Episod 4 : Hati Keliru
8.35pm
hillpark. aku terjaga awal pagi nie. DA pagi2 lagi dah keluar ke ofis. takut jam katanya. minggu ke dua puasa. syukur, takat nie aku lom kantoi lagi. alah, dah biasa ar. erm. aku lepak kat ruang tamu jap. sunyi. tiba-tiba handphoneku berdering. sms.
"K, i'll come n pick u up. malam nie buka sama. masak!". ary sms. aku terkedu.
alamak, cemana nie. erm. cepat2 aku bersiap untuk balik ke desa petaling. kalau abg man ku tau aku tido umah DA mlm tadi, mati aku. keluar saja dr perkarangan umah, aku terus menahan cab.
"desa petaling, pls!"
jam tepat menunjukkan hampir ke pukul sepuluh pagi. handphoneku berdering lagi. tak sampai lima minit aku bergegas turun. ary telah telah sedia menungguku dengan gen 2 merah kesayangannya.
"gi mana?".
"carrefour." aku ngikut aje.
tepat jam dua belas tengahari, aku dan ary tiba di rumah. rehat. penat. aku mula membuka pc. myspace. blog. kepalaku pening sebenarnya. exam tinggal lagi dua hari. satu habuk pun aku blom study. DA dari semalam tak putus-putus memberiku motivasi.
" K, study. make sure u score kali nie. abg tak nak lihat you gagal lagi ok?". aku cuma angguk. faham. hormat.
"K, bila nak mula masak?". ary menjeling jam.
"lewat skert la. awal2 mana best. tak sedap nanti berbuka."
tiga petang.
"bang, masak!". ary terpinga-pinga. tido rupanya. dia ke toilet membasuh muka.
"K, menu? lauk apa nih?".
"campak jer apa-apa. janji sedap!". auta-ku. HAHAHA...
6pm.
"assalamualaikumm...". aku pantas membuka pintu.
"abg man... awal balik?".
"yer lahh... nak tengok korang. jadi ke tak jadi masak?".
"on the way... ".
"sedap bau...", dia senyum.
"banyak masak? ramai ker?". aku menjeling ary.
"berempat...", ujar ary tanpa dipinta.
"siapa?". abg man mengerut.
"K ajak kawan. sorry lupa nak inform tadik.".
buka puasa.
"sedap?".
"erm.. not bad. pandai K masak!". ujar faris, jujur.
"K jer? ary pun tolong tau!".
"hah, yer la.. yer la... dua-dua terer masak. puas?", celah abang man. ary senyum.
aku perasan, abg man dari tadi asyik menjeling faris. risau juga. mana tau dia ingat yg bukan2 plak. ah, biarlah. tak luak pun. dia kan dah ada si ary tuh, buah hati pengarang jantung.
faris.
orangnya tak la kacak sangat. biasa-biasa jer. tapi aku dah kenal dia lama. cukup lama. enam tahun. masa tue dia masih berkerja di salah sebuah hotel di cameron highland. now dah join MAS dah. sama la ngan ary. dua-dua crew.
"cukup?".
"ya, cukup. kenyang", balas faris.
habis jer berbuka, memasing melepak di ruang tamu. abg man dan ary keluar. shopping raya katanya. tinggal aku dan faris je kat umah.
"so, macam mana. K dah fikirkan soalan abang tempohari?". alamak!
"soalan?". pura-puraku.
saat itu juga kepala otakku kembali teringatkan edy. erm. nama itu. aku diam seketika.
"K, what's past is past...". aku akur. aku terima yang jodoh kami tak panjang. dan, aku bertemu faris. mula-mula, yes... aku fikir barangkali faris bisa mengisi kembali kekosonganku tapi ntah la. terus-terang, aku masih ragu-ragu sebenarnya.
faris baik. terlalu baik. namun aku was-was dengan diri sendiri.
ingat lagi kata-kata ary yang memarahiku minggu lepas, "boleh tak break sekejap? nie tak... lepas satu... satuu...". aku tertunduk. bungkam. meskipun beza ary cuma dua tahun dariku, kami rapat. dah cam adik-beradik. apa-apa hal dia akan segera menegurku.
"it's ok. abang faham. K masih ingatkan edy ya?". aku pantas menggeleng. ah, sukar untukku bersikap jujur kali ini. yang pasti, hubunganku dan edy adalah adalah sejarah. itu fakta. noktah.
cinta? ah, tidak juga. entahlah. jika sebulan itu boleh dikatakan cinta, mustahil rasanya. terlalu awal untuk meramal apa-apa. erm. DA?
Faris?
K, mana satu? dan, buat kesekian kalinya hatiku keliru.
K.
p/s : Bukan karya aku.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.