Mula Semula

Mula Semula

Lama juga rasanya aku tidak menulis. Bukan malas. Ternyata malas sudah aku kikis dalam diri dalam arena penulisan. Meski cuma mahu menulis -- ah! Kerana ah! juga adalah satu perkataan. Malas dan rajin pastinya akan bergulir dalam diri sama ada aku memilih untuk mahu terus menulis ah! atau sekadar dibiar kosong. Aku simpulkan, kemalasan sudah dikikis perlahan dan aku masih rajin mahu menulis.

Ah! Aku sudah tersasar jauh mahu jujur. Maaf.

Sebenarnya aku sedang mula semula menghidupkan Kanvas Dakwat yang sudah beberapa hari mati dibiar sepi dan tidak terusik. Terima kasih jutaan nya pada semua kerana mendoakan aku. Minggu lepas pada hari Isnin, aku berseorangan menuju ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendaftar masuk wad. 



"Datang dengan siapa dik?"
"Sorang je."
"Berani nye awak."


Ayah sedang kerja, emak sarat. Adik - adik sekolah. :D Jadi aku berdikari. Konon - kononnya aku sedang berdikari. Dengan seketul beg galas biru di belakang seolah mahu backpaker tidur di mana - mana. Padahal mahu ke hospital.


Ini bukan lah kali pertama. Ini sudah berkali - kali aku ke sini. Jadinya aku sudah biasa. Ada lah beberapa orang nurse yang masih lagi disitu bertugas seperti hari - hari selalu. Ya. Semuanya tentang rindu. Layanan - layanan manis oleh tangan - tangan tua, tangan - tangan kasar yang tak pernah lelah dan bosan dengan tanggungjawab kepada pesakitnya. Setiap hari - setiap pagi. Bergadai mata, bersengkang waktu. Semuanya adalah kerana kecintaannya. Aku sebagai pesakit pun memilih untuk penat. Melihat babak - babak dalam setiap tugasan mereka. Letih, tapi bukan mereka. Mereka masih gagah melaksanakan kerja. 

Aku. Selepas dua hari pembedahan

Aku habiskan waktu dengan membaca untuk hari pertama aku di wad. Hari kedua bangun awal. Seawal lima (5) pagi untuk mandi. Kemudian menunggu waktu (baca: doktor datang melihat pesakit). Aku mendapat giliran nombor dua (2). Giliran pertama adalah seorang anak kecil yang comel :D (baca: namanya Atilia kalau tak silap). 

Berdebar? Harus. Aku sudah besar sudah menikmati perasaan gugup dan takut. Takut terjadi apa - apa meski ini bukan pembedahan kali pertama. Apa pun jadi sudah aku cakap pada diri, terima apa adanya. Giliran dipanggil. Aku tukar baju bedah yang kosong tiada apa (baca: selainnya tiada - baju kecik, seluar kecil). Baring di atas katil - ditolak oleh dua orang nurse comel. Namanya? Aku terlupa. Ah! Yang seorang kelantan, yang seorang lagi mungkin Sabah/Sarawak. Aku tak pasti. Tapi dua - duanya sangat comel dan murah dengan senyuman manis.

Aku ditolak. Rasa macam lama nya perjalanan aku dibawa menuju bilik bedah. dan aku tergelak kecil. Kemudian aku diletakkan di tepi menunggu giliran untuk dibedah. Menggigil sejuk sangat - sangat. 

Kemudian.

Aku bertukar katil. Baring menghadap lampu yang menyilaukan mata. Doktor kata baca doa, ingat Tuhan, istighfar. Aku diberi suntikan, ibu jari dikepit dengan semacam (baca: semacam penyepit baju) di ibu jari. Dada dilekat pelekat bulat. Kemudian bernafas dalam. Ah! Apa lah namanya alat itu. Semacam pemberi oxygen. Dan perlahan - lahan mata aku terkatup rapat. Seterusnya aku tidak ingat apa - apa. 

"Dik, bangun dik. Bukak mata."

Perlahan - lahan mata dibuka. Aku cuma minta diselimut, sejuknya ke tulang paling dalam. Sehingga terlupa bagaimana rasanya sakit. 

Awal tadi, doktor sudah melapiskan aku dengan sejenis seperti plastik besar empat segi (baca: tujuannya adalah pemberi haba). Ketika doktor menghidupkan alat itu di badan, Allahu. Nikmat nya haba yang mengalir. 

Selesai. 

Aku dibawa ke wad semula. Ke tempat asal. Menjalani rutin harian yang bosan. Makan di blender. Segalanya tidak enak. Ouh ya. Seperkara lagi. Makanan di hospital sebenarnya sedap dan enak. Jadi tak sedap sebab, kau dilarang makan makanan seperti orang yang sihat. Contohnya apabila nama kau di highlight DIET. Mungkin kau masih makan, tapi makanan lain. Itulah jadi tak sedap. Sebab hari pertama aku datang ke hospital, makanan malam aku adalah ikan masak tiga (3) rasa kot. Ataupun masam manis. Aku kurang pasti. 

Selama lebih kurang tambah tolak adalah dalam lima (5) hari aku menetap dan menjadi penghuni hospital. 

Jumaat tu aku minta balik. Aku dah boleh berjalan. Cuma tempang. Janji aku boleh berjalan. Aku dah penat terbaring. Pukul lima (5) ayah datang jemput aku di hospital. 

Sedih.

Meninggalkan perkarangan wad 5A, JABATAN Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Pediatrik. Selamat tinggal. 

Aku datang sini sebelum berdaftar masuk wad. Untuk membuat ujian x-ray

Pemandangan dari bangunan Kompleks Pakar & Rawatan Harian
" Aku, NUR AMIEZA BINTI SUHAINI dengan rendah hati mahu mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat semua staf Hospital Besar Kuala Lumpur yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang aku berada di wad semenjak tahun 1995 sehingga 2016. Jasa kalian tidak lah mampu terbalas meski semua yang kalian lakukan adalah tanggungjawab yang memang seharusnya dipikul. Sebagai manusia biasa, aku sangat menghargai kerja - kerja yang pernah kalian lakukan ke atas aku sehingga menjadikan aku manusia sebegini sempurna dan dapat menikmati kehidupan yang tuhan sediakan buat semua manusia di muka bumi. Semoga kalian dimurahkan rezeki dan bahagia. Semoga malaikat mencatatkan kebaikan yang membawa kalian ke syurga nanti dan dikurangkan nilai dosa ketika dihisab nanti. " 

Post a Comment

10 Comments

  1. maafkan akak kecik sebab tak dapat jenguk semasa dihospital....

    tapi sentiasa doakan kechik semoga semuanya baik2 sahaja ....

    maafkan akak sekali lagi....

    fightingggg

    ReplyDelete
  2. kechik!!! touching nyaaa..hebat penulisan kecik.. macam terbawa2 akak dalam cerita ni.. semoga semua nya baik2 je ye kecik.. sihat selalu..

    ReplyDelete
  3. semoga kembali sihat seperti sedia kala..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Moga kecik akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Mak akak dulu kerja nurse, bila baca apa yg kecik tulis ni....teringat muka keletihan mak akak bila balik kerja

    ReplyDelete
  5. Love ur words n writting. Deep.

    Rehat k. All is well , In Sha Allah. Sembuh cepat2 k lil gal.

    ReplyDelete
  6. Moga kecik kembali sihat seperti sedia kala... Take care ya..
    Miss you

    ReplyDelete
  7. terkesan dalam hati tulisan ko nih kecik.. mengalir air mata jantan nih... sabar yer.. moga lekas sembuh!

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.