Kenapa Dah Lama Diam

Kenapa Dah Lama Diam

Kenapa Dah Lama Diam

Berasa macam dah terlalu lama sangat aku diam dan tak berupdate. Tapi alhamdulillah, aku masih mempunyai silent reader yang kuat menyokong dalam walaupun dalam kelam. Kenapa dah lama diam? Aku diam sebenarnya bersebab. Terasa kelakar weyh nak cerita pasal benda ni. Macam tak matang. Benda kecik je sebenarnya tapi aku punya diam macam ada batu besar tengah menghempap aku untuk terus bisu.

Sekarang ni aku seolah mengulangi proses awal sewaktu berblogging. Iaitu menjadikan blog sebagai diari online yang menggantikan buku rahsia. Bezanya buku disimpan dan tidak dibaca oleh orang lain kecuali orang orang terntu atau orang yang menjumpai buku tersebut. Manakala blog online lebih kepada terbuka. Tapi, bukan semua orang juga boleh baca. Hanya yang tahu link blog je yang boleh masuk. Melainkan tiba - tiba kan terror sangat keluar dekat google ranking pertama *berangan kejap

Banyak benda sebenarnya aku nak cerita minggu lepas. Siap buat list tau. Yela, aku kan blogger. Aku menulis apa yang aku rasa. Bila aku tak puas hati dengan seseorang contohnya aku luahkan je. Luahkan semua. Lepastu nanti ramai orang share, dia pun malu, Ha giitu. Aku dah siap draft weyh beserta tajuk sekali.

Lama juga jadi draft. Dan sepanjang minggu lepas aku dok skrinshot apa yang aku nak tunjuk sangat. Lepastu aku tinggalkan blog sekejap. Lepastu, tiba tiba aku terasa bersalah. AKu takut penulisan aku menjatuhkan bisnes orang. Benda ni aku cerita dekat sesetengah orang je. Hahhaha. Siapa yang tahu diam diam je tau. 

Ala pasal igshop. Yela, kang aku cerita benda buruk buruk jatuh pulak aib. Jatuh pulak bisnes dia. Rasa berdosa pulak. Walaupun sepatutnya dia yang perlu rasa berdosa sebab MENIPU. kahkah. Malas nak cerita banyak - banyak pasal 'dia'. Beban ingat. Cewah. Padahal benda kecik je. Tapi sebab bengang, benda tu makan hati lah. Tu jela kot. Nanti aku sambung pulak buat cerita lain di entri seterusnya. 

Sebab tu aku diam. Aku takut aku menulis yang menyakitkan hati orang lain secara sengaja atau tidak.

Terima kasih masih sudi singgah Kanvas Dakwat :) 

Post a Comment

2 Comments

  1. Keep positive and be happy dear. Biarlah dia menipu. Tak ke mana pun nanti business dia. InsyaAllah Allah ganti dengan rezeki lebih besar nanti. :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.