aku. Lagi satu, dia memang kaki sosial. Aku pun mintak ig. 

Dalam ig dia, ada satu girl ni. Macam gf dia pun ada. aku musykil. Aku pun tanya, perempuan tu gf ke? Dia jawab soalan aku dengan soalan. Dia tanya kalau aku tengok nampak macam couple ke? Lepastu dia cakap, depends orang yang anggap la. Jadi, aku tak dapat jawapan. 

Barai?

Lepastu dia pusing - pusing balik. Siapa lah nak dekat dia, dah la kuat sosial. Kaki club, kaki minum, dadah. Ah semua lah. Nampak macam sembang kan? Tapi kita kan ada naluri dan mata. Jadi, tidak bodoh kalau kita menilai orang dengan gambar. Sekadar menilai, tapi jangan terlalu awal meletakkan salah. Dekat wechat dia, ada la beberapa keping gambar pergi club. Tapi dia update dan delete. Mungkin dia update untuk tunjuk pada orang dia power, bukan semua orang berani masuk club kan? Lepastu dia delete, sebab taknak orang judge dia bukan - bukan. 

Dekat instagram, gambar peluk dengan perempuan yang aku cakap tadi beserta gambar perempuan tu baring atas riba dia pegang pipi dan selfie. Sweet gitu kate kau. So, terang - terang lah nampak kan? Perempuan tu pulak smoker. Hmm. nampak la. Macam 'barai' muka dia. Bukan 'barai' hodoh. TAK. Tapi nampak macam dia tu. Memang kaki sosial nak mati.

Oh, aku lupa. Aku pernah tanya lelaki tu. Aku memang suka jadi bodoh - bodoh alang tanya soalan macam ni. Aku tanya, parents tak tahu ke apa dia buat ni. Dia gelak lepastu cakap, mesti lah tak tahu. Hmm. Tiba - tiba aku rasa bersalah. Kita juga sebenarnya pendosa. Kita semua pendosa. Tidak ada seorang pun yang dilahirkan suci setiap masa tanpa noda. Kan? Kemudian, kita sedar kita berubah. Sebolehnya tidak mahu ke jalan yang lalu lagi. 

Tapi, bagaimana pulak, bila kita dikenalkan dengan orang - orang yang baru mahu hidup merasa nikmat atas jalan lalu yang pernah kita susuri dulu? Seolah - olah, 'kita' yang dulu sedang dipertunjuk dan diperlihatkan. Kita akan rasa malu tiba - tiba. 

Aku ulang balik. Aku bukan nak bukak aib dia buruk dia seolah - olah macam dia tak pernah ada sisi baik. Aku tulis ini, agar emak dan bapak sila sedar. Kalau - kalau kau tinggal anak kau jauh - jauh, adakah dia masih anak yang masih dia? Atau sudah berubah menjadi kebandaran dan menikmati segala nikmat yang ada di kota tohor? 

Mungkin susah ya. Mahu mengubah dunia. Seharusnya dimulai dengan diri sendiri dahulu. Dan aku harap, kau juga berjaya mengubah diri ke jalan benar

Post a Comment

4 Comments

  1. Naudzubillah min dzalik...harap dia yg diceritakan sama2 bertemu jalan pulang...

    ReplyDelete
  2. Sembang kedai kopi yang dasyat..
    Tetibe akak jadi seram.. anak-anak tengah membesar..
    macam-macam hal dekat dunia sekarang..
    Harapnya semua ibu bapa berusahalah mendidik dan memantau anak2..
    Kadang kealpaan ibu bapa juga boleh menjadi punca kerosakan anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm tu la. dunia zaman sekarang tidak sama macam dulu./ memang kena pantau anak2. biarlah orang nak kata kite mengongkong ke apa. sebab anak2 kita kan kak. buruk baik tetap anak kita. nanti yang dicemuh buruk pun org2 sekeliling. mereka cuma tahu menghukum

      Delete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.