Aliph Hilang Ditelan Zaman

Aliph Hilang Ditelan Zaman



Aliph Hilang Ditelan Zaman



Kalau ikut, dekat google tak banyak pun nak cerita pasal Aliph. Payah juga nak cari maklumat berkaitan Aliph ni. Aku cuba cari maklumat di google pun sedikit hampa. Benarlah. Aliph sudah hilang ditelan zaman. Harga Aliph di mudah.my juga sudah mencecah ratusan ringgit. Paling tinggi kalau tak silap dalam lingkungan RM790. Fuh! Gila mahal. Dekat bundle pun mahal aku rasa. Siap ada yang mencecah 1k. Rare weyh.

Ni kalau betul - betul peminat tegar, mesti beli. Sanggup berhabis duit. Aliph ni sebenarnya adalah jenama kasut buatan Malaysia yang pernah terkenal dulu pada tahun 80an. Pengeluar jenama kasut ni adalah Sime Darby Footwear Sdn Bhd (baca: aku tak pernah dengar pun Sime Darby keluarkan kasut. Aku cuma tahu ladang je kan?). Pernah menaja dalam beberapa pengambaran filem tempatan seperti Rozana Cinta '87, Jejaka Perasan dan Ragam Pemandu.


Aliph Hilang Ditelan Zaman
Aliph Startrik

Aliph Hilang Ditelan Zaman
Aliph Search
Kasut Aliph diminati golongan artis rock tempatan sehingga mewujudkan jenama Aliph Search pada sekitar tahun 1987. Dipercayai ini merupakan kasut pertama yang meletakkan nama artis tempatan iaitu kumpulan Seacrh sebagai sebahagian daripada nama produk. Selepas itu kumpulan Lefthanded juga pernah bekerjasama dalam usaha memasarkan rekabentuk terbaru kasut Aliph. Entri yang berkaitan Aliph juga banyak menyebut kenangan permulaan nya adalah di Muzikrock.com . Tapi bila aku nak cuba buka, tak boleh. Dah tidak ada. Aku terlambat menikmati sejarah lama. 

Kalau nak ikut, kasut Aliph ni biasa - biasa ja. Tapi sebab jenama ni pernah popular dulu dalam kalangan artis rock kapak tu lah kasut ni jadi buruan. Aku yakin, masih ada lagi zaman ni yang tercari - cari kasut Aliph kan? Banyak blog yang menulis entri pasal kenangan - kenangannya bersama Aliph. Kasut sekolah jenama Aliph. Seronok pula aku baca kisah nostalgia diorang (baca: aku memang eksited kalau orang cerita benda yang rare ni).

Ada juga aku jumpa tentang permasalahan yang melanda berikutan pengeluaran Aliph. Antara masalah yang timbul adalah tentang pengurusan, saingan produk dan juga tentang peredaran masa. 

Mereka tidak mahu generasi kita hari ini tahu sejarah kasut aliph dn mengenal kasut aliph..dgn rapat..muncul kasut klon adalah rekaan mereka semata mata..padahal kilang aliph klon pun x pernah wujud. nak mati kena saman sime darby..kalau ciplak hak org..malaysia kn ada undang2.dalam kontek quality..zaman pengeluaran kasut aliph..memang material low sebab output keluaran kasut mengikut setiap proses dn tahun akn berubah ikut gred dn kos ..walau design yg sama sebab itu byk kita tgok kasut aliph mula keluar thun 80an berbeza dgn awal 90an bermakna awal pengeluaran QUALITY TINGGI OUTPUT DIHADKN...tetapi kasut Aliph awal 90an dikeluarkn secara berlebihan..tetapi gred quality dikurangkn..ini disebabkn KOS OPERASI tetapi sepasang kasut aliph yg dijaga boleh mencecah 80 thn ketahanannya....,ikut zaman tersebut,..quality x setanding jika nk bersamaan dgn adidas,reebook, nike..hari ini. syabas kepada collector yg rajin mencari..menyimpan..juga yg menjaga khazanah lama. ini..juga designer2 melayu, bekas pekerja kilang aliph di melaka...dn yg ada sangkut paut tentang kasut aliph..bolehlah komen info..bukanya kita mahu budak2 yg belum tentu tahu pasal aliph tetapi mengaku pakar dlm segala hal - Facebook Group Kasut Aliph
Aliph Hilang Ditelan Zaman

Aliph Hilang Ditelan Zaman

Aliph Hilang Ditelan Zaman

Aliph Hilang Ditelan Zaman

Aliph Hilang Ditelan Zaman

Aliph Hilang Ditelan Zaman

Aliph Hilang Ditelan Zaman

Aliph Hilang Ditelan Zaman
Hamid Gurkha dalam Ragam Pemandu
Aliph Hilang Ditelan Zaman

Benarlah. Aliph seolah - olah seperti tidak pernah wujud. Padahal dikatakan pengeluarannya adalah dari Malaysia. Asyik nak ambil kasut orang je. Jenama sendiri terkubur. Hmm. Kalau korang nak juga baca kisah - kisah diorang dengan Aliph, taip je dekat google. Mesti ada punya. Hehehehe Terima kasih Rock Kapak Not Dead sebab kembalikan aku ke zaman yang aku tidak pernah lalui.

Aliph Hilang Ditelan Zaman
Gambar kilang kasut Aliph suatu masa dulu - sumber Group Kasut Aliph (FB)


Post a Comment

6 Comments

  1. Wooowww terkenal ye brand aliph ni masa zaman rock star dulu2...tak sangka, nasib baca blog adik tau...at least leh gambarkan betapa popularnya kasut ni suatu ketika dulu

    ReplyDelete
  2. Gwa memang duk cari kasut Aliph ni. Tapi tu laaa rega gila mahal. Yalah barang rare. Tapi insyaallah gwa akan dapatkan satu hari nanti walaupun gwa kena jelajah sampai ke Sabah. Sebab Sabahan ROCKERS ramai yang masih ada kasut LEGEND ni.

    ReplyDelete
  3. Gwa memang duk cari dan tengah saving untuk dapatkan kasut Aliph niii. Sebab rega nya bapak nya tinggi. Nak buat camna kan gwa tak di lahirkan dalam tahun tuuu. Tapi sebab minat yang mendalam dengan ROCK KAPAK gwa akan dapatkan jugak Aliph niii walaupun gwa kena jelajah sampai ke Sabah. Dengarnya SABAHAN ROCKERS ramai yang masih ada kasut Aliph niii.Nak buat camna dah gwa x lahir dalam zaman tu... Di sini gwa nak jemput ROCKERS² usya SINGLE COVER gwa 'PENCARIAN' di You Tube dalam acc Shanieda Ritzda. SELAMATKAN ROCK LEGEND TANAHAIR!!! KEEP ROCK!!! STILL ROCK!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. goodluck bro. semoga pencarian bertemu pengakhiran bersama Aliph!

      Delete
  4. Sambil tu gwa nak jemput ROCKERS² usya SINGLE COVER gwa di You Tube Shanieda Ritzda. SELAMATKAN ROCK LEGEND TANAHAIR!!! KEEP ROCK!!! STILL ROCK!!!

    ReplyDelete
  5. Aku dan simpan 2 pasang ja...aliph jordan dgn aliph clasic ....

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.