Penatnya Cuti
Semenjak - menjak aku dapat kerja ni, memang tak sudah asyik nak kena cuti je. Aku penat lah. Dulu masa tak kerja tak mau pulak aku ada hal sampai macam ni. Sebulan sampai 3, 4 kali cuti dan beberapa hari halfday. Memang lah cuti tu best, masalahnya menyusahkan aku dan aku sangat malu. Balik - balik aku je yang bermasalah dengan cuti. Nampak sangat aku ni tak bagus.
Ni dengan braces pulak. Sebulan sampai dua kali kena jumpa doktor. Tu belum lagi kalau appoiment dengan doktor dekat HKL pada bulan yang sama. Stress nya aku. Aku ni sampai mintak semua appoiment diadakan pada hari yang sama. Yela. Sekarang benda ni tengah terjadi dekat aku.
Appoiment braces aku dah ter - extend. Sebab kan lupa tarikh. Lepastu appoiment aku di HKL pada 19hb. Jadi, nak dijadikan cerita. Aku mintak appoiment braces aku ditetapkan pada 19hb juga (sebab sebelum ni dapat tarikh 20hb). Sebab senang kerja. pagi sampai petang aku boleh mereput dekat hospital. Bayangkan kalau --
Appoiment HKL 19hb dan appoiment braces 20hb. Maknanya aku kena pergi KL tu dua hari berturut - turut. Ingat tak penat ke -_- . Dah lah kena mereput dua tiga jam sebelum nama kena panggil. Appoiment pukul 9.30 (doktor datang pukul 10 - nama panggil dalam pukul 10 lebih kalau datang paling awal). Gerak dari rumah pukul 8.30. Aduh. Dengan redah jammed (kalau nak kereta takpe lah) ni naikk motor kena cilok2. Jantung aku laju tau.
Tu belum lagi masa mula - mula kerja dah start kelas memandu. Hampeh betul. Aku menganggur setahun lebih, nama tak pernah naik pun. Tiba - tiba dah kerja, ada pulak kelas memandu. Sampai sebulan 4 kali aku halfday. Geram betul aku! Malu aku. dah baru kerja buat perangai.
Tu belum lagi. Jap tak habis lagi. Tu belum lagi, adik aku punya appoiment braces pada bulan yang sama dan selang dua tiga hari dengan aku. Lepastu mak aku suruh aku pergi. Sebulan aku rasa 10 kali aku buat masalah.
Aku dah penat la pakai braces ni (sejak 2008-sampai sekarang). Aku mintak cabut, entah apa lah jawapannya. Gigi aku dah okay. Cuma ada satu je yang xboleh nak elok. Tu memang gigi paling hujung. Yang lain dah okay (gigi yang kat depan je paling penting - belakang tak penting sangat).
Saja membebel. Penat simpan dalam hati. Sebab kalau aku membebel dalam hati mesti aku sedu. Hmm
3 Comments
kalau bercuti macam ni memang penat,tapi pergi holiday akak ok je..heheh
ReplyDeletesabo2 ....insya Allah setel nanti tumpukan kerja lak
ReplyDeletepenat :( hahhaa
Deleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.