Tamat Zaman Bujang Secara Rasmi

Tamat Zaman Bujang Secara Rasmi

Tamat Zaman Bujang Secara Rasmi

Yeayyy. Akhirnya tamat juga zaman bujang. 

Setelah sekian lama sendiri dan menyendiri. Siapa lagi? Atuk aku la. Hehehehe. Berkahwin di usia .. Berapa ya? Aku kira dalam 70 tahun begitulah. Kurang mengira. Isterinya pula muda 10 tahun. Atuk aku hidup membujang setelah kematian nenek aku sejak 10 tahun yang lalu. Ayah aku lah ni yang carikan jodoh, sebab kesiankan atuk aku selalu tinggal sorang kalau keluarga aku balik raya. Nak bawak tak muat. Aku selalu berhimpit dekat belakang sampai lima orang kereta perdana. Sekarang kau bayangkan. Muat ke tak? Hhaha. Kalau dua kereta, siapa pulak nak bawak kereta lagi satu kan? Aku ni pun bukannya ada lesen. 

Gambar ni semua berlangsung di majlis belah perempuan. Pihak lelaki punya minggu depan kot. Aku pun tak ingat lah. Makan pun sedap. Bertambah aku. Hahhaa. Tak kira malu dah, kalau malu lapar. --

Atuk aku yang berusia 70 tahun pun dah kahwin. Aku bila lagi? -- okay bye. Jom layan gambar.

Tamat Zaman Bujang Secara Rasmi
Bergambar bersama keluarga lelaki.

Tamat Zaman Bujang Secara Rasmi
Bergambar bersama cucu (cucu tak cukup sibuk main)

Tamat Zaman Bujang Secara Rasmi
Bergambar bersama pengantin

Tamat Zaman Bujang Secara Rasmi

Part lepas akad nikah ni lawak. Masa nak gerak ke masjid, mak aku suruh call atuk aku. Tanya bawak ic tak? Atuk aku cakap bawak. Sampai masjid, siapa entah tanya pasal cincin. Semua tak tahu. Lepas akad nikah, atuk aku nak pergi tempat pengantin perempuan. 

"Atuk, cincin nya mana?"

"Alah, lupa =,=. " Lalu ketuk dahi dan diikuti gelak beramai - ramai. 

Akhirnya guna cincin maklong aku sementara. Tapi tak muat. Hahhaha. Lepastu sarung dekat jari kelingking yang hujung tu. Boleh lah, asal ada. Hahahhaa. Maklumlah dah lama membujang. Lupa dulu akad nikah macam mana. 

Tamat Zaman Bujang Secara Rasmi

Akhir kata, semoga berbahagia sampai akhir nanti :) 

Post a Comment

2 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.