Bila Dah Kantoi Busuk Memang Menggelabah

Bila Dah Kantoi Busuk Memang Menggelabah

Bila Dah Kantoi Busuk Memang Menggelabah

Teringat zaman - zaman buat blog macam diari. So, sekarang aku nak kembalikan diri aku ke zaman itu. Blog bukan tempat pengiklanan semata. Kan? Ni aku nak bagitahu. Hobi aku ialah membaca, menulis, berblog, makan, tidur, dan online sampai lebam. Asal ada masa terluang aku akan buat benda ni. So, aku memang akan ada masa untuk cari maklumat yang aku nak.

Saja aku bagitahu, supaya korang tahu walaupun tak mahu ambil tahu. Hahaha. Memang eh sejenis yang kalau dah kantoi memang akan menggelabah? Padahal aku tak buat apa pun. Serius kelakar. Aku bukan nak sangat ambil tahu pasal dia. Just nak tahu nama, duduk mana dan umur. Aku rasa dia cuma bagitahu nama samaran dengan umur. Okay lah tu. Saja tanya single ke tak. Sebab dia post gambar kacak - kacak semua -_- 

Lepastu dia kata, semua masih single. Aku pun bukan lah sejenis perempuan yang suka stalk sampai lubang cacing. Aku ambil dasar - dasar je. Kalau dah takde, takdela. Tak kuasa nak ambil peduli. Entah siapa entah dia tu. Bukan orang ternama. Tak gitu? Lepas aku komen gambar tu, dia pun bagi gambar dengan member - member dia. Padahal aku tak mintak. Mungkin dia nak cakap, dia hot kot. Entah la. 

Sembang macam - macam. Kata tak kacak la, takde sape nak la, macammana nak ade  gf dah tak cari, ha macam - macam la. Point dia, dia mengaku single. Aku okay je. Kalau orang tu da ade gf, memang aku tak msg la. Takut kang tiba2 je kena serang. Perempuan ni gila. Entah macam mana saja la aku search nickname dia. Ha kau. Blog ada, twitter ada, facebook ada, ig ada. Padahal kata tak de. Kan kat situ dah kantoi nama awek. 

Aku pun tak tahu lah, main tanya je. Patut aku pancing dulu. Hahahhaa.

Aku tertanya nama penuh dia. Terus dia gelabah. Speaking terus. Tak kuasa dah dia nak cakap bahasa melayu macam biasa. Kahkah. Dia asyik push - push aku mana tahu nama dia. Lepastu aku tengok gambar dia pun dah di padam. Lepastu dia cakap aku ni fake acc la apa lah, saja nak menyamar jadi awek dia la apa lah. Aku tanya dia, susah ke nak mengaku ada gf. Ckap jela ada. Bukan ada orang nak marah pun. Lepastu dia dah fedup sangat dia pun cakap. Dia already ada gf. Lepastu dia tak suka orang tahu privacy dia. Privacy jadahnya. Bukan kau anak dato' pun. Poyo je. Lepastu terus dia cakap, dia nak tamat kan conversation ni kat sini. Hahhaha kisah ~ 

Daripada karangan aku ni, dapatah aku simpulkan bahawa. Di zaman teknologi pada waktu Najib memerintah jangan lah kalut sangat nak menipu. Menipu boleh, tapi bukan pada hal - hal yang sensitif. Contoh duduk kat mana, umur, tempat tinggal. Sebab benda ni tak penting sangat. Kan? Ni mengaku single lah, mengaku anak yatim lah. Jadah betul orang macam ni. 


Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.