Cipta Detik Manis Dengan Enchanteur Paris

Cipta Detik Manis Dengan Enchanteur Paris

Cipta Detik Manis Dengan Enchanteur Paris

Aku dengan Enchanteur ni dah macam bff. Boleh dikatakan lepas aku kehilangan 'beliau' dulu aku cari balik sebab nak bersama semula katanya. Sampai lah harini. Dari losyen, deodoran, sampailah ke bedak dan mandian semua produk Enchanteur. Hehehhe. Sebab aku jatuh cinta dengan wangian yang ada padanya. Ya. Aku tak boleh move on lah dengan Enchanteur punya produk. Dia punya bau wangi tu enak dan menyenangkan hati. 

Cerita pasal deodoran. Sebenarya produk deodoran dari Enchanteur ni bukanlah percubaan kali pertama. Dah macam - macam produk aku cuba sebab nak dapatkan wangi yang kekal sepanjang aku bergerak aktif. Masa sekolah aku pernah pakai produk Fa. Aku suka bau dia yang segar lepastu aku ni pergi sekolah jalan kaki dari asrama dalam 1km lebih. Bau wangi masih melekat macam pakai minyak wangi. Tu yang best! Gambar ni pun botol baru rasanya. Lepastu masa dia punya design yang baru, bau pun dah berubah. Aku syak, botol baru pun wangian nya berubah. Hmmm. Aku dah tak pernah nampak dah sekarang. Lepastu cuba pakai Rexona. Fuh. Hitam ketiak. Mungkin tak sesuai untuk aku. 
Cipta Detik Manis Dengan Enchanteur Paris

Akhirnya aku putuskan untuk berubah pakai Enchanteur sampai sekarang. Selesa! Tekstur pun tak melekat. Deodoran yang aku pakai ni namanya panjang sikit. Bertabahlah kalau lidah kau berbelit. Enchanteur Paris Mon Amie Whitening & Refreshing Parfum Anti - Perspirant Deodorant. Fuh! Berpeluh ketiak nak menyebut nama deodoran aku. Hahahaa. Jangan marah ye. 

Cipta Detik Manis Dengan Enchanteur Paris
Enchanteur Paris Antibacterial Care Parfum Lotion Pump and Tiub


Produk Enchanteur 

Produk Enchanteur didatangkan dengan tiga (3) warna pilihan dan setiap warna memberi makna yang tersendiri. Antara tiga (3) warna tersebut yang paling melekat dalam hati ialah warna kuning untuk deodoran yang aku pakai dan ungu untuk minyak wangi + losyen. Wah. Bestnya. Aku dah bayangkan aku tidur diulit mimpi indah. Sebab sebelum tidur mesti sapu losyen dekat tangan. Kalau tidur bau dia naik. Tu yang dapat mimpi indah. Jangan bau wangi benda lain dah lah. Hehehe.

Cipta Detik Manis Dengan Enchanteur Paris


Enchanteur Paris Mon Amie (Yellow)

  • Diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. 
  • Wangian yang menceriakan ini sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. 

1. Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) - menyegar dan menghidratkan kulit : 
Hanya RM7.50 untuk 100ml dan RM16.95 untuk 300ml. Losyen dari jenama Enchanteur sangat ringan dan tak berminyak. Kiranya, lepas aku sapu dekat seluruh tangan aku tak perlu nak risau perasaan yang melekit - lekit dan tidak selesa. Lepastu siang pulak aku akan sapu di bahagian yang gelap di siku dan leher untuk memudarkan semula tona gelap. Hehhe. Nak juga kulit cerah sekali pakej dengan wangi :p

2. Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodorant) :
RM8.70 untuk 50ml. Kekal segar sehingga 72jam. Hanya dengan Deodorant Enchanteur Paris!

3. Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist)
RM10.10 untuk 100ml. Semburan Pewangi dengan manfaat perlindungan bau badan sehingga 24 jam. 


Enchanteur Paris Belle Amour (Pink)

  • Menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. 
  • Wangian untuk menyerlahkan perasaan sayang dan kasih.

1. Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion)
Memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3.

2. Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant)

3. Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.
Enchanteur Paris Adore


Enchanteur Paris Adore (Purple)

  • Kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. 

1. Losyen Wangian Badan 
Dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan. 

2. Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) 
Memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. 

3. Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.


Cipta Detik Manis Dengan Enchanteur Paris


** Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY. Atau layari laman sesawang instagram di https://www.instagram.com/enchanteurmy/

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.