Buffet Ramadhan 2016 - Restoran Istana Bambu
Restoran Istana Bambu telah mengadakan sidang media untuk Pelancaran Ramadhan pada hari Khamis (baca: semalam). Aku berpeluang berada disitu bersama keluarga kecil KBBA9. Pada kali ini, temanya ialah 'INDAHNYA RAMADHAN'.
Apa yang best dengan Restoran Istana Bambu ni?
Ini kali pertama aku jejak kan kaki disini. Semacam ada perasaan yang menarik. Mungkin persekitarannya yang hijau. Mana tidaknya Restoran Istana Bambu berkonsepkan perkampungan buluh tepi sawah padi dan suasana kampung yang memberi keunikan dan identitinya yang tersendiri walaupun terletak jauh di pinggir kota.
Mampu menampung sehingga 600 tetamu pada satu masa serta menyediakan lebih 70 jenis menu juadah berbuka dengan kadar bayaran yang sangat berpatutan!
Keluasan parking juga sangat selesa. Jadi tidak perlu nak berebut parking macam dalam pasaraya. Hehehe. Kemudahan surau juga disediakan dan sangat selesa untuk pelanggan yang mahu menunaikan solat sepanjang berada di Restoran Istana Bambu.
Kalau korang tak suka duduk di kerusi, korang boleh pilih untuk duduk bersila di gazebo. Ala - ala melayu tradisional gitu. Biar mati anak, jangan mati adat. Begitulah konsep kemelayuan yang diterapkan di Restoran Istana Bambu ni. Sebab nya memberi peluang untuk pelanggan memilih keselesaan mereka sendiri ketika sedang menjamu selera. Bukan setakat makanan tradisional je ada dekat sini. Dari masakan cina, thai sampai lah ke arab. Macam - macam boleh pilih. Mungkin dekat sini je dah habis banyak masa. Sebab nak pilih mana satu yang betul - betul berkenan di hati. ^_^
Antara menu yang menjadi pilihan ramai sepanjang bulan Ramadhan
Menu yang sangat menjadi tarikan ialah kambing golek, ayam bakar sunda, patin tempoyak, asam pedas, masak lemak daging salai serta pelbagai lagi masakan laut resepi Istana Bambu yang menjadi kegilaan para pelanggan mereka!
Kambing Golek |
Lala Thai Style |
Prawn Butter Sauce
Tomyam Seafood |
Asam Pedas Ikan Pari |
Tempoyak Ikan Patin |
Tempe |
Kerabu Sotong |
Kerabu Mangga |
Kuih Muih |
Sepanjang bulan Ramadhan nanti, Restoran Istana Bambu akan dibuka dari jam 6 petang sehingga 10 malam. Tempahan awal dialu - alukan dan telah pun dibuka sekarang untuk organisasi korporat, individu, dan berkumpulan. Tempahan untuk Rumah Terbuka Aidilfitri pula telah mula dibuka sekarang. Majlis Resepsi Perkahwinan, Jamuan Korporat, Majlis Hari Jadi dan sebagainya dibuka sepanjang masa dengan pelbagai tawaran pakej menarik.
Antara makanan yang memang terus jadi febret aku ialah Kerabu Mangga. Sebati dalam mulut. Sedap sangat. Aku ratah saja je kerabu mangga tu. Heheheh. Mesti rasa tau!
Antara makanan yang memang terus jadi febret aku ialah Kerabu Mangga. Sebati dalam mulut. Sedap sangat. Aku ratah saja je kerabu mangga tu. Heheheh. Mesti rasa tau!
Harga Buffet Ramadhan 2016
Dewasa = RM55.60
Kanak - kanak = RM28.35
Kanak - kanak berumur 5 sehingga 11 tahun = Percuma
Lokasi :
RESTORAN ISTANA BAMBU
Lot 841-842, MRR2 Jalam Ampang Ulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor.
Emel :
aida@istanabambu.com.my
Website :
2 Comments
uishh sedappnyaa..
ReplyDeleteMemang sedap kerabu mangga dia....
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.