'Wayang Jadi Saksi' Menjentik Hati
Sekembalinya aku dari PBAKL 2017, inilah novel pertama yang dibaca dari keseluruhan novel yang aku beli. Wayang Jadi Saksi merupakan novel percuma yang diberikan oleh ROMAN setelah aku membeli 3 buah buku percuma satu. Aku sejenis, akan baca yang percuma dahulu baru yang dibeli. Sungguh aku puas hati. Bukan kerana buku ini percuma, tapi kerana isi kandungannya yang tebal berjaya menjentik hati, membawa aku kelayar panggung dan menyertai watak yang diwujudkan.
Tajuk : Wayang Jadi Saksi
Penulis : Kaz Ishak
Jumlah Mukasurat : 369 (prolog sehingga epilog)
Terbitan : ROMAN
Sinopsis Wayang Jadi Saksi
Mikail Mohamed, film projectionist panggung wayang di Suria, KLCC, bangunan agam kebanggaan negara. Sepanjang 5 tahun bekerja di panggung, Mika punya partners in crime, Barak, Kechik, Afiq dan Zack. Mereka berlima tembolok punya filsuf cinta yang sama iaitu cinta mereka terhadap filem dan sinema.
Mika teruja menantikan tayangan perdana 'Zombi Kilang Biskut' lakonan Sofea Abu Zahar, pelakon baru wanita popular tanah air. Dalam fikirannya hanyalah Sofea, gadis naif yang pernah bekerja ditempatnya. Kepingin Mika bertemu Sofea malam itu dibunuh nostalgia hitam. Sofea Abu Zahar kemalangan. Sejak itu Mika dihantui susuk gadis cinta agungnya itu. Siapa sebenarnya Sofea yang menghantui Mika?
Wayang Jadi Saksi membawa kita merasai kisah cinta neo-romantik mengutip pengalaman gelap kehidupan sebenar manusia dalam dunia sinema dan panggung wayang berlatarkan masyarakat pop urban kota noir Kuala lumpur. Membawa kita sama mencari makna filem dan sinema. Cinta dan persahabatan dari kaca mata manusia panggung. Sin'e'filia.

Ulasan Novel Wayang Jadi Saksi
Ah. Sungguh aku tak dapat gambarkan langsung apa perasaan aku saat aku menamatkan Wayang Jadi Saksi. Segala keseluruhan bait yang dicurahkan menjadi sebuah novel betul - betul menjentik hati aku. Betul - betul memberi kesan yang mendalam. Di celah mana aku tak pasti. Aku tak pasti di muka surat berapa, di perenggan mana entah. Aku tak tahu. Aku masih di awang - awangan. Ada ketikanya aku mahu menangis. Ada ketikanya aku mahu senyum sendiri. Ada ketikanya aku gagal menyelam perasaan sendiri
Ketika aku masih membaca Wayang Jadi Saksi, aku sengaja melambat - lambatkan. Aku tak mahu habiskannya terlalu awal. Aku betul - betul jadi sayang dengan watak - watak yang diwujudkan dalam novel ini. Keseluruhannya adalah tentang persahabatan, perasaan, dan kehidupan yang selalu terjadi di sekeliling kita. Kau akan mula berfikir, dalam ramai kawan yang sedang mengelilingi kau. Siapa agaknya yang akan paling lama bertahan waktu kau jatuh?
Penulis sangat berjaya 'menipu' aku dari permulaan Sofea kemalangan sampai ke penghujung Sofea sudah sedar dan melalui hari - harinya bersama Mika. Aku percaya, Sofea yang bersama Mika ialah Sofea yang kemalangan. Dem.
Entah. Aku suka betul dengan tajuk novel ni. Tajuknya sahaja sudah buat aku tertarik mahu membacanya. Ia berkaitan wayang. Dari tajuknya, aku dapat agak ia adalah tentang cinta. Sebab ada perkataan 'saksi'. Hahaha. Lebih kurang macam Ombak Jadi Saksi terbitan Buku Prima. Sama kan? -- Wayang Jadi Saksi.
Apa yang menariknya dari awal aku membaca novel ini, sampai lah habis. Penulis banyak menggunakan perkataan - perkataan yang jarang aku jumpa. Kiranya, sambil membaca, aku akan melakukan carian dalam kamus dewan bahasa untuk mengetahui maksud yang penulis tulis dalam novelnya. Tambah satu ilmu.
Yang keduanya ialah perkataan 'wayang' itu sendiri. Jarang kan, orang buat tajuk novel dan mengupasnya secara terperinci (secara tunggal). Kadang, tajuk novel adalah sekadar hiasan untuk sebuah gambaran atau sebuah daya tarikan sahaja. Tapi Wayang Jadi Saksi ni betul - betul bawa aku menyelam dalam panggung. Segala skop kerja dikembangkan dengan teliti dan penyusunan bagaimana proses sebuah filem ditayangkan melalui projektor dan skrin yang besar dilihat sebagai sempurna bagi orang yang tak pernah langsung dan tak pernah tahu bagaimana ia dilakukan.
Sampaikan, naik bulu roma aku setiap kali Mika di 'acah' oleh kawan - kawannya ketika mahu menjalankan filem. Macam aku yang sedang membantu Mika memasang peralatan sebelum sesuatu filem dijalankan. Atau seperti aku sedang melihat bagaimana proses yang dilakukan oleh Mika, kemudian terkejut sendiri bila diagah.
Atau, ketika Mika sedang sendirian menunggu filem diputarkan. Atau ketika Sofea menemani Mika menonton filem. Aku seperti dapat rasakan, aku sedang ada dalam lakonan watak Mika. Aku seperti salah seorang dari watak - watak yang diwujudkan penulis. Aku terasa sangat dekat. Sampai aku takut nak matikan semua watak saat aku habiskan novel ni. Betul, tak tipu. Walaupun pada asalnya, waktu mula - mula aku baca aku terasa sedikit bosan.
Oh ya, ada sedikit unsur 18sx. Tapi tidak terlalu menjahanamkan pemikiran manusia. Kau dan aku masih boleh baca dan mendalaminya. Tiada masalah.

Tema | Seorang projectionist panggung wayang yang setia dengan panggungnya. |
---|---|
Plot (binaan plot) | Permulaan : Mikail yang bekerja didalam panggung. Berkenalan dengan Sofea, pekerja baru. Perkembangan : Kemudian Mikail dan Sofea bercinta. Perumitan : Sehinggalah Sofea berkenalan dengan Johan. Sofea menyatakan hasrat hati mahu jadi seorang pelakon. Mikail tidak dapat menerimanya. Akhirnya Mikail meninggalkan Sofea. Puncak : Sofea kemalangan. Perleraian : Mikail berkahwin dengan Sofea.
*kau nampak persoalan ni macam novel biasa - biasa kau baca. Sebab aku ringkaskan dan kelihatan sangat cliche. Tapi percayalah. Ia tak semudah macam kau sangka dan tidak seperti apa yang aku tulis.
|
Plot (teknik plot) | Terlalu rumit aku nak leraikan satu - satu (aku tak pandai dan malas) |
Misteri yang kekal misteri ialah pintu belakang panggung yang berdekatan dengan projektor filem panggung 3. Aku yang terlepas pandang atau memang misterinya tentang pintu ini tidak disingkap secara terus oleh penulis.
"Cinta itu pada asasnya tidak rumit. Cinta adalah misteri. Manusia ketawa dan menangis pada masa yang sama. Malah, tanpa mereka sedari mereka yang jarang ketawa akan ketawa berdekah - dekah dan mereka yang tidak pernah menangis akan menangis teresak - esak. Cinta tidak selalu bermula dan berakhir seperti mana kita fikir ia akan berakhir. Cinta itu rumit dengan cara yang paling misteri."
Jeda hati Sofea sendiri.
Banyak nilai murni dan pengajaran yang aku dapat dari novel ni. Terutamanya dalam persahabatan. Aku betul - betul rasa sebak dengan ikatan persahabatan yang ditunjukkan oleh Barak, Kechik, Afiq dan Zack. Sangat jujur. Walaupun cuma jadi kawan setelah sama - sama dalam panggung. Punya minat yang sama. Setiap kali habis satu filem, diorang akan habiskan masa berjam - jam di kedai makan. Bukan lepak kosong. Tapi masing - masing menyuarakan pendapat mengenai filem yang ditayangkan.
Aleysa. Perempuan yang sangat tabah. Cintanya pada Mika tidak pernah berpura - pura. Dia seperti kebanyakan gadis yang wujud di atas muka bumi. Cuma, Aleysa lebih kuat mengharungi dugaan hidupnya. Walaupun di'buang', dia tetap mahu menjaga 'anak angkat' Sofea. Dengan rela. Sampai hayatnya mati ditamatkan Tuhan.

A true storyteller is one who brings something genuinely personal to his subject instead of merely producing a tasteful, accurate but lifestyle rendering of the original material
- Francoise Truffaut
Bacalah. Kau akan menemui diri kau sendiri. Aku bagi 4/5 bintang. Kerana 5 terlalu sempurna.
4 Comments
Kerana 5 terlalu sempurna...akak tgk kecik ni matang sebelum usia tau...bagus
ReplyDeleteHhehe. tak kak. Cuma ayat yang ditulis nampak macam dewasa. Hakikatnya belum matang
DeleteMenarik reviewnya.. Nanti boleh akak try baca pula..
ReplyDeleteBaca kak. Jangan tak baca :)
Deleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.