Kita Selalu Terlupa Tentang

Kita Selalu Terlupa Tentang

Kita Selalu Terlupa Tentang

Sebagai manusia, aku yakin ramai manusia yang selalu terlupa tentang sesuatu. Sesuatu yang dipandang remeh namun mampu menyentak hati kecil kita seandainya sesuatu itu berlaku pada diri kita. Tapi tulah. benda tu tak terjadi dekat kita dan sebab tu kita tak peduli. Kan kan? Kau tahu tak aku bercakap tentang apa? Tentang kebaikan dan jasa. Aku tak ada lah kata, kebaikan dan jasa tu mesti dijunjung sampai mati sampai - sampai rasa macam terkongkong.

Tak. Aku tak cakap macam tu. Maksud aku ialah, bila kita di bawah kita memerlukan sokongan dan kekuatan untuk meneruskan jalan. Dan bila kita sudah bahagia, kita terlupa siapa dia yang pernah membantu. Tahu kah? Jika tidak wujud dia, kita sekarang ni entah apa - apa. Walaupun jalan dah terbentang dengan ketentuan qada' dan qadar. Mungkin kalau yang membantu perjalanan nya begini. Mungkin kalau yang tidak ada yang membantu perjalanan nya begitu.

Hmm. Entahlah. 

Kisah aku? Kita Selalu Terlupa Sesuatu Tentang

Aku tak mengungkit. Aku sekadar mahu berkongsi contoh kisah yang berlaku di sekeliling kita. Kisah ni kisah benar. Tapi aku tak sebut siapa, dimana dan bagaimana secara terus. Semua yang aku sebut sekadar pengganti nama sahaja. Okay? Harap tidak ada yang berkecil hati.


Aku pernah bekerja di sebuah pasaraya dulu. Aku ke tempat kerja dengan motorsikal. Dekat pasaraya tu aku kenal ramai orang. Kawan - kawan aku ada yang naik motor dan berkereta. Pada suatu hari, kereta dia rosak. Ada kawan yang sudi mempelawa dia untuk membantu. Tapi, hari pertama dan kedua je dia terima. Hari seterusnya dia menolak. Katanya sebab taknak mengganggu dan menyusahkan. Lagipun jauh. Dia memilih aku untuk membantu dia.

Untuk beberapa hari, aku lah yang menjemput dia untuk ke tempat kerja sama - sama. Ya -- Aku akui jauh. Tapi, bukan itu masalah besar. AKu masih mampu terima. AKu tak kisah membantu. Bila, dia dapat kereta baru (kereta yang rosak tu kereta keluarga) dia bawak kereta tu ke tempat kerja. Dan sepanjang bekerja sama - sama, TAK PERNAH sekali pun dia pelawa aku naik kereta dia. Hahaha. 

Mesti kau nampak aku menggelabah. Benda kecik macam ni pun nak terasa hati. Ya -- Aku terkilan. AKu bukan nak sangat naik kereta dia. Tapi sebab kita pernah membantu dia dan disaat dia berjaya dai langsung tak pernah peduli dekat kita. Malahan, aku yakin dan pasti kawan - kawan yang lain semua dah merasa naik kereta dia. 

Itu contoh kisah aku. Nampak remeh. Ramai yang tak pernah peduli. Dengan alasan, bukan kita yang kena. Cubalah kalau, kalau kau yang dibuat macam tu. Rasanya bagaimana ya? Mesti mengguris hati kecil. 

Selalu juga aku perasan, ramai juga kawan - kawan aku yang macam tu. Itu untuk kawan - kawan yang cuma datang semata - mata nak meminta pertolongan. 

Ada juga, kawan - kawan aku yang betul - betul menghargai aku. Walaupun dia tak pernah berniat tolong aku, tapi aku yakin dia ingat apa aku pernah buat masa sekolah dekat dia dulu. Kalau dulu, masa dia pergi sekolah naik bas, aku lah yang kadang - kadang hantar ambil dia di KTM. Sekarang, bila dia ada lesen kereta dia tak pernah pun berkira nak ambil aku. Terima kasih. Tapi tak ramai yang macam tu.

Sebab kita hidup terlalu mendabik dada. Terlalu rasa kita boleh berjaya sendiri. Persisnya kisah pen yang pernah viral di facebook. Aku kurang yakin apa ya ceritanya. Lebih kurang macam ni lah, tak ada pen, tak boleh jawab periksa, tak jawap periksa gagal, gagal tak dapat kerja, tak dapat kerja, lapar, lapar tak makan, tak makan mati. Kesimpulannya, jangan hilang pen. 

Benda yang sekecil kecil itulah sebenarnya punca kita berjaya. Langkah kecil sebelum kau berlari itulah permulaan kau mahu berjaya. Jadi, sekarang kau faham apa yang aku cuba sampaikan? 

Jangan terlupa kebaikan dan jasa seseorang yang pernah membawa kita jauh dari jalan yang tak pernah kau impikan kalau bersendirian. Bukan untuk mengongkong berlari lebih jauh dari apa yang kau ada hari ini. tapi sekadar JANGAN MELUPAKAN dia. Tanpa dia, kau tak mungkin menjadi siapa kau sekarang. Mungkin kau juga tak pernah terfikir mampu berjaya sampai begini. Sesuatu yang pernah kau tulis sebagai impian kecil dan akhirnya dia lah yang menjadikan kenyataan dengan menarik kau di atas jalan yang lebih terbimbing, iaitu mengejar impian kecil yang tak pernah kau fikir akan jadi kenyataan. 



Post a Comment

2 Comments

  1. suka dengan ayat ni "Benda yang sekecil kecil itulah sebenarnya punca kita berjaya. Langkah kecil sebelum kau berlari itulah permulaan kau mahu berjaya."

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    Bertabah lah... manusia memang macam-macam jenis...
    Nasib kita mungkin sama.. cuma jalan cerita yang membezakannya... walauapa pun.. walau seterkilan mana pun... bersabar dan berdoa mungkin 1 hari dia akan sedar... walaupun tipis...
    Dari tanggung sakit hati.. baik ignore saja perasaan negatif tu... ^_^

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.