Maaf Tak Dapat Tolong

Maaf Tak Dapat Tolong

Maaf Tak Dapat Tolong

Teringat zaman masa tak ada lesen tapi dah berani - berani jalan sana sini sekitar Shah Alam. Masa tu nekad. Motor pandai bawak, tapi tak berani apa kelas kan? Zaman dulu macam tu lah pemikiran aku. Tapi yang sebenarnya aku pun tak berapa nak ingat aku ada lesen ke tak. Ada kot. Sebab dah tingkatan 4 rasanya. Hahahha kbye.

Alkisah masa tu tahap bosan gila tapi tak ada motor. BFF aku ada motor tapi roadtax tak ada. Gigih aku berjalan dengan dia tau. Masa tu helmet memang ada sebab pergi sekolah pun naik motor kan? Entah macam mana, masa tu motor tu rosak. Aku tersadai dekat tepi jalan dengan kawan aku. Tak tahu macammana nak buat. Aku tak ada kawan lelaki. Kahkah sapa lah nak kawan dengan aku kan? 

Lepastu nak telefon ayah, mati aku nanti. Jadi aku diamkan je. Kawan aku tu dah nak call ex pakwe dia atau pakwe dia. Aku tak pasti masa tu apa hubungan dia dengan lelaki tu. Tapi aku kenal lah budak tu. Duduk sekampung je. Cuma masa tu, dia duduk menyewa dekat seksyen 16 kot. Ha entahla. Dekat mana masa tu pun aku tak tahu. Masa tu gps belum popular. Handphone pun cikai je. Mana nak gps bagai.

Entah macammana datang bro ni dua orang dengan kawan dia (satu motor). Mungkin kebetulan diorang lalu sebab balik kerja. Aduh. Aku dah nak pengsan dekat situ. Kecut betul aku rasa bila ada orang tak kenal datang sibuk nak kacau urusan aku. Walaupun dia baik hati nak tolong dan tak ada niat jahat pun. Tapi aku tak boleh percaya lah dekat dia. Kan kan. Lagipun aku ni takut dengan lelaki. Tu aku punya cakap macam - macam sebab takut. Hahahha. Aduh lawak lah masa tu. 

Dia tanya nak bawak motor pergi bengkel tak? 
Aku dengan kawan aku cakap tak payah. Hantar kitorang dekat rumah kawan je. Nanti dia settle kan motor tu (dia pomen). - padahal masa tu tak de duit. 
Lepastu aku naik  motor dengan lelaki tu (rxz), member aku pulak naik motor yang kitorang bawak tadi berpartner dengan kawan bro yang aku naik ni. 

Masa tu tak payah cakap la. Dup dap dup dap. Kencang weyh. takut. Ha buat pasal lagi. tapi terima kasih lah untuk abang dua orang ni yang tolong aku dengan kawan aku. Kalau diorang tak tolong entah siapa lah agaknya yang akan tolong. Hmm

Aku cuma nak cakap, maaf tak dapat tolong. 
Sebab setiap kali aku naik motor ke mana - mana, ada je orang tersadai tepi jalan. Niat ada, tapi takkan pulak lah kan. Aku nak kena jadi :
bagai tikus membaiki labu. 
Sebab tak ada ilmu benda - benda macam ni. Tapi rasa kesian tu, tuhan je lah tahu. Sebab aku selalu fikir, kalau jadi apa - apa dekat atas motor, atas jalan suatu hari nanti. Stranger jugak orang pertama yang akan terpa aku untuk membantu. Orang - orang terdekat pun (family) kalau datang pun mungkin lambat. Kan? 

Selalu juga aku rasa serba salah serba tak kena kalau nampak motor/kereta rosak tepi jalan tapi aku jalan je macam tak ada perasaan (nanti orang buat aku macam tu pulak). Aku jugak fikir, kudrat aku bukan sekuat lelaki. Aku kadang motor pun tak boleh double stand. Hahahahhaha. Hmm. Maaf tak dapat tolong. Semoga ada yang membantu. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Elsa pun rasa kesian je kalau nampak ada abang motor dok tolak motor tepi jalan. Padahal elsa tak pernah rasa bawak motor pun sebab takde lesen motor hahaha. Tapi apakan daya, kita kalau kereta rosak pun dah gelabah apatah lagi motor kan hahaha

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.