#Tahukah Anda : Biskut Hup Seng Ada Garisan
Pernah tak? Kau makan biskut lepastu kau belek biskut tu? Aku selalu buat. Ala sekadar nak tahu je. Kadang - kadang siap kira lagi lubang kecik - kecik tu ada berapa. Tak de kerja kan? Hahaha. Cerita nya macam ni, pada suatu hari. Aku dah emak sedang menikmati minum petang. Aku tanya lah mak aku. Kenapa biskut ni ada garisan? (boleh refer gambar)
Lepastu mak aku cakap la. Garisan tu memudahkan kita untuk pecahkan biskut tu jadi dua. Ha sori lah kalau aku guna perkataan pecah. Sebab sekarang aku tak boleh nak fikir, perkataan apa yang sesuai untuk aku guna bagi menggambarkan biskut tu terbelah dua.
Lepastu depan mak aku. Aku cuba pecahkan biskut tu jadi dua. Tapi aku tak pecahkan ikut garisan tu. Kiranya kalau garisan tu kedudukan nya melintang, aku pecahkan dari arah menegak. Habis bersepai biskut tu. Kiranya pecah dia jadi tak lawa. Aku pun pecahkan biskut lagi satu ikut garisan tu. Ternyata biskut tu elok je terbelah dua.
Tu aku buat depan mak aku. Masalah nya masa aku buat sorang - sorang elok je aku pecahkan walaupun tak ikut garisan lurus tu. Hahahhaa. Saja ja kan biskut ni mengade - ngade. Tapi kan selalunya apa yang orang tua kata ni memang sungguh betul. Aku yakin apa mak aku cakap tu betul. Sebab mak aku memang dah tua (berusia) lepastu cakap biskut tu macam tu pulak. Mungkin ada benarnya kenapa biskut tu ada garisan lurus. Sebab ada kegunaan yang tidak sia - sia. Cuba korang buat jadi tak? Dah cuba boleh komen >.<
1 Comments
feverate minum ptg ngn hby Ju.. rendam ngn milo. phewww ! nyum nyum
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.