Pemakanan Sihat Bersama Chef Wan

Pemakanan Sihat Bersama Chef Wan

Engkau sendiri tahu kan? Bagaimana parahnya kalau engkau melihat sendiri statistik obesiti di Malaysia. Nah! Orang Malaysia mempunyai masalah obesiti dan berat badan yang melebihi dari yang sepatutnya (baca: tidak normal). Jadi maknanya ape? Maknanya engkau terlalu bersuka - suka menikamti segala taburan makanan yang turun di bumi Malaysia. Sebab itu engkau mungkin salah seorang yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Jadi? Kau berkecil hati dengan kata aku yang tajam bagai dihirus sembilu di hati kecil engkau? Sabar. Aku tidak menghukum. Kau bebas menikmati apa sahaja makanan yang engkau mahu tanpa bertimbang rasa apa yang jadi di persekitarannya. Tapi, berfikirlah sejenak. Bertimbang rasa lah dengan diri sendiri. 

Pemakanan Sihat Bersama Chef Wan
BMS Organics & Chef Wan Healthy Eating Bloggers Conference

Solusinya apa? Solusinya ini. Kau punya banyak lagi solusi kalau kau mahu. Dan ini sekadar sebahagian solusi yang cuma aku cadangkan. Kau tidak rugi. Malah manfaatnya berganda. Kau bukan saja bebas dari sebarang penyakit, malahan kau dapat hidup sihat dan kekal usia berbanding jika kau punya badan yang berpenyakit. Apa solusinya? Pemakanan Sihat bersama Chef Wan! Eh, tak boleh sihat ke kalau tak ada Chef Wan? Boleh. Ini cuma nama program yang aku pergi tempoh hari. Bersama Chef yang dikenali ramai dan hebat ini.


Pemakanan Sihat Bersama Chef Wan
Pendaftaran. Terima kasih si penangkap gambar yang comel ^_^

Pemakanan Sihat Bersama Chef Wan
The Star, 13 Mac 2016

Beruntung aku. Disana beliau banyak berkongsikan tips bagaimana kekal sihat. Chef Wan ni banyak petua. Macam - macam. Sampai aku nanar mahu menyalin semua tips yang dikongsikan. Tak tahu lah mana satu yang aku mahu ikut. Kata Chef Wan, mahu sihat harus rajin. Rajin yang bagaimana? Kehidupan beliau penuh padat membuat kerja - kerja rumah. Wah! Rajin. Aku juga gagal menjadi seperti beliau walau aku seorang perempuan dan masih muda kalau nak dibandingkan dengan beliau yang sudah berumur. 

Beliau bangun awal untuk menyiapkan sarapan yang sihat, kemudian rutin hariannya ialah membersihkan rumah, basuh baju dan sebagainya. Bagaimana ini boleh sihat? Beliau menyediakan makanan yang sihat seperti menggunakan minyak masak yang kurang kolestrol. Kemudian beliau berpeluh mengemas rumah tanpa membayar orang gaji untuk membersihkan rumahnya. Padahal, untuk orang seperti Chef Wan yang sangat sibuk dengan jadual ini selalunya memaksa beliau (baca: dipandangan mata kasar kita) untuk menggajikan orang gaji kerana tidak cukup masa. Ini lah yang Chef Wan tekankan. Eengkau, aku, dia, mereka, kita, semua ini selalu beralasan Tidak Cukup Masa. Sedangkan semua manusia dikurniakan masa yang sama banyaknya tanpa terkurang sikit pun. Itulah, kita Manusia. 


Pemakanan Sihat Bersama Chef Wan
Antaran Produk Organik 

Pemakanan Sihat Bersama Chef Wan
Bahan untuk menyiapkan
ORGANIK SOYA MILK CURRY LAKSA

Pemakanan Sihat Bersama Chef Wan

Pemakanan Sihat Bersama Chef Wan


Ketika ini, Chef Wan sedang menyediakan masakan ORGANIK SOYA MILK CURRY LAKSA. Sambil memasak sambil tak berhenti berkongsi berbagai tips. Macam - macam lah, sampai aku pun tak ingat. Sebab aku juga seperti engkau, lalai menjaga pemakanan dan makan makanan yang sihat. Kita sama. Selepas ini, berubah ya!

ORGANIK SOYA MILK CURRY LAKSA ni sama macam Mi Kari. Bezanya santan diganti dengan soya. Bagaimana rasanya? Mula - mula memang kau susah nak terima kerana engkau tak biasa dengan menu begitu. Tapi lama kelamaan kau akan berbahagia kerana kau sudah berjaya menjaga pemakanan. Dan kau akan sihat :) Kau suka tak begini? Semua menu yang ditunjukkan di entri ini telah menggunakan soya sebagai pengganti santan. 


Pemakanan Sihat Bersama Chef Wan
ORGANIK SOYA MILK CURRY LAKSA
Tada!! Ini lah masakan yang Chef Wan masak tadi. Nampak  menarik kan? 

Pemakanan Sihat Bersama Chef Wan
NASI LEMAK WITH SOY CHICKEN RENDANG
Pemakanan Sihat Bersama Chef Wan
ASAM LAKSA VERMICELLI SOUP

Pemakanan Sihat Bersama Chef Wan
Bergambar kenang - kenangan bersama Chef Wan
Bagaimana mahu menikmati makanan sihat seperti ini? Kalau kau belum biasa mahu masak (baca: Makanan sihat seperti ini), kau boleh nikmati menu sihat di BMS Organics. Mana nak jumpa? Program bersama Chef Wan ni diadakan di Sunway Pyramid. Lokasi kedainya betul - betul di sebelah Aeon Bahagian sayur - sayuran. Aku sendiri tak pernah perasan kedai BMS Organics. Sebab aku tak pernah peduli pun dengan perkataan Organics. Ni mesti sayur. Aku bukan pencinta sayur. Tapi, memikirkan keadaan bumi yang semakin tua, walau aku bukan pencinta sayur. Aku harus juga menjaga kesihatan agar terus kekal sihat. Kan? Engkau juga perlu begitu!

BMS Organics ni bukan ada satu je dekat Sunway Pyramid. Ada banyak lagi. Jadi aku senaraikan agar kau senang dan mudah mahu menikmati makanan kesihatan. Jangan lupa jaga pemakanan okay? Kekal sihat! 


BALAKONG

Taman Dutamas
D1-30-G & 30-1, Jalan Dutamas 1,
Taman Dutamas, 43200 Balakong, Selangor DE.
(Same row with Lorenzo, Twins Baby)


KLANG

Bukit Tinggi 22A-0, Lorong Batu Nilam 3D,
Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor DE.
(opposite Public Bank & field)


KUALA LUMPUR

Bangsar-Mid Valley 
Megamall T-013B,
Level 3 Mid Valley Megamall,
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City,
58200 Kuala Lumpur.

Kepong-Metro Prima
E-30, Vista Magna, Jln Prima 1, Metro Prima,
52100 Kepong, Kuala Lumpur.
(Area next to Jusco, behind OCBC Bank)

Ativo Plaza
Lot B-1-3, Block B, No.1, Jalan PJU 9/1,
Damansara Avenue, Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur.

Sri Petaling
No.21-G, Jalan Radin Bagus,
Bandar Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.
(same row with Papparich)


PETALING JAYA

Damansara Utama
37, Ground Floor, Jalan SS 21/60,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor DE.
(same row with police station and Hong Leong Bank)

1 Utama Shopping Centre
LG 310, One Utama Shopping Centre,
1 Persiaran Bandar Utama,
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya,
Selangor. (next to Cold Storage)

AEON Sunway Pyramid
Lot LL 206(J), AEON Bandar Sunway,
Lower Level 2, 111, Sunway Pyramid,
No.3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.

Sunway Mentari
32A-1, Jalan PJS 8/6, Dataran Mentari,
Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.

Atria Shopping Gallery
C31, Concourse Floor,
Atria Shopping Gallery,
Jalan SS22/23, Damansara Jaya,
47400 Petaling Jaya, Selangor.


PUCHONG

SetiaWalk
G-06-G, Setia Walk, Jalan Bandar 2,
Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.


SHAH ALAM

Kota Kemuning
25, No.8, Jalan Anggerik Vanilla Be 31/BE,
Kota Kemuning, Seksyen 31, 40460 Shah Alam, Selangor.

Setia City Mall
LG 44, Setia City Mall,
Persiaran Setia Dagang,
Bandar Setia Alam, Seksyen U13,
40170 Shah Alam, Selangor.


SUBANG JAYA

Taipan (USJ 10)
26, Jalan USJ 10/1E,
47620 Subang Jaya, Selangor DE.
 (Opposite Nando's, same row with Coffee Bean & behind of Public Bank )

One City
C-GF-05, Ground Floor,
Sky Park One City, Jalan USJ 25/1,
47650 Subang Jaya.


SEREMBAN

Seremban 2
367, Jalan S2 B15, Seksyen 2,
Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

SEPANG
KLIA2 L2M-19, Level 2M,
Terminal KLIA2, KL International Airport Jalan KLIA 2/1,
64000 KLIA, Sepang.


PUTRAJAYA
IOI City Mall
LG-42, Lower Ground Floor,
IOI City Mall, IOI Resort,
62502 Putrajaya.



Untuk maklumat lanjut, boleh terus klik pautan ini --> http://www.bmsorganics.com/home/


Post a Comment

0 Comments