Review Rock Kapak Not Dead

Review Rock Kapak Not Dead


Review Rock Kapak Not Dead

Seperti yang dijanjikan, aku dah pun katam Buku Rock Kapak Not Dead. Bacaan pertama secara serius yang bertangguh sehingga mengambil masa selama dua hari. Dan kali kedua bacaan yang tidak serius secara menyelak helaian mencari isi penting. Ya, aku terhibur dengan penulisan santai yang ditulis penulis. Tidak perlu menyemak Kamus Dewan Bahasa untuk mencari makna perkataan - perkataan yang jarang di dengar atau dibaca. 

Buku ini adalah secara DIY. Kau ingat senang sekarang nak jumpa buku DIY? Kalau ada pun jarang. Buku ni diterbitkan oleh sang Cukong Press. Kalau nak ikut diorang ni semua poyo je lebih. Hahahaa. Tak da lah. Gurau je. Diorang ni lah antara yang kembali menghidupkan pembuatan dan penghasilan buku secara DIY dan bergerak secara bawah tanah (baca: underground).

Oh. Lupa nak bagitahu. Aku beli buku ni dan diorang bagi aku freegift CD lagu lagu rock kapak yang jenis keras punya. Layan lah. Aku pun kecik - kecik minat juga rock. Tapi rock jiwang. Rock kapak masa tu belum ngam dengan kepala otak lagi. Sakit kepala. Kalau nak tahu. Masa umur aku, ah lupa pula. Aku pernah beli CD rock leleh. Mak aku bahan aku. 

Review Rock Kapak Not Dead


Inilah pembelian album pertama, dalam sejarah hidup aku. Mungkin masa ni orang lain sibuk bercinta dating bagai, aku sibuk habiskan masa kumpul lirik lagu dengan dengar lagu - lagu jiwang. Tapi CD ni dah terbang entah kemana. Gara - gara adik aku keluarkan dari bekas plastik yang tersedia. 


Review Rock Kapak Not Dead

Okay, berbalik semula kepada Rock Kapak Not Dead. Kalau kau baca buku ni, usahlah kau banding - bandingkan dengan buku lain. Buku ini lebih bersifat santai dan tidak menekankan format penulisan macam buku yang biasa kau jumpa contohnya dalam novel, atau buku sejarah sekolah yang banyak membunuh otak kau tentang kebenaran sejarah yang ditulis. Dah tajuknya pun Rock Kapak Not Dead. Penulis banyak menekankan cerita - cerita zaman rock dulu - dulu dimana beliau cuba bawa pembaca ke era 80an 90an. Dimana muzik rock banyak diputarkan dan dimainkan oleh band - band rockers. Jadi, format penulisan bukan hal terpenting disini. Yang penting adalah bagaimana cara perkembangan pola cerita yang disusun oleh penulis sendiri.

Terdapat 173 halaman bercetak termasuk kulit muka depan dan belakang (baca: macam peperiksaan pulak). Tema dia mungkin pasal. Alaa tapi aku tak reti nak mengulas. Yang aku tahu buku ni memfokuskan kepada kehidupan seorang budak yang meminati muzik rock selepas putus cinta dengan kekasih seawal usia 14 tahun. Biasa lepas putus cinta, mesti lagu dekat radio menganjing kita. Sama lah macam kisah budak lelaki ni. Namanya Lokman. Lagu pertama yang dia dengar lepas putus cinta adalah lagu Kehancuran Sebuah Cinta yang dinyanyi kan oleh D'Febians. Sebuah kumpulan yang menempa nama dalam arena muzik tempatan pada tahun 1983 hingga ke arena 'Juara - Juara Rock'. Pernah juga dinobatkan gelaran 'Raja Pentas pada era '86-88' kerana sering mempamerkan persembahan manta (baca: petikan dari dalam buku).

Buku ni berlatarbelakang kan masa pembukaan cerita pada tahun 2004 atau 2005 (baca: aku teka je). Sebab ada dalam petikan buku ni dia cakap nak menonton wayang cerita Rock O arahan Mamat Khalid (baca: aku ta ingat masa ni Lokman berumur 14 atau 15 tahun). Jadi andaian aku, mungkin situasi Lokman masa tu adalah pada tahun 2004 atau 2005. 

Antara watak - watak yang diwujudkan penulis ialah :
Lukman
Alia
Daniel
Adib
Acik 
Anep
Fadhil 
Amira
Wanie

Buku  ni banyak cerita pasal kehidupan Lokman dari umur 14 tahun sehinggalah dia berumur 27 tahun. Kehidupan bagaimana dia menghidupkan muzik rock dalam jiwanya dari dia jatuh sampai lah dia berjaya. 

Ketika Lokman berusia 15 tahun, dia sudah mula mengumpul kaset lagu - lagu rock kapak yang diminati. Aku rasa kaset pertama yang Lokman beli merupakan kaset dari album kedua Desire - Tolak Campur Kali Bahagi (baca: album kedua pada tahun 1989). Oh lupa nak cakap. Daripada awal penulis menulis sampailah penghujung cerita, penulis banyak menyebut band Desire yang pernah popular dengan lagu Bias Cinta. Lokman merupakan peminat band Desire. 

Berbalik semula kepada nama watak yang aku tulis tadi. Nama samaran yang penulis bagi dekat diorang ni semua pelik - pelik. Mungkin begitu lah zaman rockers dulu. Hahahaa. Maaf, sebab aku tak pernah hidup pada zaman itu. 

Man Bising
Acik Studio
Fadhil Jepun
Anep Karen

Acik Studio ialah pemilik studio tempat Lokman dengan geng dia jamming. Fadhil dan Anep serta Lokman adalah ahli dalam band Batu Perjuangan. Termasuk Lokman sebagai vokalis. Diorang banyak perform dekat gig. Masa ni, siapa entah buat akaun MySpace sebab nak tambah networking bagi peminat Batu Perjuangan. Tapi tak jalan. Hampeh. Walaupun Myspace kurang mendapat sambutan, Batu Perjuangan dah pun dikenali ramai. Sebab kehebatan nya di atas pentas.

Macam biasa, hidup pemuzik dan orang yang duduk dalam seni ni. Akan di pandang lokek. Sama halnya dengan Lokman. Encik Faqih tak pernah setuju anaknya bermain muzik. Masa mula - mula Lokman habiskan masa belajar gitar dengan budak kaki lepak. Lepastu berhenti sekolah sebab asyik lepak studio je. Lepastu kerja dalam studio milik Acik.

Tapi masa nak SPM, Lokman mula serius pada pembelajaran dan mendapat keputusan yang membanggakan ayahnya. Oh aku lupa lagi. Masa sambutan Hari Guru di sekolah, Lokman dan kawan - kawannya telah membuat persembahan. Masa ni ada seorang perempuan berkenan dengan Lokman. Namanya Wanie. 

Minat Lokmat tak berhenti dekat situ. Lokman dan kawannya sepakat datang Kuala Lumpur. Nak meneruskan minat dan berdikari. Lokman dapat kerja dekat kedai gitar akustik. Dekat situ, Lokman banyak belajar cara nak buat gitar sendiri dengan kos yang sedikit. Lepastu Lokman wujudkan kolektif. 

Biasalah. Hidup tak selalunya indah. Salah seorang ahli dari Batu Perjuangan menarik diri sebab nak kahwin. Last - last tinggal berdua je. Tapi bagus Lokman ni. Dia tak pernah berputus asa dengan minat tu. Dia cuba nak buktikan pada sekeliling. Rockers bukan sampah!

Kita bukan sekadar tahu menyanyi je. Kita kena buktikan pada orang ramai kita mampu buat. Kita bukan sampah. - Status Facebook Man Bising
Bila aku baca buku ni, aku banyak buat carian. Berkaitan peristiwa - peristiwa yang disebut oleh penulis. Contohnya zaman di mana, penyanyi rock yang nak buat persembahan dan masuk tv perlu memotong rambut. Lagu - lagu Band Desire yang banyak di banned. Paling penting tentang Aliph. Serius tak pernah dengar pasal benda alah ni. Rupanya Aliph ialah jenama kasut zaman rockers dulu. Mungkin lepas ni aku akan up entri pasal Aliph pulak kot? Hehehehe. Mungkin sesiapa yang pernah hidup zaman rock kapak boleh mengimbau balik kenangan zaman korang dulu. Semuanya ditulis dalam buku ni. 

Banyak senarai lagu yang tak pernah aku jumpa. Tapi buku ni bawa aku ke zaman di mana aku tak pernah ada. Dalam banyak - banyak senarai lagu yang ditulis, mungkin aku cuma lebih biasa dengan lagu dari band Desire sahaja. Sebab aku memang minat lagu Bias Cinta. Dari Bias Cinta lah aku jumpa lagu - lagu lain macam lagu :

Sumpitan Senja
Dian Cinta
Kekejaman
Topeng wajah
Kerana Cinta
Otak Ular
Sentuhan
Perhitungan
Perjuangan 
Sesat
Dunia tanpa rock dan rockers itu adalah membosankan. Rock tak boleh sesekali hilang maruah, prinsip dan mati. Jadi rockers perlu terus berjuang tak kira dizaman apa, dekad mana, mahupun diabad berapa. Rockers itu bersatu demi masyarakat. Dia perlu bergerak ke hadapan demi dunia yang lebih baik.  Itu lah rock dan rockers yang sebenar - benar Rock. Rock Kapak Not Dead! - Man Bising
Nak tahu apa pengakhiran Batu Perjuangan?? Boleh dapatkan Rock Kapak Not Dead di :


Bagaimana kita menikmati skrin layar Filem Ola Bola, begitulah halnya juga dengan Rock Kapak Not Dead. Kita tidak ada dizaman itu untuk merasai. Tapi ada kenangan yang ditulis menjadi kisah.

Post a Comment

1 Comments

  1. Thanks for the great story. Gwa akan cuba cari. Gwa jugak ada misi yg sama macam Lokman. Cuma masa saja dapat menetukan...KEEP ROCK!!! STILL ROCK!!!

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.