Kek Banyak Ketul
Masih belum terlambat untuk aku dedikasikan ucapan panjang pada mereka yang menyambut kelahirannya dari sepanjang bermula Januari sehingga Mac.
Aku, NUR AMIEZA BINTI SUHAINI ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang semakin bertambah nilai nombornya. Daripada satu (1) menjadi dua (2) daripada dua (2) menjadi tiga (3). Semoga kesempatan yang Tuhan kurniakan pada kalian dengan segenap waktu ini, kalian berusaha keras menjadikan Dia sebagai kecintaan abadi di dalam hati. Menjadi anak - anak kepada orang tua yang pernah memelihara dan menumpahkan segala kasihnya buat kalian terus bernafas menikmati udara percuma milik Tuhan.
Alang - alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Entri ini sebenarnya wujud kerana aku mahu berkongsi dengan mereka tentang pengertian cinta.
Buat anak - anak chow - kit, membesarlah dengan kebaikan dan ketulusan. Lalu menjadilah kalian manusia yang menabur pada manusia di sekelingnya. Semoga terus tabah bermain lari bersama di lorong gelap, semoga terus kuat dilempar kayu dan batu, semoga terus gagah mencerna hitam - hitam dan nanah dosa yang bergelumang di dada kota. Akhir kata, semoga terus yakin melangkah. Ada cahaya yang masih menyiram lembah melepaskan harapan - harapan pada mereka yang masih percaya. Semoga kalian adalah darinya.
Ucapan kosong yang datang dari hati yang ikhlas. Entri yang terwujud kerana aku mahu kalian juga mengerti. Masih ada yang sayang. Masih belum lumpuh nilai kemanusiaan di lembah kota yang penuh dosa dan noda. Gambar - gambar adalah hasil dari Buku Jalanan Chow Kit yang telah mengadakan Surprise Birthday Party untuk kanak - kanak yang menyambut kelahirannya pada Januari sehingga Mac (baca: telah mendapat keizinan untuk berkongsi gambar di laman blog Kanvas Dakwat).
|
Kek lapan (8) biji. Meriah giler sambut macam ni. Sekali kek banyak ketul. Heheheh |
|
Persiapan |
|
A kind volunteer. Tak cukup dengan kek dan bungkusan makan malam, malah dibawa lagi KFC meals untuk anak-anak Chowkit. Gembira betul mereka. |
|
Terdapat serombongan kecil yang datang dari Hongkong, sebab mereka ingin melihat dengan sendiri apa yang kami lakukan setiap malam Ahad. - Buku Jalanan Chow Kit |
|
Kanak-kanak mengambil bahagian 'musical chairs' dan diperhatikan oleh ibu-ibu dan cikgu-cikgu bertugas. |
|
Gina, Rubyi and Jason. Rombongan dari Hongkong. Ketiga-tiga mereka tak datang dengan tangan kosong. Mereka datang bawa buku cerita kanak-kanak pra-sekolah, pensel warna, dan roti berkeju buat kanak-kanak kami. Malah, Gina dan Rubyi turun padang and read stories from the books they brought to the children. |
|
Volunteers <3 |
|
Bacaan doa sebelum makan. Maaf ya, kami tak dapat ambil gambar muka kanak-kanak. - Buku Jalanan Chow Kit |
|
Inilah lokasi kami yang tidak seberapa. Walaupun amat sederhana, kami amat bersyukur dapat berinteraksi dan mendidik kanak-kanak Chowkit. - Buku Jalanan Chow Kit |
Allahu. Semoga kalian yang selalu ada di sisi anak - anak Chow Kit menyebar ilmu, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Mendapat tempat di sisi Tuhan di atas sana kerana masih kukuh menyayangi anak - anak Chow Kit tanpa menyisih apa pun. Kalian yang membaca juga, doakan lah agar manusia sekeliling aku membuka hati nya agar membenarkan aku untuk turut serta membagi rasa di jalanan Chow Kit bersama anak - anak kecil. Atau mungkin adik - adik. Andai bukan jasad yang ke sana, izinkan hati terbang di segenap mereka. Tiba - tiba ada rasa rindu yang mula mahu mencelah. Mahu berbagi rasa, mahu mencintai mereka. Kesungguhan yang tiba - tiba.
- Buku Jalanan Chow Kit
3 Comments
Bagusnya buat macam ni.. Semoga jasa baik you all di bls oleh Allah..
ReplyDeletetersentuh rasa hati ini.. hari tu masa jalan2 kat area chow kit, mmg bnyk gelandangan. mujur x nmpak kanak2. klu x, sure nangis situ
ReplyDeleteBagus ada buat program begitu.. Selamat hari jadi kepada warga chow Kit..
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.