Bila Dah Jadi Tunangan Orang

Bila Dah Jadi Tunangan Orang

Bila Dah Jadi Tunangan Orang

Bila dah jadi tunangan orang? Perasaannya? Hmm. Sedih lah. Tak ada masa untuk orang lain. Akan ada kehidupan baru. Kehidupan lain. Belum lagi berumahtangga. Cewah. Aduh. Aku tak sangka pulak, aku kena cerita pasal benda ni. Sebab rasa macam masih terlalu awal sangat. Lagipun aku malu ah nak cerita benda - benda ni. Tidak berkelayakkan. Malu weyh malu malu. Hahhaa. Nasib bukan hari aku. Harini hari Ahad. Kawan aku dah tunang hari Sabtu lepas (12/11/2016). Hmm. TAHNIAH Amira <3 Semoga mendekati pernikahan dengan aman dan kekal bahagia.

Bila Dah Jadi Tunangan Orang

Kawan aku ni jarang sangat mekap. Kalau kitorang dating pun memang dia tak pernah pakai apa - apa dekat muka. Setakat pakai bedak muka semata - mata. Bila hari bertunang ni dia mekap, aduhhhh. Lawa nya lah. Lawa sangat! Dia ke tu? Tak sabar nak tunggu setahun lagi. Mesti tambah lawa dan berseri - seri. Oh, TERIMA KASIH sebab ingat aku. Jemput aku di majlis - majlis penting. Terharu weyh T_T . Tema nya macam floral gitu. Gabungan warna merah jambu lembut, warna putih dan sedikit warna krim. Baju warna kelabu yang tidak keras sangat. Kira sedap la kalau mata memandang. 

Bila Dah Jadi Tunangan Orang

Ni 'hadiah' dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. Simple - simple je. Nanti masa majlis baru gempak kan? Hahha. Hantaran eh orang panggil benda ni? HHAH aku taktahu. Cuma nak cakap, hantaran ni pakai bunga betul. Masa ambil gambar, bunga ni macam dah nak layu. Tapi tak nampak sangat. Kalau dekat - dekat baru nampak. Harapnya kasih tak pernah layu lah ye korang? :* Tak sabar lah. Eh aku pulak lebih - lebih. 

Bila Dah Jadi Tunangan Orang

Maaf lah. Majlis orang tapi aku terbuat pelamin macam pelamin aku. Yela, nak tunggu orang jadikan aku tunangan entah kapan ya? Jadi, bila ada kengkawan jemput datang umah untuk majlis penting macam ni apa lah salahnya kan? Buat pelamin macam pelamin sendiri. Tak lama pun. Dapat lima nam keping gambar pun cukup lah. Hhehehe. 

Bila Dah Jadi Tunangan Orang
Mama + Bakal Mama Mertua XD

Bila Dah Jadi Tunangan Orang
Awww. Lawa sangat awak ni. 
 Aduhhh. Tak  boleh move on lah dengan Mira ni. Teringat muka dia yang sangat lawa. Walaupun tetiba majlis penting singgah jerawat seketul dekat dahi. Tetap cun je sampai petang. Ke sampai malam. Entah lah. Aku pun tak lama. Petang aku balik. Sebab takut hujan. Naisb baik lah sempat sampai rumah. Lebat selebatnya pulak tu. Syukurrrr. Balik tidur. Sebab kenyang makan laksa. Tu pun rasa rugi tak makan nasi briani. Yela malu. Makan dua kali. Nanti ada orang terperasan pulak. Orang  kecik makan banyak. Malu - malu. 
Bila Dah Jadi Tunangan Orang

Bila Dah Jadi Tunangan Orang

Okay dah habis. 

Buat Amira, 
Terima kasih untuk persahabatan yang dimulai semenjak 2005 ketika aku masih comot - comot di darjah empat (4). Tudung kebelakang scarf tutup dahi, tudung senget. English berterabur tak ramai kawan, selalu kena ejek. Kau jadi backup jadi kawan, jadi makwe, jadi kakak. Buat operasi sama - sama, main police entri sama - sama, makan sama - sama. Semua yang sama - sama. Tengok 'pakwe' aku kena sebat dengan Ustaz sebab kantoikan dia merokok dekat kelas hujung yang dah tak berpenghuni layaknya macam stor. Hahhaha. Kelakar - kelakar. Terima kasih waktu hilang masih sudi mencari - cari aku sampai jumpa sampai kita sambung balik persahabatan yang dah pernah putus sekejap. Lepastu sambung kan aku dengan kawan rapat kau Anis, kawan rapat aku juga. Tapi aku pernah tak rapat dengan dia bila dia declare bff dia Fara. Jadi aku main jauh - jauh sebab kecik hati. Anis pulak bagi Fara anak patung. Lagi jeles. Aku tak pernah pun dapat hadiah dari kawan baik. Huhu. Aduh, memang dasar kanak - kanak! 

Terima kasih masih sudi menghitung aku dalam kalender meniti hidup ini. Masih sudi - sudi nak sebut nama aku. Masih sudi telefon dan selalu ingat dekat aku. Sudi lagi nak cerita segala benda dengan aku. Dan tak pernah padam mana - mana cerita pasal KITA. 

Terima kasih. Pada detik aku menulis ni, KITA masih lagi dalam PERSAHABATAN. Harap kekal sampai bila - bila. Sampai aku mati. Sampai kau datang waktu aku kebumi. K lah, malas buat cerita sedih. Nanti kau kahwin aku nak kena buat ucapan panjang - panjang lagi. Cukup lah yang  ni dulu. Melekat dekat hati tau. Sayang kau Mira. 


Post a Comment

6 Comments

  1. cerita persahabatan yang baik ni.
    sebab dating pun sama.

    from:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Suspen baca header.... Ingatkan dah tunang tp tak ajak kami2 nie... hehehe... A very good write up though...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhahahaha. Mesti lah jemput. Kan geng :p Lagi - lagi kak ayu tuuuu. kalau takde dia, memang tak meriah majlis.

      Delete
  3. InsyaAllah untuk kamu waktunya juga akan tiba..

    ReplyDelete
  4. geramnya kecik ni. igt dia yang tunang tak ajak. hahaha

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.