Kena Kecam Sebab Viral - Mieza S Mieza S: Kena Kecam Sebab Viral

Kena Kecam Sebab Viral

December 21, 2016

Kena Kecam Sebab Viral

Kena Kecam Sebab Viral

Perasan tak? Semenjak zaman Najib memerintah, semua benda nak viral. Maklumlah masing - masing ada telefon pintar dari yang kecil sampai lah yang tua. Opss, maklum juga masing - masing ada hak untuk mengongsikan artikal berkaitan dan perkara paling penting 'aku pakai phone aku, aku pakai duit aku sukahati aku lah nak buat apa pun'. 

Sampaikan benda yang tak sepatutnya viral pun jadi viral. Walaupun banyak keburukan viral ni, ada juga terselit kelebihan kan? Contohnya benda yang jarang dilihat netizen. Selain tu, disebabkan kuasa viral ni, penjahat - penjahat senang ditangkap. Kan? 

Aku pun tak suka sebenarnya benda viral viral ni. Kadangnya orang yang update tu biasa je, tapi yang netizen pulak lebih - lebih. Perasan tak, dua tiga menjak ni tak habis - habis nak membezakan kid now a days dengan kids 90's?

Kena Kecam Sebab Viral

Aku dah tengok video budak ni. Sejenis penyakit rakyat Malaysia ialah tak boleh tengok orang lebih dari dia. Contoh macam aku. Kadang - kadang aku malas nak share benda - benda macam ni. Bertambah femes dia nanti. hahahhaa. Jahat kan aku? Sebab aku selalu perhatikan page Kepala Hotak Kamu. Kerja dia bahan orang je. Aku tak kisah, walaupun ramai netizen kata dia mengaibkan, aku sokong je apa dia buat. Sebab aib tu datangnya dari orang yang mengupdate. Dia sendiri yang bukak aib tu. Nak sangat femes, orang bagi lah femes. 

Banyak juga lah budak - budak yang dah kena bahan oleh page Kepala Hotak Kamu sekarang jadi model. Contoh pasal kes baru couple seminggu dah buat video. Kan viral giler - giler. Sebab muka lawa jadi model. Psstttt.

Kalau benda bodoh macam ni tak viralkan, dia takkan sedar benda tu salah. Dia akan rasa seronok. Tapi kalau viral, dia jadi meletups letups. Sama juga pasal kes mata cantik. Hakak Asyallie. Sekarang dah femes bukak bisnes. Meletupss bisnes dia. Korang boleh lah tengok instagram dia. Kot berkenan dengan tudung yang dia jual. Lawa! 

Berbalik semula pasal kes adik Zakirah. Aku rasa dia update benda simple. Benda yang tak  menyakitkan hati sesiapa pun. Tapi sebabkan netizen di Malaysia ni busuk hati dia kena kecam teruk. Dari facebook, instagram sampai ke youtube semua orang marahkan dia. Padahal dia update tentang kerja kot. Jadi viral pun sebab orang rajin sangat pergi screenshoot lepastu update. Lepastu berbondong - bondong lah orang share sampai lebam. Siapa tah yang rajin skreenshoot. Mesti kerja dia cuma cari kesalahan orang je. Kahkah. 

Kan aku cakap kuasa media sosial power! Sampai kerja di bahagian media sosial pun boleh dapat duit?? Tu lah pasal sekarang ni ramai yang kerja cuma duduk di depan laptop dan menjana pendapatan (bukan bisnes jual barang).

Masalahnya kalau orang tu kerja review makanan, 24jam update pasal makan. Mesti ada je yang komen 'ingat sikit orang yang tak dapat makan kat sana tu.' Hmm. Dah kalau tak update tak dapat duit. Camne? Kau nak bagi dia makan ke? 


Kita ni memang jahat kan? Mesti akan cakap, eleh muda - muda dah mekap. Rosak muka padan muka. Tu mesti mekap sebab muka buruk. Ah macam - macam lah. Padahal sebab jeles. Sedikit peratusan je yang cakap benda ni sebab betul betul risau. Kan? 

Bagusnya budak ni sebab tak cepat melatah. Hahhaa. Siap maafkan lagi. Ada sesetengah orang tu mesti nak marah - marah lepastu cakap yang menyakitkan hati. Yela, orang dah malukan dia. Mana boleh tahan. Kan? Hmm apa pun tahniah adik Zakirah sebab stay cool dan dilahirkan lawa dan pandai berdikari :) semoga murah rezeki awak. Kecik - kecik dah pandai cari duit sendiri. 

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.