Pinky Party Bersama Althea Turns1
Masih terngiang - ngiang warna merah jambu yang hiruk pikuk menghias majlis. Masih terasa rambu - ramba bulatan belon yang memenuhi majlis. Masih teringat gadis - gadis manis merah jambu yang menyesakkan majlis. Ah! Maish teringat lagi. Merah jambu masih terlekat dalam ingatan sampai bawa - bawa dalam mimpi walau tak indah. Terkilan kecil sebab tak tegur semua. Heee. Harap dapat bertentang mata dan berbual panjang bertukar idea.
Aku sebenarnya dapat jemputan Pink Party bersama Althea Turn 1. Akhirnya bertambah umur nya pada angkat satu untuk terus mengorak langkah melebar sayap pada semua. Aku dipilih atas alasan ucapan kretif, kot. Tak pasti. Tapi nasib menyebelahi aku. Dapat aku sama - sama menikmati merah jambu bersama gadis - gadis manis. Terima kasih #altheaturn1 .
Semestinya majlis merah jambu dimeriahkan dengan best dressed. Seramai tiga orang pemenang dipilih berdasarkan kriteria baju yang menarik. Temanya ialah merah jambu dan korea. hehehe. Aku dah out dulu. Memang bukan jenis nak hipster ke korea ke apa ke. Baju pun pinjam sahaja. Semenjak besar ni dah jarang sangat beli dan pakai baju warna merah jambu. Mungkin sebab tak jumpa yang berkenan. Banyak baju warna gelap je. Dah lah gelap, tambah lagi gelap. Haish. Nasib lah dapat pergi pink party ni. Dapat aku mengimbau masa zaman kecik - kecik dulu. Suka warna merah jambu.
Tadaaa. Memang sudah satu kemestian kan kalau pergi event mesti akan ada photobooth yang tak mungkin lah akan dilepaskan. Sekarang kan memang semua oranga da hobi yang sama. Suka ambil gambar dan selfie. Tengok ni. Cantik kan. Semua warna merah jambu. Masing - masing nak bergambar dekat photobooth sebab tak nak lepaskan peluang jadi comel dan beraksi dengan kamera. Aku dengan Yuyin jadi orang pertama bergambar dekat photobooth. Takut ramai orang. Lepas tu beratur lagi sekali nak bergambar. Sampai rasa penat baru berhenti. Kesian orang lain. Kena tunggu giliran. Asik muka kitorang je.
Ni baru sejambak belon. Ada banyak lagi berjambak belon merah jambu yang duduk merata atas lantai. Sampai malu nak lalu. Takut belon pecah. Tapi memang di akhir majlis tu banyak belon merah jambu yang pecah. Kesian tau. Nak tahu sebab apa? Sebab ada lucky draw! Ada beberapa jenis hadiah yang ditawarkan. Dari saiz kecil sampai lah ke besar. Paling penting semua orang akan dapat. Cuma nasib dapat kecil atau besar. Nampak gaya, aku tak dapat tuah pada lucky draw. Sebab aku dapat ni je.
Tadaaaaaaaa.
Walau pun kecil tapi tetap comel. Paling penting merah jambu! Comel kan? Korang nak? Boleh dapatkan di laman web Althea. Ada macam - macam lagi produk penjagaan muka yang comel. Boleh tengok sendiri. Mesti rambang mata. Ada banyak diskaun. cepat - cepat shopping, sebelum diskaun semua tamat!
Dekat sana, disediakan aneka pilihan dessert. Sampai sayang nak makan. Semua nya comel - comel. Antara makanan yang hot di Pink Party Bersama Althea Turns1 adalah BINGSU. Aku pun tak tahu apa tah bingsu tu. Nama pelik je. Dengar - dengar bingsu tu macam ABC dan merupakan makanan korea. Masa diorang susun topping, memang nampak sebiji macam ABC. Tapi kan. Ais yang dikisar macam sesuatu. Maksud aku tak sama macam ABC. Dia macam bentuk hirisan. tapi tak tahu lah kalau ada macam jenis kan? Cuma yang dihidang masa tu hanya itu. Didatangkan dengan empat jenis perisa (masa itu). Ada strawberrry, coklat, green tea dan mango. Aku dapat rasa perisa strawberry je. Sebab diorang tak kisar semua. Diorang kisar satu - satu. Jadi nasib lah siapa yang dapat perisa apa. Sedap juga. Rasa masam - masam. Mungkin sebab strawberry kot. Lepastu tambah topping. Memang dah lama tak makan ABC. Kebetulan dapat pula merasa bingsu ni. Memang terbaik!
Terjumpa Mama Julia di Pink Party Bersama Althea Turns1. Ingat tak jumpa geng. Sekali dah sampai sana, dapat pula main mata. Makin hari tengok Mama Julia ni makin cantik. Mungkin sebab sabun ephyra yang dipakai beliau. Makin berseri - seri, makin cantik. Serius. Tu bila terpandang Mama Julia rasa macam nak pandang lama - lama tak nak lepas. Tapi karang orang fikir apa pulak. Hehehe. Mama Julia memang comel. Tudung biru dengan tompok bunga merah jambu. Kelas gitu. Rasanya kali pertama dan kali terakhir kenal Mama Julia adalah di majlis Kbba Bloggers Day Out. Memang sampai bila - bila tak boleh lupa lah. Alkisahnya main paintball. Mama Julia yang jaga aku. Sudahnya, semua tinggal. Tengok - tengok padang dah kosong. Boleh diorang tak ingat kitorang. Yang kitorang ni punya lah menyorok tak nak kalah. Bila teringat balik, itu lah. Masa main paintball tu kenal Mama Julia. Friendly sangat :)
Ini Yuyin. Kenal masa sekolah. Tapi tak pernah tengur. Mungkin jodoh Tuhan atur dah cukup manis. Aku kenal dia. Sekarang ni pergi mana - mana dengan dia je. Sebab dia jenis tak kisah berjalan jauh. Sama macam aku. Walaupun masih baru, tapi macam dah banyak sangat kenangan dengan budak ni. Terima kasih Yuyin sebab jadi partner di Pink Party Bersama Althea Turns1. Lepasni teman aku lagi pergi mana - mana.
Ini Kak Nanie. Kira memang baru kenal. Seronok kenal dengan akak ni. walaupun kenal sekejap macam - macam tips jugak lah dia kongsi dekat aku dengan Yuyin. Semuanya pasal blog. Insyaallah lepas ni dapat jumpa lagi dan berbual panjang.
Bergambar kenangan bersama gadis manis <3 |
Itu lah antara gambar sepanjang aku di Pink Party Bersama Althea Turns1. Seronok tak tahu nak cakap. Dapat tambah bilangan kawan dan ilmu bermanfaat. Oh, lupa nak bagitahu. Semua yang hadir di Pink Party Bersama Althea Turns1 sangat bertuah. Sebab dapat rewards 150 di akaun Althea masing - masing. Masa tu juga kitorang shopping barangan Althea. Nak tahu apa yang aku beli? Tunggu entri seterusnya. Jangan tak sabar pula. Jangan skip tau. Aku nak jeles kan korang. *Jahat.
Terima kasih semua.
1 Comments
seronoknya dapat pegi event. FD dapat party kit althea :D
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.