Lego Star Wars Days | Legoland Malaysia

Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days

Hai. Baru sempat nak menulis pengalaman kebaboom aku dekat Legoland Malaysia! Sehingga ke hari ini aku masih tak boleh nak lupa apa yang jadi dekat sana. Punya pulun nak mengejar cop sampai nak muntah - muntah. Gigih juga nak habiskan journey untuk dapatkan ganjaran dari pihak Legoland Malaysia. Kalau mengikut perkiraan masa memang tak sempat. Sebab Legoland Malaysia menyediakan lambakan aktiviti yang menarik. Bukan untuk kanak - kanak je. Untuk orang dewasa pun ada. Itu lah aku. Tak terkejar nak merasa semua untuk cerita pengalaman sempurna dekat sana. 

Aku rasa ini pengalaman pertama aku ke Legoland Malaysia menggunakan 100% public transport. Seronok lah juga tidur dalam keretapi. 

Bagaimana mahu ke Legoland Malaysia menggunakan Public Transport

Urusan public transport ni bukan aku yang uruskan. Tapi geng yang pergi sekali dengan aku. Terima kasih kerana memudahkan perjalanan kita semua. 
Dari KL Sentral ke JB Sentral aku naik tren Senandung Sutera pada pukul 10.15malam dan tiba di sana pada pukul 7 pagi macam tu. Untuk lebih lanjut kau tengok tiket pergi dan balik macam yang tertera di bawah. Aku naik tren yang ada katil. Walaupun hakikat nya memang tak akan boleh tidur dengan keadaan tren yang kriuk kriuk langgar landasan. Sekurangnya aku tak perlu duduk sampai tengkuk aku sakit. 

Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days
Keadaan katil di dalam tren
Terdapat juga kemudahan tandas duduk dan tandas cangkung. Aku punya katil atas. Ouh lupa nak bagitahu. Katil juga ada perbezaan harga antara atas dan bawah. Atas murah sedikit berbanding bawah. Cumanya kalau duduk di atas menyusahkan sikit nak panjat untuk orang dewasa. Tapi aku okay je. Aku masih remaja. Kihkih.

Lego Star Wars Days

Kalau nak tidur tarik je langsir. Langsir tu tak terbuka walaupun tren gerak - gerak. Jadi, boleh tidur dan baring dengan selesa. Kalau nak membaca pula, ada satu lampu kecil untuk menerangi ruang membaca. 

Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days

Sampai di JB Sentral sempat sarapan di KFC dan cas telefon yang sudah kehabisan beteri. Untuk ke Legoland Malaysia, aku naik bas CauseWay Link bernombor LM1. Bas ni setiap satu jam rasanya. Dan perjalanan juga mengambil satu jam dari JB Sentral ke Legoland Malaysia. Tiket untuk orang dewasa beharga RM4.50 sahaja.


Legoland Malaysia

Lego Star Wars Days
Lego Star Wars Days
Izwan, kawan kenal dalam Instagram sejak berbulan lamanya.
Sampai je dekat Legoland Malaysia, terus ambil tiket di kaunter 1. Jadi, ini gambar pertama di pintu gerbang Legoland Malaysia. Yuhoooo! Tak sabar nak mulakan pengembaraan dengan kawan - kawan yang kepala gila. 

Lego Star Wars Days
Kemudahan peta yang disediakan. Takut sesat!

Lego Star Wars Days Legoland

Apa istimewa yang ada di Legoland Malaysia pada bulan Mei? Korang tak tahu ke? Meh nak bagitahu. Ada Lego Star Wars Days! Pernah tengok Star Wars? Mesti sampai ada yang jenis follow movie sampai tak pernah ter miss


Aktiviti Sepanjang Mei

Lego Star Wars Days
  • THE WORLD'S LARGEST LEGO MILLENNIUM FALCON [30APRIL - 2MAY] @PIZZA MANIA]
  • GIANT LEGO THE FIGHTERS [7&8MEI @PIZZA MANIA]
  • MINI LEGO MILLENIUM FALCON [EVERY SATURDAY & SUNDAY IN MAY]
  • MY-OWN-CREATION (MOC) DISPLAY EXHIBITION [7&8MAY] @MARKET RESTAURANT
  • STAR WARS SPECIAL PARADE [7&8MAY 11AM] FROM HOTEL TO LEGO STAR WARS MINILAND
Banyak yang dah terlepas. Aku yakin dan pasti. Star Wars Special Parade yang berlangsung pada 7&8 Mei mesti berlangsung dengan gilang - gemilang. Sebab aku ada tengok video beberapa blogger yang menyaksikan apa yang berlaku pada hari tersebut. Kau bayangkanlah ada berpuluh - puluh manusia yang mengenakan kostum Star Wars berjalan dari hotel menuju ke Miniland! Ini memang hebat dan superb gempak! Kalau lah masa tu aku ada. Memang sejarah betul. 

Tapi jangan risau. Masih ada aktiviti yang kau boleh ikut serta iaitu Mini Lego Millenium Falcon. Aku sepatutnya singgah disini. Aku dah pun lalu dekat sini. Tapi aku mengejar masa mengumpulkan cop. Sebab aku tamak nak habiskan journey! Ternyata benarlah kata pepatah 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.' Sekarang aku menyesal. 

Lego Star Wars Days
Activity Trail
Lego Star Wars Days

Benda ini lah yang aku kejarkan. 

Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days


Termasuk ini. Sudahnya yang kertas Activity Trail tu aku hanya dapat satu cop sahaja. Sebab berkejaran dengan masa serta hujan yang bakal tiba. Kertas Stamp - Tastic tu pula aku cuma mampu dapat 8 cop sahaja. Itu pun aku dah rasa macam banyak sangat. Sampai aku nak termuntah - muntah! Memang gila betul. Macammana nak dapatkan cop banyak -banyak tu? Senang je. Kau cuma kena habiskan setiap perjalanan kau di 4 stesyen iaitu Lego City, Lego Technic, Lego Kingdoms, dan Imagination. Yang pasti, semua nya memang best dan terbaik.

Masa aku juga banyak dihabiskan di Minds Stroms.

Buat apa dekat Mind Storms? 

Lego Star Wars Days

Masuk kelas dan belajar macam mana cara nak selesaikan misi. Misi apa? Mesti pernah tengok cerita Lego Movie tu. Watak utama Emmet yang selalu mengikut peraturan. Sebelum masuk kelas, kami semua diberi masa sebanyak 10 minit untuk rileks dekat satu bilik khas. Tempat untuk main lego (baca: pasang - pasang lego mengikut kretiviti masing - masing).

Lego Star Wars Days
Tadaaa. Hasil kretiviti ciptaan Izwan
Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days
Sesi penerangan
Lepastu kami semua di bawa ke satu bilik yang di dalamnya terdapat beberapa buah komputer. Mudahnya. Lepas dengar sedikit arahan dari pihak Legoland Malaysia, kami semua dikehendaki menyelesai kan 4 misi. Mula - mula kena pecahkan bangunan. Lepastu patahkan macam tangan kot. Aku pun tak tahu lah apa nama istilah nya itu. Misi ke 3 aku tak ingat. Misi ke 4 kena pasang penutup gam yang ada di akhir cerita pada Lego Movie. Aku satu kumpulan dengan Izwan. Macam biasa, subjek matematik ni memang buat aku lemah. 

Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days

Izwan lah yang penat mengira. Kena kira apa? Setiap pergerakan Emmet ke kiri dan ke kanan dikira mengikut putaran tayar  (baca: putaran darjahhh - degree) Aku tolong tarik Emmet ke tempat asal je. Pergerakan Emmet menggunakan komputer. Jadi, kena mengira pusingan tayar untuk Emmet sampai ke tempat yang harus dituju. Paling penting kena try & error. Dekat sini kena gigih sikit. Hebat kan? 

Lego Star Wars Days

Aktiviti sepanjang di Legolang Malaysia

Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days
Makcik tolong lukis gambar i dengan Izwan
Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days
Tempat kami menjamah makanan tengahari :)
Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days
Nasi Ayam

Aktiviti Mandi di Legoland Malaysia

Lego Star Wars Days
Pemandangan dari atas
Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days
Acara membina pelampung yang tak jadi menggunakan lego
Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days

Lego Star Wars Days


Terima kasih buat semua terutama Kak Yasmin yang bosan layan aku, hehehe. Pihak Legoland Malaysia, kawan - kawan serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang aku di Legoland Malaysia.















Post a Comment

5 Comments

  1. Legoland memang best! Teringin nak bawa anak anak pergi lagi

    ReplyDelete
  2. Bestnya dah sampai legoland... Kalau pi dengan cik puteri mau tak kemana asyik main lagi ja...

    Puas hati macam2 aktiviti boleh dilakukan

    ReplyDelete
  3. dah lama tak masuk legoland sejak anual pass da expired..
    padahal dari rumah nk ke legoland 5 minit je da sampai..
    masa awal-awal bukak dulu setiap hari masok sampai da jemu ..

    http://kaissi.my

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.