Quote #12 MiezaS
Ada jejaka menjahit,
Perca kata - katamu,
Yang kau gumulkan,
Atas dada - dada kami,
Saban hujung minggu.
Lantas diperagakannya,
Busana paling agung,
Seorang sunti jadi ayu,
Lantarannya.
Sepersalinan busana,
Daripada perca kata,
Pernahkah kau bermimpi,
Ada insan memakainya,
Menutupi aurat,
Menyembunyikan lukanya?
Kata - kata bukan mainan,
Apatah lagi perca sia,
Ia sebuah peragaan,
Sebuah keyakinan,
Sumpah keramat,
Paling dalam.
za'im yusoff
- MiezaS
2 Comments
kecik !!! nanti boleh buat buku.. hee~ best !!
ReplyDeleteinsyaallah kak. doakan ^_^
Deleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.