Kebaikan Coklat Yang Jarang Diambil Peduli

Kebaikan Coklat Yang Jarang Diambil Peduli

Kebaikan Coklat Yang Jarang Diambil Peduli

Ingat lagi kisah aku yang bermalam di puncak tabur? Kalau tak tahu baca di entri ini Bermalam di Puncak Tabur Bersama WEC. Aku ada bagitahu, sepanjang perjalanan kitorang semua bawa coklat untuk makan. Dan setiap coklat yang dimakan menghasilkan kapasiti tenaga. Sebabkan aku daif mengenai ilmu coklat, jadi aku hasilkan entri tentang kebaikan coklat yang jarang diambil peduli. Diambil dari blog rakan blogger. Aku akui, sepanjang perjalanan 5 jam untuk sampai kepuncak memang coklat yang menjadi santapan beserta air mineral untuk diminum. Kali terakhir aku makan hari tu adalah pada pukul 2 petang. Bayangkan situasinya ~ Oh ye, ketika dipuncak kitorang kumpulkan semua air mineral yang masih berbaki. Ternyata masih banyak. Maknanya, kitorang sangat - sangat terhadkan air dalam setiap pendakian menuju puncak. Memang coklat sangat membantu. 

Maksud coklat?

Coklat adalah sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah dijalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.


Kebaikan Coklat Yang Jarang Diambil Peduli


Kandungan Coklat?


Kebaikan Coklat Yang Jarang Diambil Peduli

Polyphenols
  • Antara kandungan utama dalam coklat yang berfungsi mencegah tengik.
  • Menjadi penangkis kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, menurunkan tekanan darah dan strok. Jangan risau, jika sekadar mengambil dalam kuantiti diperlukan.


Theobromine
  • Sebaik menjamah coklat, individu akan berasa lebih bertenaga. Mata mengantuk secara automatik akan terbuka dek penangan bahan theobromine.
  • Bagi individu yang diserang batuk, disyorkan mengambil coklat kerana dikatakan lebih mujarab daripada ubat batuk. Seperti teh yang digunakan untuk mencuci muka, kini coklat turut dijadikan pupur bagi menyegarkan kulit wajah.


Phenylethylamine
  • Kandungan phenylethylamine memberikan rangsangan otak yang menghasilkan dopamine. Kesan kehadiran dopamine mencetuskan perasaan ceria dan tenteram hingga membangkitkan mood romantis. Justeru coklat sangat sesuai sebagai hadiah paling romantik.


Antioksidan
  • Bagi individu yang risau dengan garis penuaan yang mula timbul di wajah, coklat barangkali boleh membantu. Sifat antioksidan mampu mencegah proses penuaan yang disebabkan kesan radiasi. Gaya hidup tidak seimbang dengan pilihan makanan segera yang diambil tanpa had juga menjadi penyumbang mempercepatkan proses berkenaan.


Kelebihan Coklat?


  1. Membantu meningkatkan memori dan hafalan
  2. Membantu menguatkan hafalan
  3. Membantu menajamkan mata dan minda
  4. Membantu memulihkan keletihan saraf
  5. Membantu menguatkan daya ingatan
  6. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
  7. Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung
  8. Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
  9. Melambatkan proses penuaan
  10. Baik untuk jantung
  11. Baik untuk otak
  12. Membantu kawalan gula dalam darah
  13. Sebagai antioksiden
  14. Mengandungi vitamin dan mineral
  15. Meningkatkan kesihatan mata
  16. Mengurangkan risiko kanser
  17. Menghaluskan kulit


“Sebenarnya, memakan coklat hitam boleh membantu mengubah mood seseorang yang tertekan menjadi gembira kerana pengambilannya akan meningkatkan hormon yang merangsang perasaan ceria. Jadi, untuk memulakan sesuatu seperti ingin melakukan senaman, seeloknya makan coklat gelap terlebih dulu untuk menimbulkan mood yang baik tetapi elakkan mengambil coklat putih yang mengandungi banyak susu kerana susu menghalang penyerapan anti oksidan,” kata ahli sukan, Zawen Anuar

Info Berkaitan Coklat

Coklat untuk kecantikan

Manfaat lain dari coklat adalah untuk kecantikan, kerana antioksidan dan katekin yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal, maka tidak hairan sekarang wujudnya skrub badan berasaskan coklat bertujuan untuk menjaga kecantikan kulit.


Jenis Coklat Paling Sihat

Banyak jenis coklat yang terdapat di pasaran. Ada yang harganya mahal, ada pula yang harganya murah. Apakah perbezaannya? Berikut ini perbandingan jenis coklat dan manfaat masing-masing.


Dark Chocolate/Plain Chocolate/Black Chocolate (Coklat Asli)

Dark Chocolate memiliki kandungan biji coklat (kakao) yang paling tinggi iaitu sekurang-kurangnya 70% mengandungi kakao. Dark chocolate memiliki kandungan kakao atau biji cokelat terbanyak, tanpa banyak gula dan tanpa lemak tepu atau minyak sayur terhidrogenasi (HVO).

Kebaikan Coklat Yang Jarang Diambil Peduli


White Chocolate (Coklat Putih)

White chocolate atau coklat putih mengandungi 20% kandungan cocoa butter atau lemak sayuran tanpa sebarang koko asli, sisanya adalah gula, susu dan vanila. Kandungan gula inilah yang dapat memberikan kesan negatif, seperti kerosakan gigi dan penyakit diabetes.

Kebaikan Coklat Yang Jarang Diambil Peduli


Milk Chocolate (Coklat Susu)

Milk chocolate atau coklat susu merupakan campuran kakao dengan susu dan ditambah gula. Kandungan koko ialah hanya 20%-25%. Coklat jenis ini juga sangat digemari kerana rasanya yang enak dan lazat.

Jangan Makan Coklat Sembarangan

Kesilapan yang sering dilakukan ialah membeli coklat yang berharga murah. Biasanya coklat sedemikian memiliki kandungan kakao (biji coklat) yang sedikit iaitu rata-rata kurang daripada 20%, bahkan ada yang kurang dari 7%. Coklat jenis ini juga memiliki kandungan gula yang tinggi, kandungan lemak tepu tinggi dan juga kadang-kadang mengandungi kandungan minyak sayur terhidrogenasi yang tinggi (HVO) sehingga mengakibatkan kerosakan gigi dan gangguan kesihatan seperti penyakit diabetes.

Produk coklat lainnya yang juga berbahaya dan buruk untuk kesihatan khususnya yang berupa fondant (biasanya digunakan untuk mendekorasi kuk) dan praline. Fondant sebenarnya mengandung 100% pemanis dan praline juga sama kesan negatifnya.

Sebaik mungkin pilihlah coklat dengan kandungan gula yang sedikit agar anda dapat menikmati manfaat besar yang dimiliki coklat. Manfaat coklat sebenarnya terletak pada jenis coklat yang mempunyai kandungan koko yang tinggi. Jangan lupa, jaga kesihatan anda. Pastikan anda tahu coklat mana yang harus dipilih!


Sumber : 
http://coklatkismisdoa.com/?page_id=13
http://www.papamifz.com/2012/12/banyak-rupanya-kelebihan-coklat.html http://anizyn.blogspot.com/2009/07/coklat-untuk-kesihatan.html https://epanduan.wordpress.com/2013/11/28/kelebihan-coklat/ http://kertaspaper.com/kebaikan-coklat/ http://panduanpercuma.info/kesihatan/4310/manfaat-coklat-kepada-kesihatan/ http://manfaat.co.id/manfaat-coklat

Post a Comment

1 Comments

  1. Kaklong pun suka giler makan coklat..
    Tapi tak tahan sebab manis sgt terutama sekali cadbury. :(

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.