Produk Keluaran Obsess Cosmetics Memang Terbaik!
Pada tanggal dua puluh lima (25/03/2017) telah berlangsungnya majlis Pelancaran Nuex Rosli x Syedewa oleh Obsess Cosmetics bertempat di Flora Terrace at Hampshire Place . Majlis tersebut sangat indah bila dekorasinya macam dekat kayangan. Mula - mula masuk je, dah terasa macam nak menyorok bawah meja. Mana taknya, orang lain semua pakai dress, comel - comel. Aku macam nak pergi konsert gig. Kahkah. Lawak betul. Nasib tempat aku duduk tu, macam tersorok sikit.
Fotografer : Cici Ocin |
Majlis Pelancaran Nuex Rosli x Syadewa oleh Obsess Cosmetics
Obsess Cosmetics sebenarnya bukanlah nama yang tiba - tiba muncul dalam persada kecantikan. Obsess Cosmetics telah beberapa tahun hidup dalam kalangan penggunanya. Mana taknya, dalam masa setahun, dah lebih 10,000 batang lipstic terjual oleh ejen ejen hebat. Mungkin kita tidak pernah tahu dan mahu ambil tahu, lantaran terlalu asyik disogokkan dengan jenama luar antarabangsa terkemuka yang lebih digilai.
Obsess Cosmetics merupakan keluaran seorang bumiputera, Hafizatul Atikah juga merupakan seorang jurumekap yang menggunakan nama Amoi. Beliau mungkin tidak asing lagi dalam kalangan perempuan atau lelaki yang gemarkan mekap dan menyukai sentuhan tangan beliau. Cantik weyh.
Pemilik Obsess Cosmetics, Hafizatul Atikah (sumber gambar) |
Majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan edisi terhad Obsess Liquid Lipstic Matte. Turut mendapat sentuhan dua jurumekap terkenal Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Nuex Rosli dan Syedewa. Obsess Cosmetics menjalinkan kerjasama dengan dua jurumekap ini dalam mendapatkan warna pilihan yang tentunya bakal menjadi fenomena terbaharu pengguna Obsess Cosmetics.
Warna yang diperkenalkan Obsess Cosmetics adalah perang pilihan Nuex Rosli dan warna merah jambu lembut pula pilihan Syedewa. Calitan warna perang Obsess Cosmetics akan menjadikan si pemakainya lebih kelihatan trendy manakala calitan warna merah jambu lembut pula akan menampilkan si pemakainya manis dan menawan.
Syedewa dan Nuex Rosli (sumber gambar) |
Selain Liquid Matte Lipstic, Obsess Cosmetics turut mengeluarkan DD Cushion Fondation untuk penggunanya. Aku suka betul dengan DD Cushion Fondation ni. Rasa ringan. Ni first time aku 'ada' DD Cushion. Sebelum ni, pernah pakai dekat kenduri kawen. Kepunyaan sepupu aku dan dialah yang bertanggungjawab pakaikan BB Cushion dekat muka aku. Bapak tak selesa. Orang kata 'belemuih' gitu. Aku rasa macam muka aku glowing terover! Rasa macam melekit (tapi sebenarnya tak pun). Disebab kan sepupu dah susah payah pakaikan untuk aku kan (walaupun tak mintak), aku redho jela. Aku musykil kejap. Sebab tak tahu apa beza DD dan BB.
DD Cushion Fondation Obsess Cosmetics
Walaupun baru pakai, aku dah tersuka dengan DD Cushion Fondation ni. Menjimatkan masa aku. Selalunya sebelum keluar bila nak pakai mekap, aku akan pakai krim. Lepastu bedak lepastu fondation. Lambat kan? Ni, aku cuma guna DD Cushion Fondation Obsess Cosmetics je. Lepastu terus pakai mekap macam biasa. Sebab tak tahu lah. Aku rasa muka aku dah macam pakai bedak. Hhahaa
Kelebihan DD Cushion Fondation
- Wajah akan menjadi flowless dan glowing bila memakainya
- Melindungi wajah dari sinaran ub spf50+
- Anti penuaan
- Menutup parut jerawat dan jeragat
- Merawat kulit wajah
- Melembabkan kulit
- Mengecilkan liang pori
- Memudarkan parut jerawat dan jeragat
- Jimat masa untuk bersiap
- Tidak melekit dan berminyak
- Tidak bercapuk walaupun berpeluh
- Mesra wudhu (mudah dibersihkan)
- Mendapat lulusan KKM
- Mengandungi minyak argan dan vitamin E
Kandungan DD Cushion Fondation
Mengurangkan kedutan
Melembabkan kulit
Membaiki struktur kulit
Memudarkan parut jerawat
Protein membantu menegangkan kulit dan menganjangkan wajah
Menutup parut berlubang
Meremajakan kulit wajah
Mengecutkan jerawat
Menghalang jerawat baru timbul
Melembabkan kulit
Menegangkan dan menghilangkan kedut
Memudarkan jerawat dan jeragat
Liquid Matte Lipstik Obsess Cosmetics
Bersyukur bila terpilih ke majlis Pelancaran Nuex Rosli x Syedewa oleh Obsess Cosmetics. Selain dapat jumpa orang - orang hebat, aku juga dapat mengumpulkan koleksi lipstick. Hehe. Sekali pergi event dapat 6 batang lipstick. OMG, bersyukur sangat. Nak - nak pulak keluaran bumiputera. Selalu pakai jenama antarabangsa tapi tak berapa nak ori. Cuma mahu kan jenama tu je. Jadi bila dapat produk keluaran bumiputera dan hasilnya sangat baik, tak perlu lah lepas ni aku nak pandang rendah dengan produk orang Malaysia dan MELAYU.
Kelebihan Liquid Matte Lipstick Keluaran Obsess Cosmetics
- Tidak mengeringkan bibir
- Mengandungi minyak argan dan vitamin E
- Tahan lebih lama
- Bau wangi
- Mendapat lulusan KKM
- Setanding jenama antarabangsa
- Mesra wudhu (mudah dibersihkan)
- Harga mampu milik (RM99)
Maaf model tidak cun, tapi masih bersyukur |
Antara empat warna tu, aku paling suka nutella dengan bubblegum. Senang jugak nak bersihkan. Sebab sebelum ni pakai huda beauty yang tak berapa nak ori dan lipstics2 lain yang aku beli dekat Sephora, susah nak tanggal dengan bersih walaupun dah guna remover (masih ada kesan - kesan warna merah). Tak tahu lah kenapa. Oh lagi satu, aku amek gambar separuh je sebab aku mekap separuh. Separuh lagi tak mekap pun. Obsess liquid lipstics edisi terhad aku belum cuba. Sebab nak buat di entri yang lain. Hehehe. Harap ada lah yang nantikan.
Obsess Liquid Lipstick Matte edisi terhad - RM99 |
Kenapa wujud edisi terhad? Sebab dua warna ni adalah pilihan dua jurumekap terkenal iaitu Nuex Rosli dan Syedewa. Kalau nak lagi gempak kebabom, dua warna ni kena campur. Diorang cakap la. Yeke? Okay nanti aku cuba. Hehehe. Nantikan entri liquid lipstics matte edisi terhad pulak!
Obsess Cosmetics
Untuk maklumat lanjut mengenai produk, korang boleh lah usya - usya facebook dan instagram mereka :)
Instagram : @obsess.cosmetics/
Facebook : Obsesscosmetics
1 Comments
Cantiknya produk ni dik...alahaiiiiii terus segar mata nampak koleksi makeup cantik cam kecik pakai...best betul !
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.