#MyTravelokaEscapade : Kalaulah Dapat Bercuti di Pulau Langkawi

#MyTravelokaEscapade : Kalaulah Dapat Bercuti di Pulau Langkawi

#MyTravelokaEscapade : Kalaulah Dapat Bercuti di Pulau Langkawi
Sumber : http://www.maisinggah.com/

Kalau diikutkan, dekat Malaysia ni ada pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi. Dan semestinya tempat paling best adalah tempat yang ada laut, sungai, pantai, air terjun, pulau dan ah banyak lah lagi kalau nak buat senarai. Aku dah duduk Malaysia semenjak dilahirkan, tapi ada banyak lagi tempat menarik dekat Malaysia yang aku belum pergi. Dah lah tempat tu terkenal. Orang luar negara pun dah pergi tau. Aku je belum pergi. Walaupun kita sebenarnya lebih tertarik untuk jelajah negara orang berbanding negara sendiri. Sebab rasa bosan dengan negara sendiri. Bosan apetah. Padahal belum sampai. Mungkin sebab tempat nya di Malaysia. Huhu

Tapi kan. Dalam banyak - banyak negara yang ada dekat Malaysia ni. Aku teringin sangat nak pergi Pulau Pinang. Pulau Pangkor aku dah pernah pergi. Kecik dan tak puas. Kalau boleh aku nak pusing satu Pulau Langkawi tu. Mesti best. Jeles je tengok gambar - gambar orang yang bercuti dekat Pulau Langkawi. Hmmm.

Aku harap Traveloka dapat tunaikan impian aku. Yeayyyy! Dapatlah aku pusing - pusing cari pengalaman baru dekat negara sendiri yang tak pernah aku lewati. Haaaa, kenapa aku macam terdengar orang bisik - bisik pasal Traveloka ni? Mesti jarang - jarang dengar pasal Traveloka kan?

Traveloka adalah satu laman web online yang memudahkan pengguna membuat pesanan untuk tempahan hotel dan tiket penerbangan. Mudah kan? Segalanya dihujung jari je. Zaman teknologi kan? Tak semua laman web online yang menyediakan perkhidmatan tiket penerbangan dan hotel sekaligus. Semuanya kena buat secara berasingan. Macam agak sukar jugak. Kan? Traveloka memang memudahkan pengguna. Korang pun nak bercuti jugak? Apa kata cuba perkhidmatan Traveloka di pautan ini www.traveloka.com.my dan jugak hashtag #MyTravelokaEscapade untuk memudahkan pencarian.

Kenapa Pulau Langkawi Sebagai Destinasi Pilihan?

#MyTravelokaEscapade : Kalaulah Dapat Bercuti di Pulau Langkawi

Kenapa Pulau Langkawi jadi destinasi pilihan? Hehehhe. Sebab. Ada banyak sebab. Antaranya :


1. Pulau Tuba

#MyTravelokaEscapade : Kalaulah Dapat Bercuti di Pulau Langkawi
Sumber : https://puniakmb.wordpress.com 
Dengar cerita memang banyak pulau - pulau disekitar Pulau Langkawi. Salah satunya ialah Pulau Tuba. Apa yang menari dekat Pulau Tuba? Sebab ada macam - macam aktiviti yang aku boleh buat dekat Pulau Tuba. Tengok kelip - kelip, melawat Gua Kelawar, paling best dapat berjungle treking dan melihat kebudayaan masyarakat Pulau Tuba dengan lebih dekat. Phiewww. Bukan setakat dapat tenangkan fikiran dekat pulau kecil, malahan dapat mendekatkan diri dengan alam dengan membuat jungle treking.


2. Pantai Cenang

#MyTravelokaEscapade : Kalaulah Dapat Bercuti di Pulau Langkawi
Sumber : http://www.joephebus.com/
Yes. Pantai Cenang. Bukan cenang (senang) dapat tengok pantai yang ada campuran pasir putih. Ala - ala pantai dekat luar negara gitu. Aku memang gila gambar. Kalau aku dapat ke sini, entah beratus keping gambar yang aku tangkap. Macam - macam aksi ada. Mungkin aku takkan mandi sebab aku tak suka mandi pantai, tapi jujurnya aku memang sangat sukakan kedamaian tepi pantai. Bunyi angin, bunyi ombak, bunyi burung. Mendamaikan galau dihati aku yang sering terhakis sepi. Mungkin ini yang dinamakan cinta.


3. Cable Car dan Sky Bridge Langkawi 

#MyTravelokaEscapade : Kalaulah Dapat Bercuti di Pulau Langkawi
Sumber : http://www.holidaygogogo.com/ 
Walaupun aku takut dan gayat dengan ketinggian, aku suka cabar diri aku. Gerun - gerun pun aku nak cuba. Tak kisahlah tangan aku berpeluh ke, kaki aku menggeletar ke. Nak juga merasa naik cable car. Mesti best dapat tengok sekeliling dengan ketinggian yang memang tinggi. Lepastu ....

#MyTravelokaEscapade : Kalaulah Dapat Bercuti di Pulau Langkawi
Sumber : http://www.weareholidays.com/ 
Dapat lepak - lepak dekat Sky Bridge. Kan aku dah cakap, aku takut tinggi. Tapi aku suka nak duduk tinggi - tinggi. Aku dapat tengok sekeliling. Dapat tengok sekitar pemandangan. Mesti rasa bersyukur nya masih berpeluang dapat hidup dan menikmati ciptaan Tuhan yang tak berbelah bahagi.


4. Dataran Lang 

#MyTravelokaEscapade : Kalaulah Dapat Bercuti di Pulau Langkawi
Sumber : https://www.flickr.com/photos/ainst/11375463456  
Ha ni pun satu. Kalau pergi Pulau Langkawi memang wajib bergambar dekat Dataran Lang. Baru lah gah sikit pergi Pulau Langkawi. Hehehe. Kalau tak bergambar dekat Dataran Lang toksah bajet kata pergi bercuti dekat Pulau Langkawi hokey? Hahaha. Marah pulak nanti orang yang pergi Pulau Langkawi tapi tak bergambar dekat Dataran Lang. Aku je eksyen dan eksited lebih.


5. Snorkeling Pulau Payar 

#MyTravelokaEscapade : Kalaulah Dapat Bercuti di Pulau Langkawi
Sumber : http://langkawitravel.info/ 
Aku memang takutkan air. Sebab selalu terbayang kena tarik lah, lemas lah, kaki tersangkut lah. Mungkin aku ada sejenis fobia yang tak berapa nak kronik sangat. Masih boleh kalau nak lawan. Cuma mungkin jadi orang terakhir masuk air. Sudahnya percutian aku, jadi percutian hambar. Tapi kan. Makcik aku kata best snorkeling ni. Dapat tengok hidupan dalam laut. Ni pun satu hal. Aku ni geli dengan hidupan air. Senang cerita aku geli/takut dengan semua haiwan. Mungkin sebab lembik - lembik, nampak dia bernafas. Ah pelik lah aku ni. Gigi ikan pun aku geli. Tatau lah nak cakap. Tengok gambar orang pergi snorkeling, masyaallah. Cantik betul keseluruhan hidupan laut. Tak tergambar. Jadi, aku nak sungguh merasa bersnorkeling di Pulau Payar! 


6. Air Terjun Telaga Tujuh

#MyTravelokaEscapade : Kalaulah Dapat Bercuti di Pulau Langkawi
Sumber : naturallylangkawi.my 
Walaupun aku takutkan air, tapi aku tak takut dengan air terjun. Pelik tapi benar. Sejuk! Memang aku tak pernah lepaskan peluang untuk bermandi manda dekat mana - mana air terjun. Seronok. Sebab air dia tawar. Kalau pantai kan masin. Hahhaa. Macam - macam hal lah aku ni. Sabar jela. Aku nak mandi dekat air terjun telaga tujuh! 


Selebihnya kalau aku dipilih untuk menang dan bercuti di Pulau Langkawi, semestinya aku nak rehat puas - puas dan menikmati segala keindahan Tuhan di Pulau Langkawi. Dari setempat - tempat tinggi hingga ke rendah - rendah nya (dalam laut). 

Dialah yang menciptakan manusia berbahan tanah kering seperti tembikar, serta Dialah yang menciptakan jin berbahan nyala api; manakah karunia Tuhan yang kalian berdua dustakan? Tuhannya Timur maupun Tuhannya Barat, manakah karunia Tuhan yang kalian berdua dustakan? (Ayat:14-18)

Dialah yang menjadikan dua lautan mengalir hingga keduanya bertemu, antara keduanya terdapat batas yang tidak masing-masing lampaui. Maka manakah Karunia Tuhan yang kalian berdua bantah? Dari keduanya dihasilkan mutiara serta marjan. Maka manakah Karunia Tuhan yang kalian berdua bantah? Dan MilikNyalah bahtera-bahtera yang berlayar di lautan, laksana gunung-gunung. Maka manakah Karunia Tuhan yang kalian berdua bantah? (Ayat:19-25)


#MyTravelokaEscapade : Kalaulah Dapat Bercuti di Pulau Langkawi

Korang ada destinasi pilihan? Apa kata join contest yang Traveloka buat. Mana tahu ada rezeki. Jom memeriah kan contest. Join contest pada pautan ini --> Join Contest Traveloka . Hadiah pun power. Jangan lepaskan peluang! 

Post a Comment

4 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.