Kau Nak Macammana Sebenarnya?
Aku ada benda nak luah kan sikit. Hahaha. Ni berkenaan OKU. Aku tulis benda ni sebab aku merupakan sebahagian dari 'masyarakat OKU'. Sebelum aku membebel yang tidak - tidak, elok rasanya kita tahu dengan lebih mendalam apa itu OKU.
Definisi OKU
Definisi Orang Kurang Upaya menurut WHO (World Health Organisation) :Kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat adalah mereka yang pada sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan vokasional
Definisi Orang Kurang Upaya menurut Akta OKU 2008 :
Seseorang yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat
Kategori OKU yang utama :
Kecacatan fizikalKecacatan fizikal adalah seseorang yang disebabkan oleh keadaan fizikal terhalang dari mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sosial ,rekreasi danvokasional.
Contoh : Palsi Serebrum, autism , muscular dystrophy , spina bifida ,kecacatan anggota kongenital , klef lelangit dan bibir
Kecacatan mental
Kecacatan mental adalah keadaan perkembangan otak yang terbantut terutamanya dari segi kepintaran hingga memerlukan rawatan penjagaan atau latihan khas
Contoh : Down's Syndrome
Kecacatan sensori
Kecacatan sensori melibatkan kecacatan deria pada manusia seperti deria pendengaran dan penglihatan.
Contoh : Pekak dan buta
Aku tergolong dalam golongan cacat fizikal. Tapi bukan itu kisah yang aku mahu cerita. Aku cuma nak bercerita tentang masyarakat disekeliling aku. Dari pemerhatian sepanjang aku menjadi 'masyarakat oku', aku selalu perasan. OKU yang dipandang masyarakat ialah OKU yang hanya berkerusi roda. Maksudnya ialah, selagi kau nampak normal pada pandangan mata orang lain tanpa tahu atau mengetahui kau ialah seorang cacat sensori maka kau bukan OKU.
Nampak tak? Tapi bukan semua orang macam ni. Ada lah sesetengah sahaja. Aku dapat simpulkan bahawa masyarakat memang boleh terima orang OKU. Tapi OKU yang betul - betul OKU (berkerusi roda). Kalau setakat, kau ada tangan yag bukan keduanya sempurna tapi kau masih mampu buat kerja dengan sendirinya (mungkin agak lambat) maka, kau sama macam orang lain. Dan lagi satu masyarakat seolah susah nak terima 'masyarakat oku' yang tak macam OKU. faham tak? Contoh situasi : kaau nampak orang OKU berkerusi roda, tiba - tiba je rasa kesian dan serba salah (rasa bersyukur dilahirkan sempurna), tapi bila ada OKU yang tak macam OKU dipandang lekeh. Macam hina sangat. Ha macam tu lah.
Lepas tu lagi satu, pasal persahabatan. Benda ni peribadi sebenarnya. And aku tak rasa benda ni hanya terjadi dalam golongan 'masyarakat oku' sahaja. Tapi terjadi pada masyarakat yang tampak 'cacat' pada mata seperti gemok, hitam, muka berjerawat penuh dan lain lain
Contoh situasi : seseorang yang kita kenal tapi belum terlihat dirinya depan mata. Kemudian kita selesa berkawan dengan orang tu. Sampai satu saat bila dia tunjukkan gambar/ajak jumpa, mesti tiba - tiba kita rasa tak selesa. Kan? sebab kita mula rasa dia tak kena pada pandangan mata. Yang sebenarnya dia masih sama, cuma kita yang tak mampu nak terima, apa adanya dia.
Selalu jadi kan? Untuk orang yang selalu main chatting. Hahahaha. Nak ajak jumpa/kenal beriya2. Habis segala datok nenek hadis ayat al-quran keluar. Konon mampu terima segala benda apa yang kurang. Dah jumpa, hampeh. Begitulah. Manusia selalu menafikan mahu yang sempurna sedangkan itulah yang dicari.
Selagi tak jumpa yang sempurna pada mata, selagi itulah dia mahu jatuh dan tak mahu berdiri. Walaupun ada sekalian manusia mahu membantu untuk bangun seperti sediakala. Dan dia masih mahu jatuh, masih menunggu yang sempurna datang membantu.
Jadi, kau nak macammana sebenarnya? Elok lah kalau kita ikut apa yang quote kat bawah ni cakap :
3 Comments
WOw...terpanah ke hati akak juju baca entry kecik ni tau...sungguh la...OKU itu sgt subjektif...yg ptg kita kena selalu amalkan sikap RESPECT each other...nanti orang lain akan respect kita balik malah lebih dari itu org lain akan balas kan...sis fhm sgt...chatting di media sosial kena hati2 ya...x semua serupa ckp apa yg dimaksudkan.
ReplyDeleteoku ni sebenarnya orang istimewa.. mereka lagi mulia di sisi Allah dari orang2 y normal..
ReplyDeleteyup.. kadang ada yang beza2kan . secara fizikal... argghh abaikan je dengan orang macam tu
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.